Apabila tiba musim hujan, pasti perut akan berasa lapar tidak kira masa bukan? Waktu beginilah tekak terasa ingin menikmati macam-macam hidangan. Makanan yang pedas, manis, tradisional dan lain-lain hidangan menjadi pilihan makanan musim hujan yang digemari ketika musim tengkujuh melanda.
Anda tak ada idea nak masak apa ketika hujan begini?
Jadi apa kata anda semua rujuk sahaja senarai idea makanan musim hujan dekat bawah ini. Makanan dalam senarai di bawah ini antara makanan yang mudah dan juga menyelerakan.
Cucur bilis merupakan antara hidangan yang ringan namun sangat mengenyangkan. Malah untuk menyediakannya juga sangat mudah. Waktu hujan dan sejuk-sejuk memang sangat kena jika makan cucur bilis bersama dengan sos cili mahu pun sos kicap.
Nak cuba buat cucur bilis ini? Jom ikuti resepi lengkapnya di sini. Pasti hasilnya memang betul-betul puas hati. Rangup krap krup krap.
Waktu hujan jika makan hidangan yang bersup atau hangat pasti enak bukan? Jadi antara hidangan yang boleh anda buat adalah Mee Rebus Terengganu Style ini. Mee rebus seperti ini memang sangat terkenal di negeri pantai timur. Lebih-lebih lagi jika di negeri Terengganu.
Cara nak menyediakannya juga tersangatlah mudah. Ambil masa 5 minit sahaja, zup zap zup zap siap! Kalau makan pun pasti anda semua akan berpuas hati. Nak cuba? Jom rujuk resepi ini.
Nak makan sup yang ringan namun menyelerakan waktu musim hujan? Apa kata anda cuba masak Sup Tauhu Jepun Bercendawan ini. Pasti puas hati punya. Dilengkapi dengan cendawan yang kenyal dan tauhu Jepun yang lembut memang sungguh nikmat rasanya.
Terliur tak nak buat? Kalau terliur, anda boleh rujuk resepinya di sini. Kalau sedap jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada kenalan anda. Selamat mencuba!
Nak cuba makanan bersup namun lain dari yang lain? Apa kata anda cuba buat Kimchi Sujebi ini. Rasanya sedikit masam dan lain dari yang lain memang sangat sesuai dinikmati ketika musim tengkujuh. Lebih-lebih lagi kalau anda letak cendawan enoki, kenyal-kenyal dan rangup gitu.
Nak cuba buat? Jom ikuti resepinya di sini. Masih belum ramai yang mencuba resepi ini. Memang betul-betul lain, ia adalah sup kaldu dan pangsit. Kalau anda dah tahu resepinya, pasti rugi kalau tak mencuba!
Ubi kayu ini memang sinonim dengan musim hujan bukan? Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan kelapa parut dan sambal ikan bilis. Memang padu teruk, tak berganjak terus dari tempat duduk. Seperiuk ubi kayu boleh licin tau.
Namun tak ramai yang tahu cara mudah untuk merebus ubi agar empuk dan sedap. Nak tahu cara tersebut? Jom ikuti caranya yang lengkap di sini.
Putu piring atau putu halba merupakan antara makanan tradisional yang tak pernah lapuk dek zaman, tak lekang dek panas. Masih ada yang menjual putu piring walaupun sangat susah untuk kita temui. Namun kalau tiba-tiba nak makan, bolehlah cuba buat sendiri di rumah.
Untuk membuatnya, anda boleh ikuti resepinya di sini. Rasanya persis orang tua dahulu yang buat. Sekali buat pasti selepas ini nak buat lagi.
Anda pernah makan cendawan kukur? Cendawan kukur ini merupakan antara makanan musim hujan yang sangat jarang dimakan oleh generasi Y. Namun orang lama dahulu sering menjadikan cendawan kukur ini sebagai salah satu hidangan yang wajib ada ketika musim tengkujuh.
Selain dibuat masak lemak, cendawan kukur juga sangat enak jika dibuat masak lemak cili api. Makan dengan nasi putih panas-panas memang padu. Nak cuba buat? Jom ikuti resepinya di sini.
Pisang karamel merupakan pencuci mulut yang rasanya agak manis namun sedap. Bagi penggemar makanan yang manis bolehlah cuba hidangan ini. Kalau makan ketika musim tengkujuh sambil menikmati air kopi panas memang padu teruk.
Cara nak menyediakan pisang karamel ini juga sangatlah mudah. Tak nak cuba ke? Kalau nak cuba, anda boleh lihat resepi lengkapnya di sini.
Nak cuba makanan musim hujan yang lain daripada kebiasaan? Lebih-lebih lagi jika anda peminat makanan Thai atau pun makanan yang pedas. Bolehlah cuba resepi ikan siakap ini. Memang puas hati sungguh rasanya. Dinikmati pula dengan telur dadar.
Mahu bertambah-tambah makan nasi. Sekejap je licin satu periuk nasi. Bukan sahaja rasanya yang sedap, malah nak menyediakannya juga sangatlah mudah. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom cuba buat sekarang!
Selain dari menu di atas, bihun sup chinese style ini juga merupakan salah satu hidangan yang sangat sesuai dinikmati waktu musim tengkujuh. Dapat pula hirup kuah sup yang panas-panas, rasa suam je badan. Memang berselera makan. Mahu bertambah-tambah.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi lengkap bihun sup seperti ini di sini. Sekali buat pasti lepas ini akan buat lagi dan lagi. Memang kesedapannya tu tidak boleh dinafikan lagi. Sangat rugi jika tidak mencubanya.
Itulah antara idea makanan musim hujan atau pun musim tengkujuh yang anda boleh cuba di rumah. Sangatlah rugi jika tidak mencuba untuk membuatnya.
Semoga bermanfaat!