Bila berlangsungnya perkahwinan, sebuah majlis kenduri akan diadakan oleh keluarga kedua-dua pihak pengantin bagi meraikan hari yang bahagia tersebut. Pelbagai lauk-pauk telah disediakan bagi menjamu tetamu masing-masing.
Antara yang sering dihidangkan adalah nasi minyak bersama ayam masak pedas, gulai daging, acar timun, laksa dan sebagainya. Tak kiralah apalah, juadah kenduri begitu sedap dan menjadi kesukaan ramai.
Ada segelintir tuan rumah akan membenarkan tetamu membungkus makanan untuk dibawa pulang namun memandangkan harga makanan yang semakin meningkat dan memikirkan tetamu lain yang belum lagi makan, ada juga yang tidak membenarkan tetamu berbuat begitu.
Oleh itu, ada juga tetamu yang ‘licik’ dan masih berbuat begitu. Makanan kenduri terlampau sedap, sehingga ada yang membungkusnya secara senyap walaupun hal itu tidak diketahui oleh tuan punya majlis.
Terbaharu, seorang wanita bersama keluarga telah dijemput ke sebuah kenduri majlis perkahwinan kenalan terdekat. Telah ke sana dan terpegun melihat aneka juadah yang telah disajikan, dia mengambil beberapa untuk dinikmati.
Namun mungkin terlalu sedap, dia pula mengambil semangkuk lagi untuk ditapau. Tak ingin tindakannya diketahui oleh tuan rumah atau sesiapa, dia mengambil satu plastik.
Melihat tetamu lain sedang sibuk dengan hal masing-masing dan tak mungkin menghidu perbuatannya, dia terus menuangkan makanan yang dipercayai sup ke dalam plastik tersebut dan diikat untuk dibawa pulang.
Walaupun terhibur dengan perbuatannya, dia meminta agar si perakam video tersebut itu untuk memperlahankan ketawanya agar tindakan mereka tidak dikesan oleh mana-mana pihak.
https://www.tiktok.com/@jiang70/video/7095326408360103194?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@jiang70 #fyp ♬ suara asli – yada sw
Menjengah di ruangan komen, lain pula reaksi orang ramai. Melihat tindakan wanita itu, rata-rata berasa tidak gembira dan menasihatinya untuk tidak berbuat begitu, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat kebenaran dari tuan rumah.
Bersangka baik, mungkin makanan yang ditapau itu merupakan makanan yang telah diambil olehnya tapi tak mampu dihabiskan di saat itu. Dari membazir, kan amat bagus dia membungkusnya untuk dimakan di rumah kemudian?
Kalau tak pun, mungkin wanita itu telah mendapat kebenaran dari tuan majlis untuk berbuat demikian.
Kredit: jiang70
Baca Juga: Cikgu Rasa Macam Nak Nangis, Terharu Terima Hadiah Istimewa Dari Salah Seorang Murid Pada Hari Guru