Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Dari Burger Burung Unta Hingga Juadah Yaman, Ini 10 Tempat Makan Best Di Port Dickson Yang Wajib Anda Cuba

Dari Burger Burung Unta Hingga Juadah Yaman, Ini 10 Tempat Makan Best Di Port Dickson Yang Wajib Anda Cuba

Kategori: ,

Port Dickson terkenal dengan aktiviti pantai yang mengujakan serta pelbagai lokasi pelancongan yang menarik.

Bagi anda yang merancang untuk bercuti tak lama lagi, di sini kami nak kongsikan 10 tempat makan best di Port Dickson. Semuanya menawarkan menu yang sedap dan menarik untuk dicuba!

Jom kita tengok makanan apa yang best dekat Port Dickson!

10 Tempat Makan Best Di Port Dickson, Rugi Tak Singgah!

10. Tino’s Pizza

Kalau dah bosan makan nasi, cubalah pizza yang dikatakan antara yang terbaik di Port Dickson di Tino’s Pizza. Pilihlah antara pizza margherita, pizza bolognese dan pepperoni yang ramai orang recommend!

Bukan itu saja, malah menu lain seperti Pasta dan hidangan Western pun tak mengecewakan!

Alamat :No 43A, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi :

Isnin, Rabu, Sabtu & Ahad : 12.00 tengah hari – 9.30 malam

Jumaat : 12.00 tengah hari – 7.00 malam (tutup setiap Selasa & Khamis)

Facebook :  Tino’s Pizza Port Dickson

Kredit : Facebook Ratu Hati

9. Mient’s Burger

Pernah cuba burger burung unta? Kalau tak pernah, jom singgah ke Mient’s Burger. Bukan setakat burger burung unta, malah burger rare yang lain turut menanti anda seperti burger arnab dan burger rusa.

Kesemuanya dijamin sedap dan berjus! Selain burger yang unik, terdapat pelbagai menu lain yang anda boleh cuba seperti pasta, roti john dan nasi goreng Western.

Alamat : 258, Kilometer 1, Jalan Pantai, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi : 3.00 petang – 12.00 tengah malam (tutup setiap Rabu)

Facebook : Mient’s Burger

Kredit : Foursquare.com

8. Restoran Aden

Jangan tak tahu, anda juga boleh cuba hidangan dari Negara Yaman di Port Dickson ni! Pelbagai juadah menarik menanti anda di Restoran Aden seperti Lamb Madghout, Lamb Buram, Chicken Mandu, Arayes Lamb dan Khabab Halabi.

Confirm puas hati makan di sini kerana semua hidangan disediakan oleh orang Yaman sendiri. Patutlah sedap sangat!

Alamat : No. 61, Jalan Mahajaya PD Centre Point, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam

Facebook : Aden Restaurant Port Dickson

Kredit : Ganeswari Ilankeswaran

7. PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM 2

Masih ada ruang untuk pemanis mulut? Jom pekena cendol dan coconut shake yang murah tapi terlajak sedap di PD Famous Cendol Coconut Shake Power RM 2  ni.

Panjang betul nama kedai ni, sama panjang dengan orang yang datang beratur untuk nikmati pelbagai menu santai di sini seperti aneka cendol, rojak, laksa, dan nasi kambing bakar.

Memang berbaloi untuk anda singgah pada waktu petang selepas penat meronda Port Dickson.

Alamat : Batu 6 Kampung Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi : 11.30 pagi – 7.00 petang (tutup setiap Khamis)

Kredit : Foursquare.com

6. Warung Hassan Murtabak

Warung yang dimiliki oleh pengusaha India Muslim ini pula terkenal dengan hidangan murtabak dan mee goreng sardin.

Meskipun ringkas, namun ia tetap menjadi pilihan bagi orang tempatan dan pelancong yang ingin menjamu selera.

Selain dua menu popular ini, Warung Hassan Murtabak juga menyajikan hidangan lain seperti aneka sup, roti canai dan nasi goreng kambing tanam. Simple tapi ramai yang kata sedap!

Alamat : 20-24, Persiaran Kurau 1, Taman Tuah Batu, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 2.00 petang – 12.00 tengah malam (tutup setiap Ahad)

5. Cowboy Place Nasi Kukus Ayam

Kedai berkonsepkan koboi ni pasti buatkan anda teruja untuk singgah. Bukan setakat hiasan dalaman bertemakan koboi, malah pekerja kedai juga masing-masing segak bertopi koboi untuk menarik pelanggan.

Terkenal sebagai salah satu tempat makan best di Port Dickson, ramai yang kata nasi ayam panggang dekat sini teramatlah sedap sampai boleh buatkan orang teringat!

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar sambil pakai topi koboi dan pegang pistol dekat sini!

Alamat : Lot 643 Jalan Pantai batu 6 71050 Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 7.00 malam

4. Warung Salai Port Dickson

Percutian anda ke Negeri Sembilan memang tak lengkap kalau tak pekena masak lemak salai yang pedas dan beraroma.

Sekiranya anda berada di sekitar Port Dickson, jangan lupa singgah ke Warung Salai Port Dickson untuk cuba 7 jenis masak lemak salai cili api yang pekat, pedas dan kaw!

Antara hidangan salai yang anda boleh cuba di sini adalah ayam kampung, keli, puyuh, itik dan sebagainya. Kalau anda jenis tak tahan pedas, anda bolehlah pesan aneka hidangan makanan laut bakar yang turut dijual di sini.

Alamat : Langit Langi Hotel, Jln Pantai Bt 1, Taman Mewah 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 5.00 petang (tutup setiap Khamis)

Facebook : Warung SALAI Port Dickson

3. Warung Mak Mah Nasi Ayam 1

Antara kedai makan yang legend di Port Dickson, Warung Mak Mah cukup popular dengan menu masakan kampung yang sedap macam air tangan ibu.

Selain nasi ayam dan nasi ayam penyet yang popular di sini, anda juga boleh cuba pelbagai lauk pauk asli Negeri Sembilan seperti daging salai, asam pedas ‘Nismilan’, gulai kawah dan masak lemak cili api.

Kalau nak bersarapan dekat sini pun boleh. Macam-macam makanan sarapan pagi turut disediakan seperti roti canai, lontong, soto dan kuih-muih.

Alamat : 1001 & 1002, Jalan Dato Haji Abdul Samad (Jalan Dato Haji Abdul Samad)
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

2. Lantak Kafe

Kalau susah nak buat keputusan nak makan apa, datang saja ke Lantak Kafe. Semua jenis hidangan yang terlintas di fikiran pasti ada di sini.

Dari hidangan tomyam, ikan bakar, nasi campur, hidangan Western, sizzling hinggalah ke nasi Arab, semuanya ada dekat sini.

Suasana di Lantak Kafe juga cukup selesa, santai dan lebih menarik dengan persembahan live band.

Alamat : Lantak Kafe, No. 3, Lot 968, Batu 3 Jalan Pantai, Negeri Sembilan 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi : 5.00 petang – 12.00 malam

Facebook : Lantak Kafe 

1. King’s Char Kuey Teow

Ramai yang kata char kuey teow di sini memang padu dan sedap macam dekat Pulau Pinang! Anda pasti geram tengok udang dan sotong bersaiz jumbo yang dihidangkan bersama char kuey teow.

Kalau tekak terasa nak makan makanan lain, pesanlah sate atau makanan Western dekat sini. Gerenti puas hati!

Alamat: Lot 402 Jalan Pantai Batu 4, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 4.00 petang – 12.00 tengah malam (tutup setiap Selasa)

Facebook :  King’s CHAR KUEY TEOW 

Menariknya tempat makan di Port Dickson, sampai rambang mata dibuatnya! Tak sangka ada banyak makanan sedap yang boleh dinikmati dari pagi sampai ke malam.

Semuanya nampak lazat dan menyelerakan. Jadi, tunggu apa lagi? Jom rancang percutian di Port Dickson dengan rakan dan keluarga!

tags: