Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » 10 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Nikmat & Menyegarkan

10 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Nikmat & Menyegarkan

Kategori:
Air Untuk Berbuka Puasa

Setiap kali nak berbuka puasa, mesti nak minum air yang menyegarkan bukan? Setelah seharian menahan dahaga, dapat minum air sejuk-sejuk memang padu! Jom lihat 10 resipi air untuk berbuka puasa yang sejuk dan menyegarkan. Memang puas hati kalau dapat minum berbuka nanti.

10 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa 

1. Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw kaw

Bahan-bahan:

  • 1 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu makan kacang tanah tumbuk
  • 3 1/2 sudu makan sirap cap rose
  • 1 sudu makan biji selasih
  • 5-6 biji kurma merah
  • 50-60 gram cincau hitam

Cara-cara:

  1. Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
  2. Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
  3. Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda,boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan.

2. Air Sirap Bandung Soda Cincau

Bahan-bahan:

  • Cincau
  • Aiskrim soda (air gas)
  • Susu cair
  • Sirap
  • Ais

Cara-cara:

  1. Potong cincau ikut suka.
  2. Masukkan aiskrim soda.
  3. Masukkan susu cair sambil kacau taknak bagi dia berketul berbintik-bintik.
  4. Masukkan ais, masukkan sirap (agak2 lah ye) kacau2 sebati.
  5. Siap untuk diminum! Eh, sabar..Tunggu waktu berbuka dulu.

3. Coconut Shake Stambung Paling Kaw

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air kelapa muda (lebih lagi sedap)
  • 1 cawan ais krim vanilla
  • 1 cawan ais ketul
  • 3 sb susu pekat
  • Isi kelapa

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lembut.
  2. Tuangkan dalam gelas. (kalau nak letak ais lagi pun boleh tetapi maniskan sedikit)
  3. Letakkan beberapa scope ais krim vanila dan letakkan isi kelapa kat atas mengikut kemahuan anda.
  4. Siap untuk dihidangkan.

4. Air Soda Herbs Viral

Bahan-bahan:

  • Ais
  • Air soda
  • Lemon
  • Asam boi
  • Daun pudina
  • Laici (buah sahaja)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Untuk laici ambil buah sahaja, air jangan campur sekali.
  3. Memang sedap dan menyegarkan!

5. Kopi Ais Yang Kaw Kaw

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan serbuk kopi pilihan
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • Ais

Cara-cara:

  1. Reneh 1/2 cawan air biar mendidih.Tutup api. Ben gunakan 2 sudu makan serbuk kopi pilihan. Biarkan 3-4 minit. Tapis tuang masuk dalam jug.
  2. Isi 1 cawan susu cair dan 1/2 tin susu pekat. Kacau dan tambahkan ais. Tak perlu tambah air. Biarkan air ais turun. Fuhhh.
  3. Simpan dalam freezer. Sukatan untuk 1.6 liter.

Lihat video:

6. Jus Tembikai Susu

Bahan-bahan:

  • Tembikai – separuh
  • Susu pekat – setengah tin
  • Air panas
  • Air suam
  • Ais

Cara-cara:

  1. Tembikai separuh.
  2. Kisarkan tembikai, letakkan air sedikit.
  3. Dah siap tuangkan dalam jug.
  4. Bancuhkan susu pekat setengah tin dengan air panas. Kemudian campurkan dalam air tembikai tadi.
  5. Dah siap tambah kan dengan air suam sikit.
  6. Siap! Cantik kan kejadian beliau.

7. Air Nenas Soda

Bahan-bahan:

  • 1 tin nenas Hosen
  • 1 1/2 cawan air soda Fn
  • 5 potongan kecil buah nenas

#Tak perlu gula dah sebab air soda, air nenas dah cukup manis.

Cara-cara:

  1. Kisar nenas dengan air soda, lepas tu tapiskan dalam penapis santan. Tujuan dia untuk hilangkan buih nenas. Kacau dengan sudu sambil tapis tu.
  2. Isi dalam jug cantik 1.6 liter ni, isi buah tin dan air sekali, isi ais. Ketuk ais kecil baru sedap.
  3. Siap!95247601_3046044732082429_2970152709056888832_o

8. Air Telang Selasih Lemon

Bahan-bahan:

  • Bunga telang
  • Biji selasih
  • Lemon

Cara-cara:

  1. Didihkan air bersama bunga telang sehingga bunga kuncup dan tiada kelihatan.
  2. Rendam biji selasih dalam air panas pada bekas yang lain sehingga kembang.
  3. Bancuh air bunga telang dengan gula secukup rasa.
  4. Masukkan biji selasih dan perahan lemon pada bancuhan air bunga telang.
  5. Hias dan hidang bersama ais.

9. Air Tembikai Lemon Laici

Bahan-bahan:

  • 1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
  • 1 tin laici
  • 1 botol air lemon houseboom

Cara-cara:

  1. Tak gunakan gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.
  2. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut.
  3. Tambah air laici tin dan boleh letak ais.

10. Teh Ais Cincau

Bahan-bahan:

  • Teh serbuk
  • Susu full cream
  • Gula (ikut sukatan yang anda nak buat)
  • Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
  • Cincau

Cara-cara:

  1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
  2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah
  3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
  4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula sudah sedap, bolehlah tutup api.
  5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.
  6. Siap.

Selamat mencuba!

 

tags: | | |