15 Resepi Aiskrim Homemade Mudah Dan Sedap.
Jom buat aiskrim homemade bersama anak-anak hujung minggu ni!
Panas-panas ni memang sedap kalau dapat makan aiskrim, buat sendiri lagi jimat dan puas hati.
Terus ke:
5. Aiskrim Mint Chocolate Rice
7. Aiskrim Malaysia versi cheese
10. Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim
14. Aiskrim Malaysia Versi Sangkaya
1. Aiskrim Asam Boi
Bahan-bahan:
- Air panas
- Gula
- Perisa asam masin
- Asam boi
- Plastik aiskrim
Cara membuat:
- Larutkan gula dengan air panas.
- Masukkan perisa asam masin. (nak guna perisa oren pun boleh).
- Biarkan sejuk.
- Masukkan asam boi ke dalam plastik.
- Kemudian masukkan air bancuhan air asam yang sudah sejuk ke dalam plastik.
- Ikat ketat-ketat.
- Simpan dalam peti ais hingga beku.
2. Aiskrim Hipster Coki-coki
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu manis
- 4 tin air
- 2 sudu makan tepung jagung (Bancuh dengan sedikit air di dalam bekas lain
- supaya tepung tak berketul)
- Secubit garam
- 3 paket choki choki
Cara membuat:
- Campurkan susu cair, susu manis, garam dan air dalam periuk.
- Masakkankan dan kacau sehingga sedikit panas
- Masukkan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
- Tutup api dan biarkan susu tadi sehingga sejuk.
- Masukkan separuh choki choki ke dalam plastik aiskrim, dan picit kan choki
- choki.
- Tuangkan susu separuh plastik dan ikat.
- Buat sampai habis. Dah siap, simpan dan peti ais.
- Anggaran aiskim 25-27 bungkus.
3. Aiskrim Homemade
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 1 tin susu pekat
- 1 tin air(sukat guna tin susu tu jgk)
- 1 sudu besar tepung jagung
Cara membuat:
- Didihkan semua bahan dan sentiasa kacau.
- Sejukkan seketika.
- Letakkan 1 sudu besar ovallate dan 1 sudu kecil esen vanila.
- Mixerkan bahan ni tahap max mungkin dalam 30 min atau sampai gebu.
- Nak tahu gebu ke tak, bahan menjadi 2 kali ganda dari asal.
- Bila dah gebu.. Letakkan perisa disukai.
- Bekukan semalaman.
4. Aiskrim Sumi Jelly
Bahan-bahan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 4 tin air kosong
- secubit garam
- 2 bungkus sumi – belah 4/6 ikut masing2
Cara membuat:
- Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam.
- Masak air sampai garam hancur.
- Masukkan baki 3 air tin.
- Kacau rata, biarkan sejuk.
- Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan .tadi dalam plastik ais krim tersebut.
- Sedia untuk dibekukan.
5. Aiskrim Mint Chocolate Rice
Bahan-bahan:
- 3 tin susu cair
- 2 tin susu pekat
- 12 tin air penapis
- 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
- 3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
- 1 sudu kecil garam
- Chocolate rice
- Esen peppermint
- Pewarna turqoise
Cara membuat:
- Masukkan chocolate rice siap-siap ke dalam plastik aiskrim.
- Bila susu dah mendidih, masukkan esen peppermint.
- Lepas tu masukkan pewarna turqoise.
- Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer.
6. Aiskrim Cappunico Oreo
Bahan-bahan:
- 3 tin susu cair
- 2 tin susu pekat
- 12 tin air penapis
- 5 sudu gula
- 3 sudu tepung jagung dibancuh
- 1 sudu kecil garam
- Oreo crush
Cara membuat:
- Masukkan oreo crush siap2 ke dalam plastik aiskrim.
- Bila susu dah mendidih, msukkan cappucino emulco.
- Kacau hingga sebati.
- Tunggu susu sejuk baru masukkan dlm plastik.
- Bekukan di dalam peti ais.
7. Aiskrim Malaysia versi cheese
Bahan-bahan:
- 1tin susu cair
- 1 tin susu pekat (blh guna 1/2 tin shj)
- 3 tin air
- 3 sudu gula (tak suka manis blh kurangkan)
- 2-3 sudu tepung jagung
- 50g tatura cream cheese
- Secubit garam
- Filling blueberry & strawberry
Cara membuat:
- Masakkan semua bahan di atas (kecuali cream cheese) dengan api sederhana
- Bila dah mengelegak, masukkan cheese.
- Biarkan bancuhan dah agak suam, blendkan sampai cheese tidak berketul.
- Sekiranya masih tak halus. Tapiskan bancuhan.
- Masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap, lagi mudah paipkan guna piping bag.
- Masukkan bancuhan tadi dan sejukkan.
8. Aiskrim Durian
Bahan-bahan:
- 3 tin susu cair
- 2 tin susu pekat
- 12 tin air penapis
- 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
- 3 sudu tepung jagung yang sudah dibancuh
- 1 sudu kecil garam
- Paste durian
Cara membuat:
- Didihkan semua bahan kecuali paste durian.
- Bila susu dah mendidih, masukkan paste durian yang dibeli di bakery. (Paste durian tu terpulang nak letak banyak mana. lagi banyak, lagi sedap terasa duriannya)
- Kacau sehingga sebati. Tunggu susu sejuk baru masukkan ke dalam plastik aiskrim dan keraskan di dalam freezer.
9. Aiskrim Malaysia Ain Kamis
Bahan A:
- 2500gram air biasa (sukat botol mineral kecik tu 5botol kalau xde penimbang.
- 1 tin susu cair carnation
- 1 tin susu pekat manis F&N
Bahan B:
- 1 sudu kecik garam
- 3 senduk kecik gula (ikut masing tekak sendiri)
Bahan C:
- 2 sudu besar tepung jagung
- 4 sudu kecil vanilla powder (cari kat bakery)
Cara membuat:
- Masak bahan A guna api Yang sederhana. Sentiasa kacau utk mengelakkan susu hangit & membuak.
- Bila dh keluar wap, masukkan bahan B .didihkan hingga betul2 mendidih.
- Bila dah mendidih, masukkan pulak bahan C. Masak lgi hingga mendidih.
- Sejukkan.
Perisa:
- Blueberry – guna blueberry topping. Cari yang jenis licin berkilat. Yang ini dia melekat elok di plastik. Tidak akan bercampur dengan air susu.
- Strawberry – sama mcm blueberry
- Coklat – guna coklat spread.
- Oreo – sebijik oreo dipatahkan menjadi kepingan kecil.
- Dynamite peppermint – tambah sedikit peppermint flavour dalam air susu tadi.
- Letak pewarna untuk kelihatan menarik. Tumbuk sebiji gula-gula dynamite & masukkan dalam plastik. Kalau taknak pon takpe. Sebab kejadian dia berangin giler.
- Bandung – Letak esen sirap cap ros. Nak letak cincau @ selasih boleh juga.
10. Aiskrim Kacang Merah Lemak Berkrim
Bahan kacang merah:
- 4 cawan kacang merah – rendam sekejap
- Cara-cara: Rebus kacang merah hingga lembuk dan empuk. Kisar kacang merah bersama 2 cawan air.
Bahan A:
- 2 cawan gula
- sehelai daun pandan
- 7 cawan air
- 2sudu besar tepung ubi
- 3sudu besar tepung jagung
- 1/2cawan air
Bancuh tepung jagung&tepung ubi dengan air.
Bahan C:
- 1/2c awan susu pekat
- 2kotak kecil santan kara(200ml+200ml)
- 1/2 sudu kecil garam
- sedikit pewarna merah
Cara membuat:
- Masak bahan A hingga gula larut dan mendidih.
- Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga sebati.
- Masukkan kacang merah yang dikisar.
- Masukkan bahan2 C whisk hingga sebati masak hingga mendidih.
- Perasakan gula(nak manis boleh lebihkan gula).
- Tutup api dan sejukkan.
- Isikan dalam plastik aiskrim dan bekukan.
11. Aiskrim Jeruk Mangga
Bahan-bahan:
- Jeruk Mangga
- Air 6 liter
- Gula sekilo
- Asamboi putih secukupnya
Cara membuat:
- Kerat kecil-kecil jeruk mangga. Rendam dengan garam semalaman.
- Buang separuh air garam tu.
- Selepas itu, rendam pula dengan air gula selama 3 malam.
- Masak air dan gula sampao
12. Aiskrim Kacang Hijau
Bahan-bahan:
- Kacang hijau rm2 (rendam semalaman)
- Santan 1 liter
- Gula 2-3 cawan (kalau tak nak manis kurangkan)
- Gula merah rm2
- 1-3 cubit garam
Cara membuat:
- Kacang hijau yang dah direndam semalaman.
- Rebs sampai embuk/kembang.
- Air gula merah masak berasingan (tapis).
- Bila kacang dah empuk, masukkan air gula merah, gula, garam dan santan.
- Masak macam buat bubur kacang.
- Kemudian tutup api dan biarkan suam baru isi dalam plastik aiskrim.
- Sejukkan di dalam peti ais.
13. Aiskrim Green Tea
Bahan-bahan:
- 4 sudu besar serbuk green tea Thai (direndam air panas)
- 1 tin susu pekat
- 1/2 tin susu pekat
- Air secukupnya
- Secubit garam
Cara membuat:
- Bancuh serbuk green tea dengan air panas. Toskan serbuk green tea.
- Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.
- Masukkan secubit garam.
- Biarkan seketika bila dah sejuk, kemudian boleh masukkan dalam plast aiskrim.
- Masukkan dalam peti ais.
14. Aiskrim Malaysia Versi Sangkaya
- Santan kotak 500ml
- 1 tin susu pekat
- 3 tin air
- 2 sudu tepung jagung
- Sesudu teh garam
Cara membuat:
- Kacau semua dalam periuk dengan api sederhana sampai mendidih.
- Dah sejuk sikit tapiskan masuk dalam jug. Dapatla dalam satu jug ni.
Pastikan betul-betul sejuk baru tuang plastik. - Dah sejuk betul, baru masuk dalam plastik aiskrim ni. Ikat mati jangan ikat tepi pula.
15. Aiskrim Nutella
Bahan-bahan:
- 1 tin susu manis
- 1 tin susu cair
- 5 tin air masak
- 2 1/2 sudu tepung jagung
- 1 sudu kecik esen vanila
- Sedikit garam
Cara membuat:
- Masak atas api kecil sehingga semua larut dan menggelegak.
- Lebihkan air kalau nak kurang manis dan tambah gula kalau nak manis.
- Sejukkan dulu baru tuang dalam plastik.
- Letakkan nutella dalam plastik dahulu baru tuangkan campuran tadi.
- Sejukkan.
Selamat mencuba!