Sejak awal tahun 2020 kejadian kes coronovirus semakin meningkat. Dan tiada siapa yang tahu kes ini akan berhenti. Dan tiada siapa juga tahu andai suatu hari nanti ianya semakin meningkat dan pada waktu itu, mungkin orang ramai tidak dibenarkan keluar sama sekali. Perintah berkurung di jalankan. Tapi bagaimanakah persediaan makanan kita? Apakah yang perlu kita sediakan?
Mungkin persediaan makanan tersebut juga kita boleh sediakan saat berlakunya banjir. Seperti mana banjir besar dan mengejutkan di beberapa buah negeri menyebabkan ramai dalam kalangan mereka kelaparan.
Kalau banjir secara tiba-tiba datang memang susah nak bersiap sedia. Walaubagaimanapun, cubalah buat persediaan makanan dan juga beberapa lagi barangan lain bagi menghadapi sebarang bencana yang akan menimpa. Antara makanan yang anda boleh sediakan adalah seperti berikut.
Beras adalah makanan ruji bagi sesuatu kaum atau kelompak manusia di Malaysia. Begitu juga dengan negara lain. Ia berbeza mengikut tempat, beras adalah makanan berkanji. Ia mempunyai tenaga makanan yang tinggi dan boleh disimpan buat masa yang lama.
Tepung gandum adalah salah satu makanan yang perlu kita sediakan. Tepung gandum ni boleh di simpan buat masa yang lama jadi anda beli banyak-banyak lepastu simpan. Gandum ni juga dapat mengantikan nasi. Ia mempunyai kandungan nutrien yang cukup tinggi seperti karbohidrat 60% – 80%, protein 6% – 17%, lemak 1.5% – 2.0%, mineral 1.5% – 2.0% dan sebilangan vitamin.
Makan gandum juga akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Ini kerana serat yang larut dalam gandum cenderung melambatkan penghadaman karbohidrat, dengan itu mengurangkan lonjakan kadar gula dalam darah, yang pada akhirnya tidak akan memaksa anda untuk sentiasa makan.
Kurma sangat kaya dengan kandungan serat yang tinggi yang membantu proses pelawasan dan mencegah barah usus. Di dalam sebiji kurma juga terdapat bermacam lagi kandungan berkhasiat seperti vitamin A dan C, zat besi, fosforus, potassium, sodium dan kalsium. Kurma juga dapat mengenyangkan kita dan dalam masa yang sama dapat memberikan kita tenaga. Kalau beli banyak terus pun tidak rugi kerana ianya boleh disimpan lama.
Selain gandum dan beras, nestum juga antara bijiran berkhasiat yang dapat memberikan rasa kenyang kepada kita. Saat-saat darurat apa lagi kita nak cari? Kalau dapat nestum ni pun sudah cukup bersyukur daripada tiada apa-apa bekalan.
Minyak masak adalah salah satu kepentingan juga untuk kita semua. Pastikan minyak masak ada bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Kalau beras dah ada tapi lauk tidak ada, nak makan dengan lauk apa? Seelok-eloknya simpan stok ikan kering. Sekurang-kurangnya boleh juga makan lauk. Ikan kering ini boleh tahan lama.
Kalau beras mempunyai jangka hidup selama 30 tahun, kacang pula dapat bertahan selama-lamanya. Kacang kering yang disimpan secara baik boleh tahan lama, sehingga kiamat. Walaupun begitu, setelah 1 hingga 2 tahun, kacang kering akan kehilangan kualiti dan kelembapannya. Jika beras mempunyai karbohidrat yang tinggi, kacang pula menyediakan kadar protien yang tinggi pada tubuh kita.
Makanan bertin adalah antara jenis makanan yang siap di makan. Memang sudah lama digunakan apabila berada dalam keadaan darurat. Waktu luput bagi tin yang belum dibuka adalah 2 hingga 5 tahun. Di mana-mana tin sudah dituliskan tarikh luput kurang dari 2 tahun tetapi ianya tidak bermaksud makanan tersebut sudah tidak boleh dimakan sekiranya sudah tamat tarikh luput.
Antara makanan yang wajib kita simpan adalah seperti sardin, rendang ayam, rendang daging atau apa-apa lauk di dalam tin yang membantu memudahkan kerja kita dan ianya tahan lama.
Madu mungkin tidak mempunyai nilai vitamin ataupun mineral seperti kebanyakkan makanan lain. Tetapi tahukah kita? Bahawa madu ini boleh menyembuhkan segala penyakit. Dan madu ini juga boleh di simpan dalam tempoh masa yang lama jika cara penyimpanannya baik.
Susu serbuk mempunyai jangka waktu hidup yang lebih lama jika dibandingkan dengan susu cair. Jika anda melihat susu cair yang kebiasaanya bertahan selama beberapa hari sahaja, susu serbuk ini boleh bertahan dalam masa setahun atau lebih.
Susu serbuk paling lama di simpan sehingga 2 hingga 5 tahun. Cara penyimpannanya sangat mempengaruhi kualiti susu tersebut. Simpanlah susu serbuk di ruang yang sejuk atau suhu bilik dan jangan biarkan ianya terbuka.
Ikan pekasam adalah ikan yang diawetkan agar ia boleh disimpan dan tahan lama dengan menggunakan teknologi pengawetan. Sekiranya negara umumkan perintah berkurung, apakah boleh kita makan ikan segar lagi? Mustahil. Jadi ikan pekasam ini bakal menjadi makanan kita selain daripada ikan kering.
Makanan yang boleh terus atau sedia dimakan adalah seperti produk keluaran Brahim’s. Produk tersebut kebiasaanya popular dalam kalangan traveller. Tetapi melihat keadaan sekarang, mustahil jika kerajaan keluarkan perintah berkurung kan, jadi siap sedialah. Kesemua makanan ini hanya perlu direndam ke dalam air panas.
Makanan tersebut bukan sahaja mudah unuk disediakan tetapi boleh tahan selama 2 tahun. Selain daripada Brahim’s, Kembara juga ada keluarkan produk makanan yang sebegini.
Perencah makanan ini boleh menggantikan bawang. Kalau masa berkurung tu lama, elok sangat menggunakan perencah makanan sebab bawang tidak boleh di simpan buat masa yang lama. Antara perencah makanan lain yang boleh dijadikan stok adalah seperti perencah nasi goreng adabi, perencah tom yam dan lain-lain.
Mee segera seperti Maggi adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ianya bukan sahaja boleh disimpan buat masa yang lama tetapi dapat mengenyangkan perut kita. Walaupun banyak keburukkan apabila makan mee segera, tetapi apabila keadaan sudah darurat apa lagi yang kita harapkan?
Makanan sejuk beku seperti kuih kebiasaanya bertahan selama 3 hingga 6 bulan sahaja. Jadi bolehlah jadikan ianya sebagai stok makanan. Tak kan setiap pagi nak makan nasi, gandum. Sekurang-kurangnya ada kuih muih pun okay. Tak lah rasa terkurung sangat kan?
Selain daripada senarai dekat atas, terdapat juga makanan lain seperti buah-buahan kering dan sambal ikan bilis yang kering. Boleh masak sambal ikan bilis tu dalam kuantiti yang banyak dan bekukkan.
Ini hanyalah sebagai rujukan buat anda semua, sekiranya terjadi kejadian yang tidak diingini. Senarai ini bukan sahaja boleh dijadikan rujukan untuk banjir sahaja malah untuk darurat atau perintah berkurung juga.
Baca juga: Makanan ‘Bukan’ Masalah Besar Ketika Banjir Tapi Ini 10 Perkara Menyedihkan Yang Ramai Tidak Tahu!