Ipoh sememangnya cukup popular di kalangan pelancong yang gemarkan aktiviti food hunting. Terdapat pelbagai makanan yang lazat dan cukup menarik boleh dicuba di sini. Jom kita terjah 10 tempat makan best di Ipoh. Jangan risau, semuanya dijamin halal dan sedap-sedap belaka. Menyesal tak cuba!
Restoran Pakcik Wong kini jadi tempat makan yang wajib singgah bagi penggemar masakan Cina Muslim. Pilihan menunya memang cukup menarik!
Yang paling best sekali, harga makanan dekat sini sangat berpatutan. Dengan serendah RM 9.80 saja, anda sudah boleh dapatkan hidangan dengan citarasa asli Cina. Jangan lepaskan peluang untuk cuba hidangan popular di sini seperti Ginger and Spring Onion Beef, Salted Egg Squid dan Kueytiaw Curry. Makanan Western pun ada!
Alamat : 20, Persiaran Greentown 10, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 10.00 malam
Facebook : Restoran Pakcik Wong
Bila dah sampai Ipoh, jangan lupa untuk pekena semangkuk cendol padu di Deen Ct Corner Cendol. Dikatakan sebagai port cendol terbaik di Ipoh, kedai menawarkan ini aneka menu cendol yang jadi kegemaran rakyat Malaysia seperti cendol kacang, cendol pulut dan cendol jagung.
Rasa cendol di sini jadi kegemaran ramai kerana tak terlalu manis, pasti sesuai dengan citarasa anda.
Alamat : 20, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 11.30 pagi hingga 6.30 malam (tutup setiap Jumaat)
Facebook : CT Corner Cendol
Kalau dah ke Ipoh, pasti ramai yang mencari dim sum, bukan? Jangan lupa singgah ke Green Town Dim Sum Café untuk nikmati dim sum yang lazat dan menyelerakan seperti Pyramid Dim Sum, Fried Prawn Dumpling dan Fried Radish Cake. Ramai yang turut mengesyorkan untuk cuba aneka masakan Cina yang halal di sini.
Alamat : 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 8.30 am – 7.00 pm kecuali Selasa
Facebook : Dimsum Café Greentown
Sekali anda cuba mee kari di kedai makan Mee Daud Mat Jasak, anda pasti akan teringat sampai berhari-hari.
Walaupun ringkas, namun rasa kuah karinya cukup pekat dan memukau. Selain mee kari, mee kicap yang disajikan besama yong taufu sup juga jadi rebutan pelanggan.
Menu lain yang menarik turut menanti anda seperti kueytiaw kari, bihun sup, yong tau fu dan banyak lagi. Harga makanan di sini pun cukup murah!
Alamat : No 1 & 2, Jalan Dato Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 4.00 petang – 9.00 malam
Facebook : Mee Daud Mat Jasak
Nama kedai makan ini mungkin membuatkan anda menyangka yang kedai ini menyajikan hidangan Korea, tapi anda silap!
Kedai ini sebenarnya menyajikan laksa dengan telur sarang. Bagi yang belum tahu, negeri Perak memang cukup popular dengan laksa telur sarang ni. Di sinilah anda boleh cuba laksa sarang yang sedap dan antara yang terbaik di Perak!
Jangan lupa juga untuk cuba pelbagai jenis pencuci mulut ABC yang menarik dan menyegarkan tekak.
Alamat : 1374, Jalan Merak, Kampung Dato’ Ahmad Said, 30020 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 11.30 pagi – 9.30 malam (tutup setiap Isnin)
Facebook : Laksa_SaranghaeIpoh
Bagi penggemar nasi ayam, anda wajib cuba nasi ayam di Restoran Fuziah bila ke Ipoh. Dikatakan sebagai port nasi ayam paling padu di Ipoh, rasa ayam goreng yang diperap enak pasti buatkan anda jatuh cinta. Bukan setakat ayam, malah nasi dan sosnya juga sangat sedap.
Selain itu, terdapat aneka lauk pauk Melayu yang turut dihidangkan di sini. Memang sesuai untuk anda nikmati sebagai santapan makan tengah hari!
Alamat : 53-85, Jalan Mustapha Al-Bakri, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 8.00 malam, 10.00 pagi – 8.00 malam (Sabtu) Tutup setiap Rabu
Facebook : Nasi Ayam Fuziah
Bukan hanya di Melaka, anda juga boleh nikmati hidangan Baba Nyonya dengan citarasa autentik di Assam House, Ipoh.
Pernah mendapat liputan dari rancangan televisyen Best In The World, tak ada alasan untuk anda skip tempat makan best di Ipoh ini.
Macam-macam hidangan menarik menanti anda seperti ikan masak asam, ayam pandan, shark fin soup, pucuk paku gulai lemak dan kari kepala ikan. Memang berbaloi dan puas hati dapat makan di sini dengan keluarga dan rakan!
Alamat : No. 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 3.00 petang, 5.30 petang – 9.15 malam (tutup setiap Isnin)
Facebook : Assam House Restaurant
Bila anda berada di Ipoh dan teringin masakan Western yang lazat, singgahlah ke David’s Diner. Ada macam-macam menu yang anda patut cuba seperti salmon panggang dan burger yang berjus. Bukan setakat hidangan Amerika, malah makanan Mexico pun ada seperti pasta Mexico, burritos dan nachos. Memang padu!
Alamat : B-G-1, Ground Floor, Greentown Square, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 10.30 malam
Facebook : David’s Diner
Bila anda tanya warga Ipoh di mana untuk dapatkan mee udang paling best di sini, mereka pasti mengesyorkan Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja.
Tempat makan best di Ipoh ini juga pernah mendapat liputan oleh rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3 dan beberapa akhbar tempatan. Memang tak hairanlah kenapa kedai ini sentiasa ramai orang!
Mee di sini bertambah enak bila dipadankan dengan makanan laut yang segar.
Selain mee udang, anda juga boleh cuba anek menu lain yang tak kurang hebatnya seperti Lobster Bakar Telur Masin, Mee Ketam Nipah dan Ketam Masak Telur Masin. Menu makanan laut yang lain pun ada seperti ketam, udang galah atau udang laut masak kompau, masak lemak dan masak bercili. Rugi tak cuba!
Alamat : 51, Lorong Sungai Choh 10, 31250 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 4.00 petang – 11.30 malam kecuali Selasa
Facebook : Mee Udang & Ketam Sempoiii Diraja
Penggemar hidangan makanan laut wajib singgah ke Restoran Claypot Raja Patin. Bila ada ikan patin, menu gulai tempoyak pastinya menanti anda! Jangan lupa untuk pesan sekali Claypot Asam Pedas yang menjadi kegilaan ramai di sini.
Antara menu best yang ditawarkan di sini adalah hidangan bakar ala Portugis seperti kerang Bakar, Sotong Tembun Bakar dan Siakap Bakar. Tengok sajalah saiznya! Boleh buat sesiapa terliur! Shellout pun ada!
Selain hidangan makanan laut bakar, terdapat juga aneka menu western dan burger bersaiz besar yang cukup lazat. Patutlah kedai makan ni pernah viral, setiap masa ramai orang!
Alamat : No. 43-45 Jalan Ali Pitchay 30250 Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 1.00 tengah hari – 11.30 malam kecuali Isnin
Facebook : Restoran Claypot Raja Patin
Menarik betul tempat makan best di Ipoh. Dari ikan bakar, cendol, dimsum dan mee kari, hidangan yang ditawarkan di Ipoh pasti akan buatkan anda teringat.
Bila dah tahu tempat makanan yang best di sini, senanglah anda untuk rancang percutian bersama rakan dan keluarga. Pasti semuanya sedap-sedap belaka. Jom ke Ipoh!