Bercadang untuk makan angin di Muar? Dengan adanya pelbagai tempat menarik dan port makan yang best, pekan Muar semakin terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Johor. Bagi anda yang nak cuba makanan sedap di sini, jom kita tengok 12 tempat makan menarik di Muar!
Memang tak sahlah kunjungan anda ke Muar kalau tak pekena Kopi 434 yang jadi kebanggaan warga tempatan di sini.
Sebaik saja anda melangkah ke restoran ini, anda pasti akan terpikat dengan aroma kopi yang cukup mengasyikkan. Antara kopi yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Elephant Coffee yang cukup kaw namun tak terlalu pahit. Cubalah sekali roti bakar dan roti koknya yang enak bila dipadankan dengan secawan kopi.
Alamat : 121, Jalan Maharani (Jalan Bakariah) 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi : Isnin – Sabtu : 8.30 pagi – 5.30 pagi
Ahad : 9.00 pagi – 4.30 petang
Bagi yang teringin nak rasa murtabak inti penuh, datanglah ke Murtabak Tanah Melayu yang cukup popular di Muar. Anda pasti terkejut bila tengok ketebalan murtabak di sini. Makin padu rasanya bila ditambah dengan keju. Jangan lupa untuk pesan sekali mi bandung Muar yang cukup laris dekat sini!
Alamat : 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi :
Rabu – Sabtu : 4.00 petang – 2.00 pagi, Ahad : 5.00 petang – 2.00 pagi (Tutup setiap Selasa)
Walaupun namanya agak pelik, tapi bila anda cuba sendiri lempeng istimewa dekat sini, barulah anda faham kenapa kedai ini sentiasa ramai orang!
Menjadi hidangan signature kedai ni, lempeng pekak sebenarnya adalah lempeng kosong yang dibakar rangup. Memang syahdu bila bimakan bersama kuah kari kambing yang pekat dan beraroma.
Memang tak ada bau hamis kambing langsung, rasa sedap sampai terbuai dibuatnya! Kalau nak rasa macam-macam hidangan sarapan di sini seperti mee rebus, laksa penang, dan soto kambing, anda perlulah datang awal sikit, ya! Kalau tak, tak merasalah lempeng di sini jawabnya.
Alamat : Bakri Batu 6, 84000 Muar
Waktu Operasi : 7.00 pagi – 12.00 tengah hari
Nama restoran ini tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pencinta mee bandung lebih-lebih lagi mee bandung Muar.
Rasa kuahnya yang seimbang dan padat dengan rasa membuatkan ramai jatu cinta! Anda juga berpeluang untuk dapatkan perencah mee bandung sebagai ole-ole untuk dibawa pulang ke rumah!
Alamat : 69A Jalan Abdullah 84000 Muar
Waktu Operasi : 7.00 pagi – 4.00 petang (Tutup setiap Jumaat)
Bagi anda yang nakkan sesuatu yang ringkas tetapi unik, singgahlah ke Roti2U. Jarang dijumpai di tempat lain, kedai makan ini menyajikan roti bazlama iaitu roti jenis flatbread yang berasal dari Turki.
Lembut dan empuk, roti ini makin enak bila dinikmati bersama topping keju dan dicicah bersama kuah hari atau rendang yang pekat dan lazat.
Selain roti bazlama, kedai ini turut menyajikan menu lain seperti nasi beringin kambing, pizza, lasagna dan sebagainya. Serius sedap bila dinikmati panas-panas!
Alamat : 2, Jalan Perniagaan Jaya 4, Pusat Perniagaan Masjaya, Jalan Salleh, 84000, Muar, Johor.
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 6.00 petang (tutup setiap Rabu)
Kalau nak cuba sarapan dengan selera orang Muar, datanglah ke R&H Café Satay Maharani. Dibuka seawal 7.30 pagi, memang berbaloi untuk anda datang awal bagi nikmati aneka menu sarapan yang menyelerakan seperti mi rebus, roti titab telur goyang, lontong, sate dan macam-macam lagi!
Alamat : 15, Jalan Sri Temenggong 26, Taman Sri Temenggong, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi : 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
Kalau anda sudah biasa makan asam pedas Melaka, apa kata kali ini anda rasakan kepaduan asam pedas Johor di Asam Pedas Jalan Joned?
Walaupun namanya sama, tetapi asam pedas gaya Johor memang cukup berbeza dengan penggunaan ramuan serta bahan tersendiri.
Bila anda ke sini, pesanlah hidangan yang cukup popular di sini seperti asam pedas kepala ikan dan asam pedas ikan pari. Memang sedap bila dipadankan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan!
Alamat : 45, Jalan Joned, 84000 Muar
Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Khas untuk penggemar hidangan makanan laut, jangan lupa untuk cuba shellout di Oyster Shell Out. Tak hanya menawarkan makanan laut yang segar, malah harga hidangan di sini juga cukup berpatutan!
Alamat: 152, Jalan Haji Omar, Taman Utama Satu, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi: Rabu – Ahad, 6.30 – 11.30 pm
Masih ada ruang untuk pemanis mulut? Jom pekena semangkuk cendol yang wajib anda cukup terkenal di Muar! Dari jauh, anda pasti sudah boleh cam kedai cendol yang berwarna kuning ini. Ada pelbagai variasi cendol menanti anda seperti cendol durian, cendol aiskrim dan cendol pulut yang menyegarkan.
Anda juga boleh cuba pelbagai hidangan ringkas tapi lazat di sini seperti rojak petis, rojak mee, nasi ayam dan mee bandung.
Alamat : 207, Jalan Meriam, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi : 11.30 pagi – 6.30 petang (tutup setiap Isnin)
Facebook : Cendol De Raja
Bila anda rasa sendiri hidangan di sini, barulah anda faham kenapa ramai orang sanggup datang dari jauh untuk makan di Faris Kitchen. Menu yang dihidangkan di sini sebenarnya cukup simple tapi teramatlah sedap dan susah nak jumpa di tempat lain!
Antara menu yang menanti anda di sini adalah Roti John Cheese Sekapal, Nasi Lemak Sotong Gergasi, Char Kway Teow Sotong Gelang dan Nasi Lemak Ikan Siakap.
Semuanya sedap dan wajib untuk dicuba. Jangan lupa untuk lengkapkan hidangan anda dengan air jagung Jakarta Creamy yang sangat berkrim dan menyegarkan!
Alamat : Jalan Mulia 2, Taman Sungai Abong Mulia, Jalan Kampung Sungai Abong Darat, 84000 Muar
Waktu Operasi : 6.00 petang – 12.00 tengah malam (tutup setiap Selasa)
Dengan namanya saja, kita sudah boleh bayangkan suasana santai yang menanti pelanggan di restoran ini. Restoran ini menyajikan aneka lauk pauk Melayu pada tengah hari. Selain itu, menu Western yang seperti Lamb Chop dan Chicken Chop dan hidangan goreng pun ada!
Alamat : Off Jalan Salleh, &, Lorong Haji Hassan Nindung, 84000 Muar, Johor
Waktu Operasi :
Selasa : 11.00 pagi – 1.00 pagi
Rabu – Isnin : 5.00 petang – 1.00 pagi
Kalau restoran ini pernah mendapat liputan dari Borak Kopitiam TV3, sudah tentu hidangan yang ditawarkan dijamin sedap, bukan? Dikatakan sebagai port burger bakar paling sedap di Muar, keenakan burger di kedai ini memang sukar untuk ditandingi.
Walaupun satu set burger boleh mencecah sehingga RM 20, anda tak perlu risau kerana portionnya teramatlah besar! Siap dapat kentang goreng rangup dan air sunquick lagi! Memang berbaloi untuk anda cuba, silap-silap boleh kongsi untuk dua orang makan!
kalau nak rasa hidangan lain, cubalah nasi goreng ayam crispy, Nandos Chicken Chop dan milkshake hazelnut. Memang sedap tak terkata!
Alamat :
Cawangan Parit Raja : Pos 64 Jalan Parit Raja Tengah,Kg.Parit Raja,Jalan Temenggong Ahmad,84000,Muar,Johor
Cawangan Jalan Salleh : 118-4 Jalan Salleh,84000,Muar
Waktu Operasi :
Jumaat – Rabu : 4.00 petang – 11.45 malam
Khamis : 5.00 petang – 12.00 tengah malam
Facebook : Burger D’Raje
Banyak rupanya tempat makan menarik di Muar! Memang tak hairanlah mengapa orang sanggup datang dari jauh untuk cuba pelbagai makanan sedap dekat sini. Bukan setakat mee bandung, malah ada pelbagai juadah yang enak menanti semua. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke Muar!