Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » YouTuber Ini Kejutkan Orang Ramai Bila Turun Berat Badan Sebanyak 113KG, Memang Sengaja Jadi Gemuk

YouTuber Ini Kejutkan Orang Ramai Bila Turun Berat Badan Sebanyak 113KG, Memang Sengaja Jadi Gemuk

Kategori: ,
turun berat badan

Nikocado Avocado yang mempunyai 4 juta pengikut di saluran YouTube miliknya memulakan video terbarunya yang bertajuk ‘Two Steps Ahead’ dengan memakai kostum kepala panda.

Video terkininya bukan video mukbang yang biasa dilakukannya. Sebaliknya ia video penampilan terkininya yang kini sangat berbeza dengan dirinya sebelum ini.

Niko yang berdarah Ukraine-Amerika dan telah mengishtiharkan dirinya sebagai ‘Raja Mukbang’ pernah menyatakan bahawa berat badannya pernah mencecah 163kg dalam video YouTube yang dikongsikan pada awal tahun ini.

YouTuber Ini Kejutkan Orang Ramai Bila Turun Berat Badan Sebanyak 113KG, Memang Sengaja Jadi Gemuk

Ketika ramai yang berkata dia turun berat badan dengan banyak dalam masa 7 bulan, YouTuber itu berkata sebenarnya video tersebut telah dirakam awal sebelum beliau menjalani proses transformasi untuk kembali kurus.

Dalam video ‘Two Steps Ahead’ yang dimuat naik Jumaat lalu, Niko berkata apa yang dibuatnya sebelum ini adalah eksperimen sosial terbesar dalam hidupnya.

“Hari ini, saya bangun dari mimpi yang sangat panjang dan saya juga bangun setelah kehilangan 113 kg daripada badan saya. Baru semalam, orang masih memanggil saya gemmuk, sakit, membosankan dan tidak relevan,” katanya.

Penurunan berat badan ini mungkin berlaku semalaman. Itu mustahil. Sebaliknya, dalam satu lagi video di salah satu saluran Niko, Niko mengakui, “Saya tidak buat video selama dua tahun.” Hanya dia yang tahu garis masa penurunan berat badannya dan pendekatan yang digunakannya.

Salah satu perkara yang dibincangkan Niko dalam video ‘Two Steps Ahead’ adalah masalah berterusan penghinaan berat badan, iaitu apabila seseorang mengejek orang lain tentang berat badan mereka.

Berdasarkan perkongsian komen di YouTube, rata-rata penontonnya terkejut dengan perubahan Niko tetapi gembira dengan perubahan tersebut.

Malah, ada yang berazam untuk mengikut jejak Niko untuk kurangkan berat badan dan jalani kehidupan sihat. “Dia hanya satu langkah lagi untuk menjadi fitness YouTuber selepas ini,” tulis seorang lagi peminat Niko.

Sumber: Vocket

Baca juga: Bermula Dengan Modal RM4, Ini Kisah Kejayaan Pengasas Beras Faiza Jadi Pilihan Ramai

tags: |