Langkau ke kandungan

Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan

Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan

Sudah menghampiri sebulan seluruh penduduk yang mendiami Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakkan bagi menbendung penularan wabak Covid-19.

Tidak dinafikan bahawa sebahagian besar masyarakat yang berpendapat rendah mengalami sedikit masalah kerana wang simpanan semakin berkurang kerana tidak dapat bekerja.

Agaknya mereka pecah tabung pergi kedai

Perkara tersebut turut dirasai oleh warga asing yang bekerja sebagai buruh di negara kita. Mereka yang memperoleh gaji hari terpaksa mengikat perut bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang PKP.

Namun begitu, seorang pengusaha kedai telah menceritakan detik hiba apabila terdapat sekumpulan warga Bangladesh yang datang ke kedainya dengan membawa sejumlah duit syiling yang dikumpul bersama.

Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan

Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan

Tiada projek, tiada gaji…

Menurut mereka, disebabkan PKP yang berlangsung, mereka tidak mendapat gaji kerana tiada projek yang berjalan ketika ini.

Walaupun mereka patuh dengan arahan, namun PKP yang semakin panjang ini agak membebankan mereka kerana duit simpanan semakin kurang.

Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan

Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan

Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan

Majikan kena bantu juga

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sebak diatas apa yang berlaku terhadap mereka.

Walaupun sedar bahawa mereka mempunyai majikan dan kedutaan dalam meminta bantuan, namun ada juga sesetengah yang tidak tahu saluran yang betul dan cepat bagi mendapatkan wang untuk mengisi perut masing-masing.

Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan

Diorang tengah susah, kita bantu jela

Warga Asing Ini Pecahkan Tabung Syiling Untuk Membeli Makanan

Sumber : MyZaidy Yusoff

Sumber rujukan : Ohmymedia

 

Cik Lawa

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Cik Lawa