Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Warga Emas Sediakan RM2 Beli Kopi, Terkejut Bila Kena Bayar RM10, Kisah Pakcik Ini Buat Netizen Sebak Terkenang Perangai ‘Abah’

Warga Emas Sediakan RM2 Beli Kopi, Terkejut Bila Kena Bayar RM10, Kisah Pakcik Ini Buat Netizen Sebak Terkenang Perangai ‘Abah’

Kategori:
beli kopi

Bagi penggemar kopi, sebelum memulakan hari yang panjang, hirupan kopi menjadi satu kewajipan buat mengumpulkan aura positif dan tenaga. Ia merupakan satu tabiat yang sukar ditinggalkan jika kita sudah biasa mengamalkannya.

Lihatlah pakcik makcik di kampung, hidangan kopi yang dicicah dengan biskut tawar pasti menjadi hidangan rutin. Biasanya, mereka membancuh sendiri kopi menggunakan cerek air. Yang paling sedap, jika kopi dijerang menggunakan dapur kayu arang. Memang rasanya mantap dengan kepekatan kopi hitam.

Bercerita mengenai kopi, baru-baru ini tular satu video yang menceritakan kisah seorang abah membeli kopi di kafe Starbucks. Ia diceritakan anaknya melalui perkongsian video di TikTok Nur Hikmah Sahat.

Warga Emas Sediakan RM2 Beli Kopi, Terkejut Bila Kena Bayar RM10, Kisah Pakcik Ini Buat Netizen Sebak Terkenang Perangai ‘Abah’

Kisah abahnya yang masuk ke kafe berjenama dan menyediakan RM2 untuk membayar kopi yang dibeli mengundang perhatian netizen dan orang ramai. Ini apabila harga kopi yang patut dibayar adalah RM10 dan abahnya tercengang dengan harga terbabit di hadapan kaunter.

Pelbagai kisah comel dan terharu yang bercampur baur  terjadi di sebalik kisah secawan kopi abah.

beli kopi

“Abah ikut rombongan kawin anak saudara mak dekat Kedah naik bas. Otw balik, bus berhenti dekat stesen minyak. Abah tiba-tiba terasa nak minum kopi.

“Abah pun masuklah dalam Starbucks. Abah tak tahu tu kedai kopi mahal. Abah pun order lah.

“Abah cakap dengan budak kaunter, ‘pakcik nak kopi yang kecik je tau’. Abah cerita abah dah standby RM2 dekat tangan nak bayar. Jap lagi budak kaunter cakap RM10 lebih.

“Abah tercengang, abah bukan takda duit tapi abah tak sangka ada kopi yang dia mintak kecik tapi harga RM10 lebih,”

“Dia pun cakap dengan budak kaunter, ‘sepanjanng pakcik hidup 80 tahun tak pernah pakcik minum kopi lebih daripada RM2,”cerita Hikmah panjang lebar dalam kisah abah beli kopi ini.

80 Tahun Abah Hidup, Kali Pertama Minum Kopi Lebih RM2

Tambah Hikmah, apa yang menyentuh hati, walaupun abah ada duit, mungkin kerana ada sepasang suami isteri yang mendengar perbualan abah ketika beratur di kaunter, isteri berkenaan menyuruh suaminya memberi duit kepada abah.

“Maybe ada akak beratur belakang abah dengar perbualan, dia pun suruh laki dia gi kejar bagi duit. Abah dah tolak tapi dia berkeras nak bagi duit jugak,” jelasnya.

Hikmah juga cerita bahawa abah ingin menyimpan cawan itu sebagai kenangan beli kopi lebih RM10 dengan nada comel.

Ada Insan Hulur Duit Dekat Abah, Walau Abah Tolak, Insan Itu Tetap Nak Bagi

beli kopi

@nurhikmahsahat #starbucks #kopimahal #duaringgit #cofeestarbuck #kotatinggi #jdt #abah #alhmdulillah #fyp ♬ Hanya Rindu – Andmesh

Melihat ruangan komen, ramai menyatakan kisah comel itu dengan menceritakan perangai abah masing-masing. Mereka terkenang akan peranga ‘abah-abah’ yang menggelikan hati dan mendoakan kesihatan pakcik terbabit.

Misalnya, komen dari seorang pengguna TikTok bernama Darlynnzz berkata, “comel la pakcik. Macam abah saya jugak, even kalau nak belanja pun dia taknak. Dia nak minum kopi 434,” tulisnya dalam ruangan komen.

Teringat Perangai Abah-Abah Dekat Kampung, Comel!

beli kopi

Daripada kisah abah beli kopi ini, banyak hal manis yang dapat diambil kan? Misalnya, dihadiahkan orang sekeliling yang baik walaupun orang yang tak dikenali melalui kisah suami isteri yang memberi abah duit tu. Ternyata, masyarakat kita memang penuh dengan sifat penyayang dan ambil berat.

Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan selalu berbuat baik sesama insan.

Sumber: Nur Hikmah Sahat

Baca juga: Murid Tahun 1 Tebar Roti Canai 60 Keping Sehari, Banggakan Keluarga, Bangun Seawal Jam 4 Pagi

tags: | |