Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » 10 Resepi Kek yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia, Semuanya Sedap & Menggiurkan!

10 Resepi Kek yang Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia, Semuanya Sedap & Menggiurkan!

Kategori: ,
10 resepi kek

Kek merupakan antara pencuci mulut yang mempunyai aneka jenis. Di Malaysia, rakyatnya seakan-akan menjadikan kek ini sebagai pilihan utama. Tidak kiralah untuk majlis apa sekalipun, sama ada hari raya, sambutan hari lahir dan perpisahan. Lambakan kedai, cafe dan usahawan persendirian ini sama sekali tidak menyukarkan kita untuk membelinya.

Walaupun begitu, masih ramai dalam kalangan anda yang suka membuat kek sendiri kan? Di bawah ini ada 10 resepi kek untuk rujukan anda semua. Pilih je yang mana satu berkenan di hati dan buat. Pasti puas hati punya!

10 Jenis Kek Untuk Dicuba, Sangat Mudah Dan Sedap!

1. KEK BROWNIES

BAHAN – BAHAN :

  • 400gm coklat masakan |guna dark berryl’s
  • 150gm buttercup block
  • 100gm tepung naik sendiri. |bluekey
  • 100gm gula perang @ gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 biji telur gred A

CARA – CARA :

  1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Gaul rata.Biarkan sejuk. Tips untuk dapatkan kedut. (A)
  2. Pukul telur bersama gula perang, esen vanila. (B) pukul sederhana hingga sebati sahaja.
  3. Dalam bekas lain ayak tepung naik sendiri. (C)
  4. Masukkan (A) ke dalam (B). Kacau rata. Kemudian masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A)dan (B). Gaul rata.
  5. Alas acuan 10’x10′ dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.
  6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160 C selama 30-40 minit.
  7. Selepas masak renggangkan sedikit pintu oven untuk mendapatkan kedut yang menarik.

2. KEK RED VELVET CHEESE

BAHAN – BAHAN :

  • 2 cawan tepung kek/superfine/gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 cawan buttermilk | resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus/kastor
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak/sayur
  • 1/2 cawan air panas
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila

Frosting Cream Cheese:

  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 60g mentega | unsalted
  • 1 cawan gula aising
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sudu besar jus perahan lemon |optional

Buttermilk :

  • 1 cawan susu segar
  • 2 sudu besar cuka putih
  • Biar selama 30 minit sehingga susu kental

CARA – CARA :

  1. Guna loyang bersaiz 10″x10″
  2. Bakar pada suhu 170c selama 35 – 45 minit atau sehingga lidi yang dicucuk di tengah kek keluar dengan bersih
  3. Masa membakar bergantung pada saiz dan kepanasan oven

3. KEK BATIK NESTUM

BAHAN – BAHAN :

  • 300gm coklat compound
  • 400gm biskut marie HWA TAI | biskut brand ni sedap
  • 1/2 cawan serbuk koko | lagi berkualiti lagi sedap
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar butter | guna sudu makan
  • 3 x 1/2 cawan nestum

CARA – CARA :

  1. Biskut marie dipatah-patahkan.
  2. Satukan coklat compound, serbuk koko, gula pasir, susu cair dalam satu kuali. Buka api dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati.
  3. Kacau sehingga adunan coklat mendidih, baru masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.

4. KEK COKLAT INDULGENCE

BAHAN – BAHAN :

Bahan – bahan kek coklat

  • 4 biji telur
  • 180 gram gula kastor
  • 150 gram teppung kek
  • 20 gram serbuk koko
  • 70 gram air
  • 15 gram ovellet
  • 50 gram minyak jagung
  • 1 tspn baking powder

Bahan – bahan krim putih

  • 50 gram gula kastor
  • 120 gram unsalted butter
  • 4 gram gelatin
  • 50 gram air
  • 100 gram coklat
  • 260 gram whipped cream
  • 2 biji kuning telur

Bahan – bahan Coklat ganache

  • 100 gram whipped cream
  • 100 gram coklat

Bahan – bahan air kopi 

  • 3 sudu gula
  • 1 sudu kopi
  • 1/2 cawan air

CARA – CARA :

  1. Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung.
  2. Pastikan tepung, serbuk koko dan baking powder diayak terlebih dahulu.
  3. Pukul adunan sehingga gebu. Elakkan pukul terlebih lama kerana ia akan menyebabkan kek jatuh apabila dibakar.
  4. Masukkan minyak jagung dan kacau menggunakan spatula.
  5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar suhu 160 selama 30-40 minit mengikut oven masing-masing.
  6. Satukan gelatin dan air, ketepikan sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian masak menggunakan kaedah double boiler.
  7. Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.
  8. Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler.
  9. Satukan adunan telur dan air gelatin. Kacau rata, kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan.
  10. Di dalam bekas yang lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satukan dengan adunan telur.
  11. Dalam bekas yang bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.
  12. Simpan di dalam peti sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digunakan.
  13. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam bekas.

5. KEK MARBLE JELITA

BAHAN-BAHAN :

  • 1 sudu eh baking powder
  • 230 gm butter
  • 130 gm + 50 gm gula castor | saya blenderkan
  • 4 biji telur | asingkan putih dan kuning
  • 60 ml susu segar
  • Serbuk koko secukupnya
  • Pewarna | ikut citarasa anda
  • Esen vanilla

CARA – CARA :

  1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang.
  2. Dalam bekas lain pukul butter, gula (130gm) dan kuning telur. Apabila kembang masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan separuh tepung dan susu, pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan baki tepung dan susu tadi, pukul lagi.
  5. Masukkan separuh putih telur yang sudah dipukul, sebatikan.
  6. Habiskan putih telur tadi, pukul sebati dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  7. Warnakan ikut suka. Selang selikan dalam loyang.
  8. Bakar 160’c 50 minit ikut oven masing-masing.

6. KEK MILK TEA BOBA

BAHAN – BAHAN :

Bahan Air Teh

  • 40ml air
  • 1 sudu besar susu lazz
  • 1 uncang teh

Bahan A

  • 3 biji kuning telur
  • 20 gram gula kastor
  • 40 ml minyak jagung
  • 40 ml air teh
  • 60 gram tepung kek
  • Esen vanilla

Bahan B

  • 3 biji putih telur
  • 40 gram gula kastor

Bahan Topping

  • Kastard
  • 1/2 cawan air
  • 2 Sudu besar susu lazz
  • 1 uncang teh
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 5 sudu besar gula

Bahan Lain

  • Bobba pearl
  • Whipping cream

CARA – CARA :

  1. Satukan kesemua bahan air teh dan masak hingga mendidih. Sejukkan.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang, kemudian masukkan air teh dan minyak jagung. Kacau rata.
  3. Masukkan esen vanilla dan tepung kek. Kacau rata.
  4. Dalam bowl bersih, pukul putih telur dan gula hingga kembang.
  5. Satukan adunan A dan B secara berperingkat dengan kaedah kaup balik.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci dan bakar suhu 160 c selama 30 minit – 40 minit.
  7. Sementara itu, masak kastard terlebih dahulu. Campurkan kesemua bahan dan masak hingga berkilat. Sejukkan.
  8. Pukul whipping cream bersama kastard yang sudah sejuk separa kembang sahaja.
  9. Balutkan kek yang sudah sejuk dengan ‘cheescake devider’ dan tuangkan whipping cream tadi. Taburkan boba pearl. Sejukkan dan sedia dihidangkan.

Sumber rujukan : Seminit resepi

7. KEK PANDAN CHEESE

BAHAN – BAHAN :

  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovelatte
  • 1/2 cawan minyak masak | ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
  • 1/2 cawan susu cair | ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
  • 1/2 penutup pewarna hijau
  • 1 penutup besar perisa pandan }boleh ditukar kepada perisa strawberi, vanilla dan warna
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan cream cheese leleh

  • 250gm cream cheese Tatura
  • Suku cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis | ikut manis sendiri

CARA – CARA :

  1. Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
  2. Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sekejap tapi jangan lama.
  4. Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
  5. Masukkan kek ke dalam loyang yang dah dialas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek. Tutup ( balut) penutup pengukus dengan kain bersih.

Cara buat krim cheese leleh:

  1. Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu.

Cara Menghias :

  1. Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul-betul sejuk.
  2. Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan.
  3. Potong / belah separuh kek dan sapu krim keju.
  4. Letak kembali kek yang dipotong tadi dan sapu cream cheese.
  5. Akhiri dengan parutan keju cheddar dengan secukupnya.

8. KEK RAINBOW CREPE

BAHAN – BAHAN :

Bahan Crepe

  • 6 biji telur
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan butter cair
  • Esen vanilla
  • 1/3 cawan gula
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan susu tepung
  • Pewarna

Bahan Filling

  • 2 1/2 cawan whippinh cream
  • 1/3 cawan serbuk aiskrim
  • 1/3 cawan gula aising

CARA – CARA :

  1. Satukan kesemua bahan crepe kecuali pewarna ke dalam blender. Kisar halus. Buangkan buih untuk mendapatkan crepe yang halus.
  2. Warnakan adunan kepada 6 warna.
  3. Masak crepe menggunakan non stick pan.
  4. Putarkan bahan whipping cream hingga kembang.
  5. Kemudian lapiskan crepe dengan whipping cream.
  6. Sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam. Potong dan hidangkan bersama caramel sos. Selamat mencuba.

9. KEK JAPANESE COTTON CHEESE

BAHAN – BAHAN :

  • 60 gram susu segar
  • 150 gram cream cheese
  • 40 gram butter
  • 65 gram tepung kek
  • 5 biji telur
  • 120 gram gula kastor
  • Sedikit esen vanilla

CARA-CARA :

  1. Asingkan putih dan kuning telur terlebih dahulu.
  2. Satukan susu segar, cream cheese dan butter ke dalam pan, panaskan hingga cair.
  3. Apabila sudah cair dan sedikit suam, masukkan kuning telur dan kacau rata.
  4. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau rata. Masukkan sedikit esen vanilla.
  5. Dalam bowl bersih, pukul putih telur dan gula sehingga medium peak.
  6. Masukkan 1 senduk adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata.
  7. Ulang balik step di atas hingga rata semuanya. Kacau menggunakan kaedah kaup balik.
  8. Bakar dengan kaedah water bath suhu 130 C selama 1 jam 30 min.

10. KEK RED VELVET CREPE

BAHAN CREPE:

  • 6 biji telur
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan butter cair
  • Esen vanilla
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • Red velvet emulco

BAHAN FILLING:

  • 2 1/2 cawan non diary whipping cream
  • 100 gram cream cheese

BAHAN CARAMEL SOS:

  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan dairy whipping cream
  • 20 gram butter garam

CARA-CARA :

  1. Satukan kesemua bahan crepe kecuali butter ke dalam blender.
  2. Cair kan butter menggunakan microwave dan tuang ke dalam blender.
  3. Kisah halus dan buangkan buih supaya crepe kita licin dan flawless.
  4. Masak crepe menggunakan non stick pan. Ulang sehingga selesai.
  5. Putarkan bahan whipping cream hingga kembang.
  6. Kemudian lapiskan crepe dengan whipping cream.
  7. Sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam.
  8. Potong dan hidangkan bersama caramel sos.
  9. Untuk membuat caramel sos, hanguskan gula bersama sedikit air.
  10. Apabila sudah perang, tutup api dan masukkan butter. Kacau laju dan masukkan whipping cream.
  11. Perasakan dengan garam. Sejukkan dan sedia dituang ke atas kek. Selamat mencuba.

sumber : Seminit resepi

Nampak menarik dan menggiurkan kan resepi kek di atas ini? Untuk sebarang majlis, bolehlah mencuba mana-mana resepi yang anda sukai dari resepi di atas ini. Pasti sangat puas hati dengan kek yang dihasilkan.

Selamat mencuba!

tags: | |