Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tempat Makan » Dari Roti Biawak Hingga Roti Canai Pelangi, Ini 15 Roti Canai Paling Rare di Malaysia Yang Patut Anda Cuba

Dari Roti Biawak Hingga Roti Canai Pelangi, Ini 15 Roti Canai Paling Rare di Malaysia Yang Patut Anda Cuba

Kategori: ,

Roti canai dan rakyat Malaysia memang sukar untuk dipisahkan. Dianggap sebagai menu sarapan wajib, ramai yang sangat menggemarinya keenakan roti canai yang gebu dan lazat.

Tak hanya sarapan, malah ada yang turut mencarinya pada waktu malam! Memang syok pekena roti canai dengan kuah dal atau kuah kari. Berpinggan-pinggan boleh pergi!

Tahu tak sebenarnya ada macam-macam menu roti canai yang unik di serata Malaysia? Ada yang sempat viral sampai ramai yang sanggup datang dari jauh untuk mencuba! Jom kita tengok 15 jenis roti canai paling rare di Malaysia! Unik dan terlajak sedap!

15 Roti Canai Paling Rare di Malaysia Yang Wajib Anda Cuba

1. Roti Canai Burrito

Memang tak hairanlah kenapa ramai yang sanggup beratur di Restoran 8272 Barakah Corner untuk nikmati roti canai burrito yang sangat unik. Disebabkan menu roti yang unik ni, ramai yang sanggup datang ke Melaka untuk mencubanya sendiri!

Juga dikenali sebagai roti canai merecik, menu ini menggunakan roti canai sebagai wrap kemudian diisi dengan inti ayam cincang dan telur goreng. Kemudian, ia disimbah pula dengan kuah dal dan sambal. Kalau nak lagi padu, bolehlah tambah keju. Unik dan sedap tak terkata!

Alamat : Jalan Pandan, Taman Kesidang Seksyen 1, Kampung Lapan, 75250 Melaka.

Waktu Operasi: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari. (Tutup setiap Selasa)

2. Roti Canai Ular

Roti canai berbentuk ular yang pernah tular beberapa tahun lepas mendapat reaksi berbaur di kalangan warganet.

Namun yang pasti, ia merupakan satu idea penghasilan roti canai paling rare di Malaysia hingga buatkan ramai terliur!

Bagi yang berada di kawasan Pantai Timur, jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri roti canai ular yang hangat diperkatakan di media sosial!

Alamat : Jalan Kubur Kuda, Kampung Sirih, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Waktu Operasi :

Sabtu – Khamis : 8.00 pagi – 8.00 malam

Jumaat : 10.00 pagi – 8.00 malam

Roti Canai Paling Rare

3. Roti Canai Pelangi

Anda pasti teruja nak cuba roti canai berwarna-warni di warung yang terletak di Kuala Selangor ni. Yang menariknya, warna yang digunakan bukan saja-saja tau! Malah setiap satunya ada perisa tersendiri.

Contohnya, roti canai biru berperisa keladi, warna merah jambu berperisa strawberi, yang berwarna hijau pula berperisa epal.

Menarik, bukan? Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk padankan roti canai dengan aneka kari yang lazat seperti kari kaki ayam dan kari kambing.

Alamat: Lot 2430 Batu 3 Kampung Sungai Yu 1, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 12.00 tengahari (tutup setiap Isnin & Jumaat)

Facebook : Roti Canai Pelangi

4. Roti Canai Gearbox

Ramai yang kata roti canai gearbox di kedai Sarang Ghotty Karnivor ni padu bukan main! Confirm kenyang sampai ke petang kalau makan roti canai Gearbox ni sebab portionnya teramatlah besar.

Kedai berkonsepkan kabin ini juga menyajikan menu lain yang serba unik seperti roti Saranghae (roti kosong dengan daging cincang dan cheese) dan roti Lamb Shank. Gerenti menyandar lepas makan!

Alamat : Lot 1341, Jalan Syed Abdul Aziz, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi : 5.00 petang – 1.00 pagi

Facebook : The Pahlawan Street 

5. Roti Sarang Burung

Ciptaan roti Sarang Burung ini mula viral bila diperkenalkan oleh salah seorang penebar roti canai dari Kuala Kangsar.

Namun, kini ramai pengusaha roti canai yang turut menyajikan menu ini kepada pelanggan setempat. Jom cuba roti canai yang berbentuk sarang burung ni!

Di sini kami kongsikan 3 lokasi yang anda boleh serbu!

DY Zaiam Delight

Alamat : Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Waktu Operasi :  7.15pagi -3.00 petang (tutup setiap Jumaat)

Restoran Hatinie

Alamat : 18 & 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100, Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 6.00 petang

PM Corner

Alamat : 100Q, Lorong Pandan, Jalan Kesidang 2/24, Tmn Kesidang Sek.2, 75250 Melaka.

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 3.00 petang (tutup setiap Rabu)

6. Roti Canai Ayam Cheese

Kalau anda sedang bercuti di Pulau Pinang, memang rugi kalau tak cuba Roti Canai Ayam Cheese yang popular di Jalan Gemas!

Memang nikmat dapat makan roti canai dengan gulai ayam panas-panas, telur dan keju. Lain macam sedapnya!

Alamat : Roti Canai Gemas Road, 51 29, Jalan Gemas, Taman Kampar, 10460 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi

Selasa, Rabu, Khamis : 7.00 pagi – 12.30 tengah hari, 5.30 malam – 9.00 malam

Sabtu & Ahad : 7.00 pagi – 12.30 tengah hari (Sabtu & Ahad) (tutup setiap Isnin & Khamis)

Roti Canai Paling Rare

7. Roti Seafood

Biasanya kita dengar roti canai dihidangkan bersama telur, ayam atau daging. Tapi roti Seafood ini pula menyajikan roti canai sardin bersama pelbagai makanan laut seperti sotong, crabstick dan udang. Siap ada telur goyang lagi! Confirm padu habis!

Alamat : Pusat Komersil, ACG-47, Blok AC, Jalan Plumbum Ac 7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam (tutup setiap Isnin)

Facebook : Murni Discovery 

8. Roti Nachos

Roti Nachos iaitu roti canai yang disajikan bersama ayam cincang, kobis ungu dan keju teramatlah unik dan menarik untuk dicuba. Jangan lupa untuk pesan bila anda singgah ke warung Roti Canai Kayu Arang di Melaka!

Alamat : Lot 459, Kampung Bakar Batu Mukim, 75350 Bachang, Melaka.

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 12.30 tengah malam

9. Roti Fujiyama

Siapa sangka roti canai boleh diolah menjadi pemanis mulut yang terlajak sedap? Jom cuba Roti Fujiyama di Murni Discovery! Restoran ini menyajikan roti Fujiyama iaitu roti pisang yang dihidangkan bersama 2 scoop aiskrim vanilla. Menarik untuk dicuba!

Alamat : Pusat Komersil, ACG-47, Blok AC, Jalan Plumbum Ac 7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam (tutup setiap Isnin)

Facebook : Murni Discovery 

10. Roti Scrambled

Sesuai dengan namanya, roti Scrambled dihasilkan dengan gaya ala murtabak dengan inti telur ayam cincang dan sosej.

Alamat : Pusat Komersil, ACG-47, Blok AC, Jalan Plumbum Ac 7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam (tutup setiap Isnin)

Facebook : Murni Discovery 

11. Roti Jiwa Kacau

Sekali imbas, roti Jiwa Kacau dari Warung Bunian ni memang tak nampak macam roti canai! Rupanya roti Jiwa Kacau ni adalah roti canai yang dikoyak-koyak kemudian dicampurkan dengan telur, bawang dan sambal! Jangan lepaskan peluang untuk pesan sekali Nasi Lemak Telur Bungkus yang sangat popular di sini!

Alamat : Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi : 7.30 pagi – 11.00 pagi

Roti Canai Paling Rare

12. Roti Hawaii

Ingatkan pizza je ada perisa Hawaii, rupanya roti canai pun ada! Satu lagi ilham menu kreatif dari Murni Discovery bagi anda yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Cubalah roti Hawaii iaitu roti canai berinti sesej, chicken ham, nanas, ayam cincang dan keju.

Alamat : Pusat Komersil, ACG-47, Blok AC, Jalan Plumbum Ac 7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam (tutup setiap Isnin)

Facebook : Murni Discovery 

13. Roti Tsunami

Khas untuk penggemar roti canai banjir, anda wajib cuba Roti Tsunami yang padu dari Kedai Roti Canai Pak Ali.

Dikatakan sebagai antara warung roti canai paling legend di Kuala Lumpur, ramai yang cukup menggemari keenakan roti tsunami iaitu roti canai banjir dengan 2 biji telur separuh masak.

Ramai yang kata kuah dalnya sedap yang teramat! Memang syok pekena dengan the tariknya yang kaw!

Alamat : Ali Roti Canai Tsunami, Perumahan Pantai Permai 59200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 7.00 pagi -11.00 pagi (tutup setiap Isnin)

Facebook : Ali Roti Canai Tsunami 

Roti Canai Paling Rare

14. Roti Bechkam

Menu ni tak ada pemain bola MU tapi rasanya memang power! Jom cuba roti Beckham yang dihasilkan daripada roti canai berintikan tuna, telur, keju dan turkey slice.

Alamat : Pusat Komersil, ACG-47, Blok AC, Jalan Plumbum Ac 7/Ac, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam (tutup setiap Isnin)

Facebook : Murni Discovery 

Roti Canai Paling Rare

15. Roti Biawak

Tak cukup dengan roti canai berbentuk ular, ada juga penebar roti canai yang kreatif menghasilkan roti canai berbentuk biawak.

Tular di TikTok sebagai Abang Terbang, pengusaha roti canai ini mula dapat inspirasi apabila salah seorang pengikutnya request roti berbentuk biawak.

Bukan setakat roti biawak, malah Restoran Abang Terbang turut menyajikan menu rare lain seperti roti canai ular dan roti sarang burung. Patutlah ramai datang!

Alamat : Jalan Muar, Kampung Kuala Dioh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Waktu Operasi : 6,30 pagi – 12.00 tengah hari.

Roti Canai Paling Rare

Kreatif betul penebar roti canai dekat Malaysia ni. Macam-macam cara roti canai diolah untuk hasilkan menu yang lain daripada yang lain.

Pasti rasanya cukup berbeza dan sedap berbanding roti canai yang biasa kita makan. Kalau anda jenis suka mencuba, cubalah 15 roti canai paling rare dekat Malaysia ni. Semua nampak best!

tags: | |