Keadaan ekonomi negara sekarang ini amat merisaukan ramai pihak. Baru-baru ini semua lapisan masyarakat dikejutkan dengan kenaikan harga barangan seperti makanan dan minuman.
Hal itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan namun jelas orang ramai tidak berpuas hati dengan perkara itu. Rasa terbeban, ramai yang terkilan apabila melihat harga barang yang tidak sama dengan dahulu.
Terbaharu, seorang wanita, yayamdsa telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi peristiwa mengecewakan buat dirinya. Mengunjungi sebuah pasaraya untuk membeli barangan dapur, dia mengambil masa untuk mengusya semua yang ada.
Ketika sedang mencari telur ayam untuk dibeli, wanita itu berasa terkilan apabila melihat harga 10 biji telur ayam yang dijual. Ada yang mencecah sehingga RM9.25, dia turut berasa kecewa.
Ketika dahulu, telur ayam merupakan antara barang dapur yang mampu milik dan selalu dijual pada harga yang jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan barangan yang lain. Tapi kini, lain pula ceritanya dan jelas orang ramai turut berasa terbeban dengan perkara tersebut.
Kalau yang rakyat biasa sudah terbeban, bagaimana pula para pengusaha kedai makan dan restoran yang perlu mengambil kira pelbagai kos bagi menampung perniagaan mereka?
@yayamdsa Yg meniaga makanan, okay ke tu? 😖 #fyppelit #fyppelitbangett #fypシ゚viral
@yayamdsa Yg meniaga makanan, okay ke tu? 😖 #fyppelit #fyppelitbangett #fypシ゚viral ♬ suara asli – Danzz? 🎟
Menjengah di ruangan komen, seorang pengguna, nielsya_02, yang turut merasai kesan dari krisis harga barangan makanan hanya mampu sabar menghadapi dugaan tersebut.
Jelas isu kenaikkan harga barangan ini menjadi satu masalah besar yang belum lagi mempunyai apa-apa solusi. Bukan sahaja telur ayam yang mengalami kenaikkan harga, malah harga sayur-sayuran, ikan dan daging ayam turut ditingkatkan.
Semoga perkara ini menemui jalan penyelesaian supaya seluruh rakyat Malaysia tidak terus terbeban.
Kredit: yayamdsa
Baca Juga: Isteri Jadi Bahan Tawa Pekerja Supermarket Gara-Gara Seekor Ketam, Ini Reaksi Suaminya