Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “HR Kata Kami Kejam…” – Wanita Risau Timbul Isu Di Tempat Kerja Gara-Gara Biar Cleaner Makan Di Lantai

“HR Kata Kami Kejam…” – Wanita Risau Timbul Isu Di Tempat Kerja Gara-Gara Biar Cleaner Makan Di Lantai

Kategori:
cleaner makan di lantai

Sebuah syarikat memerlukan suasana yang positif bagi memastikan pekerja kekal produktif sepangjang waktu bekerja. Oleh itu, pihak atasan perlu memainkan peranan dan memastikan tidak berlaku sebarang salah faham di kalangan pekerja dan isu diskriminasi.

Ini kerana hal itu turut akan menjejaskan nama baik syarikat. Namun, ada segelintir individu yang lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri atas sebab-sebab tertentu tapi perkara tersebut boleh menyebabkan salah faham.

“HR Kata Kami Kejam…” – Wanita Risau Timbul Isu Di Tempat Kerja Gara-Gara Biar Cleaner Makan Di Lantai

Terbaharu, seorang wanita annleros1 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok dan berkongsi gelagat seorang pekerja pembersih di syarikat dia bekerja.

Seperti selalu pada waktu rehat, dia dan rakan sekerja akan makan bersama di ruangan pantry yang disediakan. Kerusi dan meja mencukupi untuk kesemua pekerja yang ada. cleaner makan di lantai cleaner makan di lantai

Namun setiap kali, pekerja pembersih di syarikat itu lebih memilih untuk duduk jauh di penjuru bilik, atas lantai.  cleaner makan di lantai

Perkara ini juga beberapa kali pernah berlaku sehingga pihak Human Resources (HR) menegur tindakan mereka, mungkin bersangka bahawa berlaku sedikit isu di kalangan pekerja di syarikat itu dengan pekerja pembersih tersebut.

https://www.tiktok.com/@annleros1/video/7140876509161458971?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135651056696165890

@annleros1Apekah!!

♬ EH BANGSAT NI TAK NAMPAK AKU KE AKU NI TUNGGUL KE – Syahmi Hisham

Meninjau di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa mungkin pekerjaan pekerja pembersih itu membuatnya berasa kurang selesa untuk bergaul dengan pekerja lain. Tak ingin membuat orang lain tidak selesa dengan kehadirannya, mungkin itu sebabnya dia lebih selesa makan di atas lantai.

“Saya cleaner. Saya memang tak selesa, rasa rendah sangat. Yelah, kami cuci tandas, semua rasa tak sepadan.”, jelas Kalutbundle_.

Manakala cerita pengguna noor khadijah; “Sebab cleaner selalu rasa rendah diri. Sebab tu dia tak berani nak lebih-lebih. Saya pun ada kenal mak cik cleaner ni, ajak makan sekali depa segan.”.

Pekerjaannya Mungkin Buat Dirinya Rasa Segan Dan Rendah Diri cleaner makan di lantai cleaner makan di lantai

Kadang-kadang ada segelintir individu sebegini yang tak mahu orang lain tidak selesa dengan kehadirannya jadi dia lebih memilih untuk menjauhkan diri.

Tapi kita tidak seharusnya berasa terlalu rendah diri dengan pekerjaan yang dilakukan, semua orang sedang bersusah payah mencari rezeki.  Pekerjaan itu tidak menjamin darjat seseorang itu.

Kredit: annleros1

Baca Juga: Ayam Nutriplus Cecah RM40 Seekor, Wanita Ini Terkejut Lihat Harga Tersebut. Mungkin Ini Sebabnya..

tags: