Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Watak Sebenar Iklan ‘Ikan di Laut, Asam Di Darat’ Akhirnya Bertemu Kembali Setelah Sekian Lama Di Bazar Ramadan

Watak Sebenar Iklan ‘Ikan di Laut, Asam Di Darat’ Akhirnya Bertemu Kembali Setelah Sekian Lama Di Bazar Ramadan

Kategori: ,
Ikan Di Laut Asam Di Darat

Selain daripada lagu-lagu raya, iklan yang dibuat oleh syarikat-syarikat tertentu seringkali ditunggu-tunggu. Pelbagai mesej yang disampaikan membuatkan kadangkala tanpa sedar menitiskan air mata.

Jika sebelum ini, ada iklan yang menggabungkan dua perayaan kerana diraikan dalam minggu yang sama. Seperti iklan raya, Ikan Di Laut Asam Di Darat yang ditayangkan pada tahun 2005, yang menggabungkan perayaan Deepavali dan juga Aidilfitri.

Watak Sebenar Iklan ‘Ikan di Laut, Asam Di Darat’ Akhirnya Bertemu Kembali Setelah Sekian Lama Di Bazar Ramadan

Difahamkan, iklan yang diterbitkan oleh stesen penyiaran TV3 itu diambil dari kisah benar. Sehingga kini, iklan berkenaan dikatakan menyentuh hati dan perasaan sesiapa sahaja yang menontonnya.

Ikan Di Laut Asam Di Darat

Ikan Di Laut Asam di Darat mengisahkan tentang pertemuan semula dua sahabat iaitu Raju dan Suparjo yang berkawan baik sejak kecil. Apa yang menarik, mereka bertemu semula ketika sudah dewasa dan tanpa disangka mereka merupakan jiran sebelah menyebelah.

Menyingkap Kembali Momen Indah

Seakan menyingkap kembali momen itu, seorang wanita berkongsikan pertemuan semula dua sahabat ini di bazar Ramadan. Uncle Raju dan Pakcik Salleh dikatakan adalah watak sebenar (kisah realiti) dua sahabat yang diadaptasikan ke dalam iklan Ikan Di Laut Asam Di Darat berkenaan.

Ikan Di Laut Asam Di Darat

“Bila pelakon sebenar Ikan Di Laut Asam Di Darat bertemu semula. Perancangan Allah hebat. Setelah 40 tahun terpisah disebabkan tuntutan mencari rezeki.

“Pakat bercerita ramai kawan sebaya dah pergi selamanya,” tulis Cik Ferry.

Sumber: Cik Ferry / The Reporter

Baca juga: Penantian Hampir Sedekad Berakhir, Rakyat Kelantan Teruja Family Mart Mahu Masuki Pasaran Kedai Serbaneka Di Sana

tags: |