Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » ZUS Coffee Dapat Dana RM250 Juta, Rancang Lebarkan Sayap Ke Antarabangsa

ZUS Coffee Dapat Dana RM250 Juta, Rancang Lebarkan Sayap Ke Antarabangsa

Kategori: ,
ZUS COFFEE

ZUS Coffee, jenama kopi tempatan baru sahaja menerima pelaburan besar berjumlah RM250 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), KV Asia Capital dan Kapal Api Griup, lapor NSTP.

ZUS Coffee Dapat Dana RM250 Juta, Rancang Lebarkan Sayap Ke Antarabangsa

ZUS COFFEE

Dengan suntikan modal ini, ZUS Coffee kini bersedia untuk meluaskan sayapnya ke peringkat antarabangsa, dengan merancang untuk masuk ke pasaran Singapura dan Brunei menjelang akhir tahun ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ZUS Coffee memaklumkan bahawa mereka sedang merancang untuk melancarkan beberapa kedai di duna negara tersebut antara bulan September hingga Disember.

ZUS COFFEE Ingin Melebarkan Sayap Ke Singapura & Brunei

ZUS COFFEE

Selain itu, jenama kopi ini turut mendedahkan bahawa pihaknya kini dalam perbincangan dengan rakan kongsi yang berpotensi di pasaran antarabangsa lain, dengan jangkaan untuk memperluas lagi jenama itu ke peringkat global pada tahun 2025.

Sejak pelancaran kedai pertamanya di Filipina pada tahun 2023, ZUS Coffee telah menerima sambutan luar biasa, dengan pengguna Filipina mengiktiraf kualiti dan keunikan jenama ini.

Kini, ZUS Coffee mengendalikan lebih 50 cawangan di Filipina dan bercita-cita untuk menjadi peneraju pasaran dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Di Malaysia pula, ZUS Coffee sudah pun menguruskan kira-kira 600 cawangan dan syarikat ini berhasrat akan terus meluaskan rangkaian kedainya.

Sumber: ZUS Coffee

Baca juga: Kerajaan Akan Naikkan Kadar Cukai Minuman Bergula Kepada 50 Sen Seliter

tags: |