Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dompet Ada Tapi Kosong..” – Wanita Luah Rasa Sedih, Nak Beli Makanan Tapi Tak Cukup Duit

“Dompet Ada Tapi Kosong..” – Wanita Luah Rasa Sedih, Nak Beli Makanan Tapi Tak Cukup Duit

Kategori: ,
tak cukup duit

Dunia sekarang semakin maju. Dengan adanya macam-macam teknologi canggih, pelbagai perkara telah dipermudahkan, termasuklah urusan membeli dan menjual.

Memandangkan ramai pelanggan yang memilih untuk melakukan pembayaran tanpa tunai dan menerusi kad debit atau kad kredit, para peniaga juga perlu beralih ke kaedah pembayaran yang lebih moden dan memudahkan semua.

Namun, masih ada peniaga di luar sana yang masih mengekalkan kaedah pembayaran yang lama, hanya mampu menerima wang tunai. Oleh itu, kita perlu sentiasa menyediakan beberapa keping wang bagi tujuan membeli. Nanti kesian pula tak mampu untuk bayar.

“Dompet Ada Tapi Kosong..” – Wanita Luah Rasa Sedih, Nak Beli Makanan Tapi Tak Cukup Duit

Hari sudah senja, seorang wanita azaza5698 sedang bersiar-siar di kawasan perumahan, telah terserempak sebuah gerai tepi jalan raya yang menjual aneka kuih-muih. tak cukup duit

Teringin untuk mencuba, dia memasang niat untuk membeli jualan peniaga tersebut dan mencapai ke dalam dompet untuk mengambil beberapa keping wang.

Namun begitu, dia kecewa tidak membawa duit yang mencukupi. Cuma membawa kad ATM dan wang ringgit berjumlah RM3 sahaja, dia juga tidak boleh mengeluarkan duit dari bank kerana sudah kehabisan duit dalam bank. tak cukup duit

“Hanya mampu tengok sajalah..”, luahnya, sedih kerana tidak dapat mencuba kuih-muih yang dijual.

@azaza5698♬ original sound – Z A Z A R A H M A T

Menjengah di ruangan komen, orang ramai menasihatkannya untuk dijadikan hal ini sebagai iktibar pada masa akan datang. Walaupun sudah wujudnya kaedah pembayaran tanpa tunai, tapi kita perlulah berjaga-jaga dan menyediakan beberapa keping wang ringgit di dalam dompet.

Lain Kali Kena Selit Juga Beberapa Keping Duit tak cukup duit tak cukup duit

Sedihnya bila rasa teringin untuk rasa kuih-muih yang dijual di tepi jalan tapi gara-gara tidak membawa duit yang secukupnya, terpaksalah terlepas. Lain kali kena lebih berhati-hati.

Walaupun dunia sudah maju, masih ada segelintir peniaga yang hanya menerima kaedah pembayaran secara tunai. Tapi mungkin anda juga boleh bertanya terlebih dahulu dan jika boleh, lakukan sahaja pembayaran melalui transaksi secara online. Lebih mudah!

Kredit: azaza5698

Baca Juga: Wanita Ini Hairan Dipandang Pelik Oleh Semua Masa Pergi Beli Plastik Aiskrim, Rupanya Ini Sebabnya..

tags: