Menurut resepi yang dikongsi oleh Shidah Abd Rashid ini. Resepi ini boleh digunakan untuk membuat sehingga 3 ke 4 jenis roti.  Antara roti yang boleh dibuat dengan doh ini adalah  roti savoury, belit sausage, atau tanam butter dan gula.

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm tepung high protein
  • 150ml air sejuk
  • 100ml susu sejuk
  • 1 biji telur grade A sejuk | beat dengan fork
  • 4- 6 tbs gula |bergantung kemanisan yang anda inginkan
  • 4 tbs butter salted
  • 11gm yis
  • 5gm bread improver/superbake (kalau takde, omit je)
  • 5gram garam
  • 1 tbs susu pekat

CARA PENYEDIAAN :

  1. Masukkan semua bahan-bahan kering, gaul sehingga sebati.
  2. Tuang semua bahan basah dan uli guna pengadun doh atau pembuat roti.
  3. Bila doh dah elastic, timbang 20- 25gram setiap satu, bulatkan, masuk dalam loyang.
  4. Untuk bun yg ada inti, timbang antara 40-50 gram. Biarkan naik 3 kali ganda.
  5. Bakar, 160 degree selama 20 mins.

Selamat mencuba !

Sumber : Facebook MAHN

Anda juga boleh melihat resepi mudah kari daging tanpa santan sekiranya anda terlupa nak beli santan.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1,171 times!)