Burger King merupakan salah satu restoran makanan segera yang selama ini terkenal dengan pelbagai jenis hidangan burger yang lazat dan menyelerakan. Pastinya Burger King ini adalah pilihan ramai selepas McDonalds dan KFC. Pada tahun lepas, Burger King pernah mengejutkan orang ramai kerana melancarkan iklan yang agak luar biasa.
Iklan tersebut dilancarkan menerusi akaun YouTube rasmi mereka, Burger King yang pada mulanya berasal dari Florida, Amerika Syarikat ini telah mempamerkan apa yang berlaku kepada Burger Whopper selepas disimpan selama 34 hari.
Tidak seperti produk atau makanan segera lain, yang mana walaupun disimpan selama bertahun-tahun, makanan tersebut tetap kelihatan elok dan sempurna. Namun amat berbeza dengan makanan yang dikeluarkan oleh Burger King ini kerana selepas 34 hari disimpan kelihatan memang meloyakan.
Menerusi video yang berdurasi selama 45 saat itu, jelas kelihatan ukuran Burger Whopper ini yang kian mengempis. Bukan itu sahaja, malah kulat juga mula timbul dipermukaan burger dan jelas kelihatan patty burger dan roti burger tersebut mengalami perubahan warna yang agak ketara.
https://www.youtube.com/watch?v=oSDC4C3_16Y
Mesti semua pelik kan? Kenapa mereka nak buat video yang macam ni. Namun menurut Restaurant Brands International Global Chief Marketing Officer dari Burger King, Fernando Machado. Iklan tersebut sengaja dibuat sebab ingin menyakinkan pelanggan mereka dan masyarakat luar bahawa selama ini pihak mereka berusaha untuk tidak menggunakan bahan pengawet.
Jelas Fernando Machado lagi, mereka percaya bahawa makanan asli tanpa bahan pengawet pastinya mempunyai rasa yang lebih sedap dan selamat. Oleh sebab itu, mereka berusaha sedaya upaya untuk tidak menggunakan apa-apa bahan pengawet dalam hidangan mereka. Sama ada pewarna makanan atau pun perasa dari bahan kimia.