Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Yakiniku Kuro Belanja 100 Gram Daging Setiap Hari Lahir, Ini Cara Dapat Percuma Makan Setiap Tahun

Yakiniku Kuro Belanja 100 Gram Daging Setiap Hari Lahir, Ini Cara Dapat Percuma Makan Setiap Tahun

Kategori: ,
Yakiniku Kuro

Jika anda peminat daging, wajib lah datang ke Yakiniku Kuro untuk menikmati hidangan daging yang sedap dan empuk rasanya.

Bukan setakat itu, anda juga dapat menikmati hidangan daging 100 gram dengan percuma pada setiap tarikh hari kelahiran anda di Yakiniku Kuro.

Seperti hantaran yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial di laman X, seorang wanita berkongsi tentang perasaan terujanya yang berjaya menebus daging percuma sempena hari lahirnya.

“Korang datanglah time birthday. Nanti boleh claim 100 gram daging . I every year claim,” kongsi @rafzanfazren menerusi laman X tersebut.

Tambahnya lagi, jika ingin menikmati 100 gram daging percuma sempena hari lahir, pelanggan mestilah sekurang-kuranya memesan 2 hidangan di Yakiniku Kuro.

Yakiniku Kuro

“Dalam gambar atas tu 200gram. Harga dalam RM69 ikut jenis daging yang korang nak. Boleh rujuk staff dorang untuk pertanyaan lanjut.”

Jom Min kongsikan cara untuk menebus hidangan percuma ini buat pembaca Daily Makan.

Yakiniku Kuro Belanja 100 Gram Daging Karubi Setiap Hari Lahir, Ini Cara Dapat Percuma Makan Setiap Tahun

Anda boleh menebus 100 Gram Daging Karubi & Pilihan Aiskrim Sempena Hari Lahir Anda!

  • Tempah mana-mana 2 set hidangan di Yakiniku Kuro untuk tebus 100 gram Karubi atau mana-mana pilihan aiskrim sedap.
  • Boleh tebus jika dine in 5 hari sebelum atau selepas tarikh hari lahir.
  • Tampilkan kad pengenalan untuk verifikasi.
  • Tidak termaktub dengan sebarang promo lain.
  • Mengikut terma & syarat restoran.

Yakiniku Kuro

Anda juga boleh menghubungi restoran untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi butiran tersebut dan juga lain-lain soalan.

Sumber: rafzanfazren & Yakiniku Kuro 

Baca juga: Ramai Dakwa Mahal & Tak Berpatutan, Peniaga Jelas Kenapa Jual Harga Kentang Keytatoes Sehingga RM19

tags: | |