Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Kongsi Resepi Ikan Selayang Tumis Yang Sedap & Menyelerakan, Sekali Rasa Teringat 40 Hari!

Wanita Kongsi Resepi Ikan Selayang Tumis Yang Sedap & Menyelerakan, Sekali Rasa Teringat 40 Hari!

Kategori:
resepi ikan selayang tumis

Ikan selayang merupakan antara ikan air masin yang sering menjadi lauk utama bagi masyarakat Melayu. Selain menjadi lauk, ikan ini juga sering dimasukkan ke dalam kuah laksa, kuah laksam dan kuah sayur lemak putih. Memandangkan saiznya yang sedikit kecil jadi rasanya sangat enak apabila digoreng begitu sahaja.

Namun nak lebih sedap? Jom kita buat Ikan Selayang Tumis. Rasanya cukup luar biasa kerana ikan tersebut dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya digoreng. Setelah itu barulah ditumis. Pasti enak kan? Terasa kerangupan bersama-sama kuah tumis tersebut. Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi perkongsian dari Riana Samad ini.

Cara Buat Ikan Selayang Tumis Yang Padu & Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • Ikan selayang | dikukus
  • Asam jawa
  • Cili boh
  • Garam
  • Aji nomoto
  • Gula
  • Kicap

Bahan tumis: 

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Cara Penyediaan:

  1. Buang tulang ikan selayang yang dikukus tadi. 
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng ikan tersebut. Kalau suka garing, boleh goreng sampai garing.
  3. Dah siap goreng, angkat dan toskan. 
  4. Guna minyak yang sama, tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. 
  5. Kemudian masukkan asam jawa, cili boh dan tumis lagi sehingga wangi. 
  6. Masukkan ikan, garam, aji, gula dan kicap. 
  7. Apabila dah menggelak boleh angkat dan siap untuk dihidangkan. 

Mudah sahaja kan nak buat Ikan Selayang Tumis? Nampak je biasa, namun rasanya cukup membuatkan selera kita bertambah-tambah. Yang penting selamat untuk anak-anak makan sebab dah buang segala tulang belulang tu. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba masak sekarang.

Kredit: Riana Samad

Baca juga: Wanita Dedah Resepi Percik Ikan Kembung Terlampau Sedap, Menu Yang Wajib Dicuba!

tags: | |