Terkenal sebagai kampung Melayu di tengah-tengah ibu kota, Kampung Baru sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Sarat dengan khazanah warisan Melayu dari pelbagai aspek, Kampung Baru juga sering jadi tumpuan ramai yang ingin nikmati aneka juadah lebih-lebih lagi dengan citarasa asli Melayu.
Selain nasi lemak yang popular di kampung ini, ada pelbagai restoran yang menawarkan hidangan yang menyelerakan. Jom kita tengok 10 tempat makan menarik di Kampung Baru!
Di mana lagi anda boleh nikmati sate yang sedap pada waktu malam dengan latarbelakang bangunan berkembar KLCC selain di Satay Capitol?
Penduduk Kampung Baru dan pelancong dari merata tempat cukup menyukai sate yang enak, kurang lemak dan berjus di sini.
Hanya gunakan daging batang pinang untuk dijadikan sate, maka tak hairanlah kedai ini jadi pilihan ramai sejak lebih 50 tahun lamanya!
Bertambah sedap bila dipadankan dengan kuah kacang yang enak dan beraroma! Jangan lupa untuk pesan bersama semangkuk soto yang cukup popular di sini!
Alamat : No, 1, Jalan Haji Hashim, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi : 3.00 petang – 11.45 malam (tutup setiap Ahad)
Facebook : Satay Capitol 1951 – Warisan
Jangan tak percaya dekat Restoran Gerak 23, ada lebih 100 jenis lauk pauk menanti anda! Patutlah ramai yang berkunjung ke sini untuk makan tengah hari.
Ada pelbagai juadah membuka selera, ikan bakar dan aneka ulam ulaman untuk anda nikmati. Lauk lemak salai pun ada!
Alamat : Lot 2959, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 8.00 malam
Selain port nasi lemak popular di Kampung Baru seperti Nasi Lemak Antarabangsa dan Nasi Lemak Wanjo, ada satu lagi lokasi yang menawarkan nasi lemak yang cukup enak iaitu di Gerai Pak Hassan.
Walaupun ringkas, namun ramai yang cukup menggemari nasi lemak di sini. Makin sedap jadinya bila ditambah dengan ayam goreng atau sambal sotong!
Selain itu, roti canai yang gebu di dalam dan garing di luar juga turut menjadi kesukaan ramai. Memang enak bila dimakan bersama kuah dal kaki ayam! Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan.
Alamat : 31, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi :
Selasa – Sabtu : 7.00 pagi – 1 tengah hari
Ahad : 7.00 pagi – 12 tengah hari
Tutup setiap Isnin
Bagi yang gemarkan hidangan dengan citarasa Indonesia, anda wajib singgah ke Restoran Nasi Padang Kampung Baru! Anda pasti terliur dengan aneka lauk pauk yang dihasilkan daripada resepi asli tanah seberang.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba lauk paling laris di sini seperti rendang ayam kampung, gulai tunjang, belut kering dan dendeng. Memang bertambah nasilah jawabnya!
Alamat : 123, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam
Siapa kata anda perlu merantau jauh ke Pahang semata-mata untuk nikmati hidangan lauk ikan patin? Bagi yang merindui juadah ini, anda bolehlah ke Samudra Anjung Patin Ville yang cukup terkenal dengan hidangan berasaskan ikan sungai yang lazat dan menyelerakan.
Rasa lauk ikan patin tempoyak serta aneka masakan Melayu di sini tak pernah mengecewakan. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan!
Alamat : 51, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 11.30 pagi – 8.00 malam
Dikatakan sebagai salah satu port cendol paling best di Kuala Lumpur, anda wajib cuba semangkuk cendol durian yang cukup istimewa di Cendol Durian Kampung Baru. Yang paling best dekat sini, pelanggan siap boleh pilih jenis durian apa yang disukai bergantung pada musim!
Ada Musang King, D24, Udang Merah dan macam-macam lagi. Kalau nak makan durian saja pun boleh! Kalau pergi waktu musim durian macam sekarang ni mesti lagi seronok!
Alamat : 26, Jalan Raja Alang 50300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 12.00 tengah malam
Facebook : Cendol Durian Kampung Baru
Bagi yang dah lama tak pekena lauk ikan singgang, datanglah ke Selera Ramai Ikan Singgang yang cukup popular di Kampung Baru.
Ramai yang cukup menggemari lauk ikan singgang yang dipadankan dengan ulam-ulaman serta budu. Selain itu, ramai yang mengesyorkan untuk cuba ikan kembung goreng, lidah goreng dan kerabu pucuk paku yang teramatlah sedap. Sekali cuba, pasti nak lagi!
Selain itu, anda juga boleh pesan hidangan lain yang tak kurang hebatnya seperti tomyam dan siakap stim limau.
Alamat : 46, 786, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru
Waktu Operasi : 6.30 petang – 3.00 pagi (tutup setiap Isnin)
Penggemar ayam penyet wajib singgah ke Ayam Penyet Mak Maya yang cukup popular di Kampung Baru.
Ramai yang sanggup bersesak pada waktu tengah hari untuk nikmati nasi ayam penyet dan pecel lele di sini! Kalau anda suka pedas, bolehlah pesan sambal hijau ekstra untuk rasa lebih kick!
Alamat : 65, Jalan Raja Uda, Kampung Baru
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 9.00 malam
Bila anda ke restoran Kak Som, anda pasti rambang mata melihat variasi lauk pauk yang dihidangkan. Rasanya memang ngam bila dipadankan dengan nasi putih panas dan ulam-ulaman!
Selain itu, kedai ini juga menyajikan juadah Kelantan pada waktu tengah hari seperti nasi kerabu, nasi dagang, dan laksam.
Alamat : 19, 13, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 7.00 pagi – 12.00 tengah malam
Keenakan hidangan Thai dan makanan laut di Suraya Seafood memang sukar untuk ditandingi. Patutlah sentiasa ramai orang!
Sesuai untuk dinikmati untuk hidangan makan makan malam, pelbagai menu special menanti anda antaranya siakap stim, udang goreng tepung, kerang bakar serta tomyam.
Bagi hidangan sampingan pula, anda boleh cuba kerang bakar, pulut mangga, kerabu magi serta bihun celup yang ringkas tapi laku keras!
Alamat : Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : 3.30 petang – 1.00 pagi
Banyak rupanya tempat makan menarik di Kampung Baru. Ingatkan ada nasi lemak saja, rupanya ada banyak lagi makanan best dan bervariasi menanti semua.
Jika anda merancang untuk ke Kampung Baru, jangan lupa untuk singgah ke semua restoran ni. Pendek kata, semuanya best dan pasti bakal buatkan anda teringat!