Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » 20 Aneka Resepi Pencuci Mulut

20 Aneka Resepi Pencuci Mulut

Kategori: ,
aneka resepi pencuci mulut

Jom cuba aneka resepi pencuci mulut ini. Syok kalau dapat makan dalam cuaca panas ni.

Lagi-lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan ni, mulut asyik nak telan sesuatu je kan, betul tak?

 

Terus ke:

1. Air Nenas Rambutan

Bahan-bahan:

  • Nenas
  • Gula
  • Air
  • Daun pandan
  • Rambutan/longan
  • Selasih
  • Ais

Cara-cara:

  1. Masak nenas dengan gula, air dan daun pandan.
  2. Kemudian sejukkan dan masukkan rambutan/longan bersama-sama selasih.
  3. Campurkan ais batu.

2. Cha Bang Ang

Bahan-bahan:

  • Cincau manis (beli dalam tube)
  • Gula karamel – gula perang 1 cawan masak dengan air 1 cawan.
  • Selasih 3 sudu besar – rendam air panas
  • Ais

Bahan susu (camour semua goncangkan):

  • Susu segar full cream – 2 cawan
  • Susu cair – 1 cawan
  • Susu pekat manis – 3 sudu besar
  • vanilla essen 1 sudu teh.
  • Garam secubit

Cara-cara:

  1. Cambutkan semua, kacau sebati dan siap!

3. Thai Milk Dessert Viral

Bahan-bahan:

  • 1 Tin susu cair carnation
  • 2 sudu Susu pekat
  • 1 paket Kristal Jelly Brand Nona (Perisa Raspbesi) – Bekukan & potong dadu/panjang ikut suka
  • 1 sudu biji selasih – rendam hingga kembang dan toskan
  • 1 mangkuk ais

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk berisi ais. Susu pekat boleh ditambah mengikut selera masing-masing.

4. Koktel buah naga

Bahan-bahan:

  • Satu tin susu sejat
  • Setengah tin susu pekat
  • Satu tin buah laici
  • Satu biji buah naga
  • Dua biji buah mangga
  • Cincau
  • Ais

Cara-cara:

  1. Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi dua cawan air.
  2. Kemudian campur semua bahan.
  3. Siap!

5. Rubies Delight

Bahan-bahan:

  • 1 biji sengkuang cina@ water chestnut ( kurang lebih 300 g )
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 camca teh perwarna + 1 cawan air
  • 200 g gula pasir
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan ( dimasak dengan gula sehingga gula hancur ) sejukkan.
  • 250 ml santan pekat + secubit garam
  • Ais kiub

Cara-cara:

  1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.
  2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yang berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dengan tepung ubi. tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan
  3. Didihkan air dalam periuk, Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yang berisi dengan air ais. Biarkan terendam 5-10 minit.
  4. Cedok keluar ‘ ruby ‘ yang terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil. tuang air gula dan santan. Masukkan juga ais kiub. Hidangkan sebagai pencuci mulut boleh juga ditambah dengan nangka, mesti lagi sedap di makan.

6. Sagu Tembikai Susu

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan sagu
  • 1 tin susu cair
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn air
  • 1/2 biji honeydew
  • ais batu

Cara-cara:

  1. Rebus sagu hingga jernih. Tapis & bilas untuk buang lebihan kanji pada sagu. Toskan.
  2. Potong dadu isi tembikai susu/ gunakan melon scoop. Ketepikan.
  3. Dalam periuk, masukkan gula pasir dan sedikit air. Masak hingga gula larut.
  4. Masukkn susu cair, sagu kedlm bekas yg berisi tembikai yg didadu td. Masukkn air gula td, tahap kemanisan mengikut selera anda.
  5. Kemudian masukkn ais dan sedia dihidangkan.

7. Soft Dessert Thailand

Bahan-bahan (lapisan bawah):

  • 85 gram tepung beras
  • 600 ml air
  • 1 sudu teh air kapur
  • 100 gram gula merah hancur
  • 60 gram gula putih
  • 1 sudu teh essen pandan jika mahu

Cara-cara (lapisan bawah):

  1. Kacau tepung sebati dengan gula merah,gula putih dulu baru masukkan semua bahan. Tapis masuk dalam periuk.
  2. Buka api sederhana.Kacau je hingga mulai memekat dan kecilkan api. Kacau hingga ianya likat dan berkilat.Angkat dan terus masukkan dalam bekas kecil. Ketepikan.

Bahan-bahan (lapisan atas):

  • 250 ml susu cair
  • 50 ml air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lemon flavour
  • 1 sudu makan tepung beras

Cara-cara (lapisan atas):

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk,kacau dan buka api sederhana hingga adunan mula memekat.Tutup api.
  2. Masukkan ke dalam bekas tadi tabur bijan sangai secukupnya. Sejukkan dalam peti 2 jam baru sedap makan.

8. Cendol Mangga Harum manis

Bahan-bahan:

  • Cendol gula merah
  • Ais
  • Mangga Harum Manis (kalau tak ada jenis tu, mangga biasa pun okay asalkan sedap)

Cara-cara:

  1. Beli cendol gula merah di bazar.
  2. Potong dadu Mangga Harum Manis.
  3. Campurkan mangga ke dalam cendol bersama ais. Siap!

9. Ais Avacado Cincau Pisang

Bahan-bahan:

  • 1 bahagian avokado berukuran besar
  • Cincau (dipotong)
  • Pisang jenis berangan/cavendish (dipotong)
  • 6 sudu santan
  • 300 ml air
  • Gula secukup rasa
  • Ais

Cara-cara:

  1. Masukkan santan, air, gula dan kacau rata.
  2. Masukkan potongan avokado, cincau dan pisang.
  3. Tambah ais batu. Dan siap!

10. Ais Buah

Bahan-bahan:

  • Buah-buahan citrus seperti strawberry, lemon, nenas dan lain-lain ikut selera
  • Air gula
  • Sirap
  • Ais

Cara-cara:

  1. Potong buah-buahan yang telah dipilih.
  2. Masukkan air gula secukupnya.
  3. Tambah air sirap favourite.
  4. Masukkan ais batu. Siap!

11. Ais Longan Selasih

Bahan-bahan:

  • Agar-agar yang telah dimasak
  • Buah longan atau rambutan
  • Air gula / sirap
  • Selasih
  • Ais

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar dan potong ia dalam bentuk kecil
  2. Campurkan ia dengan buah longan/rambutan dalam bekas
  3. Masukkan air gula/sirap
  4. Masukkan selasih
  5. Campur ais batu

12. Air Lai Chi Kang

Bahan-bahan:

  • Biji kembang semangkuk (rendam dulu 3 jam)
  • Katira (rendam 3 jam)
  • Longan kering (rendam kejap 5 mi )
  • Biji selasih (rendam 5 min)
  • Kacang tanah sangai
  • Buah laici
  • Buah kundur kering
  • Barli (rebus dulu)
  • Cincau (saya tak letak, tak dan cari ?)
  • Buah Lo Han Ko
  • Red dates
  • Daun pandan
  • Gula batu

Cara-cara:

  1. Rebus air bersama daun pandan, gula batu dan Buah Lo Han Ko.
  2. Bila dah menggelegak, masukan Red Dates dan Longan kering.
  3. Biarkan seketika, kemudian ceduk letak dalam jag/mangkuk, isikan bahan-bahan lain, nak minum sejuk letak air batu.
  4. Siap!

13. Air Soya Cincai

Bahan-bahan:

  • 500 ml air soya
  • cincau – potong dadu
  • beberapa ketul ais kiub

Cara-cara:

  1. Masukkan cincau yang telah di dadu ke dalam jag dan tambahkan air soya.
  2. Jika ingin lebih manis boleh di tambahkan air gula.
  3. Tambahkan beberapa ais kiub.
  4. Sejukkan sebentar dan bolehlah di hidangkan.

14. Simple Cocktail Dessert

Bahan-bahan:

  • 1 tin buah-buahan koktel
  • 1 boleh Lychee
  • 1 tin buah kelapa laut
  • 1 tin susu sejat

Cara-cara:

  1. Campurkan semua buah-buahan tin ke kowl besar. Campur 1 tin susu cair dan semangkuk ais kiub

15. Buko Pandan

Bahan-bahan:

  • Agar-agar
  • Sagu putih
  • Isi kelapa muda
  • Susu manis
  • Susu cair
  • Nestle Cream

Cara-cara:

  1. Didihkan air bersama daun pandan. Bila air dah mendidih, keluarkan pandan dan masukkan agar-agar.
  2. Masak agar-agar hingga larut. Tambah sedikit pewarna hijau, bila dah larut, sejukkan.
  3. Potong dadu agar-agar bila sudah keras.
  4. Masak sagu hingga masak, tos dan alirkan dengan air paip hingga sejuk supaya sagu tidak melekat.
  5. Untuk kuahnya, satukan susu manis, susu cair dan nestle cream. Gaul hingga sebati dan sesedap rasa.
  6. Masukkan agar-agar, sagu dan isi kelapa tadi. Sejukkan sebelum dihidang.
  7. Tambah aiskrim vanilla pun sedap. Siap!

16. Putih Koktel Kuah Kastad

Bahan-bahan:

  • 1tin Susu Cair
  • 1tin (besar) Koktail Buah-buahan
  • 1tin airnya (klu tak cukup tambah air)
  • 2sb Tepung Kastad
  • 1/3cwn Gula
  • Puding Segera

Cara-cara:

  1. Tapis koktail buah-buahan. Masukkan airnya ke dalam periuk, bersama susu cair, tepung kastad dan gula.
  2. Kacau sebentar dan masak di atas dapur dengan api sederhana kecil. Kacau sehingga gula larut dan tepung masak. Pastikan kuah tidak ada rasa tepung. Kacau sehingga kuah nampak sedikit pekat.
  3. Kemudian angkat dan masukkan buah koktail dan puding segera. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

17. Puding Koktel Sumi

Bahan-bahan:

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin mix fruit
  • 1 plastik mix jelly (sumi)
  • 2 sudu besar susu pekat(optional)
  • Air batu (ais)

Cara-cara:

  1. Pastikan guna mangkuk jenis dalam, yang boleh muat kesemua bahan dia atas.
  2. Tuang 1 tin susu cair ke dalam mangkuk.
  3. Tambahkan 2 sudu besar susu pekat, (kacau sebati)
  4. Buka setiap bungkusan jelly/sumi letak dalam mangkuk (nak potong jelly pon boleh) mama tak potong, lagi sedap nak telan?
  5. Buka tin buah campuran koktel (campurkan sekali air mix fruit ke dalam)
  6. Last sekali rasa, bila dah cukup manis boleh terus simpan dalam peti ais ataupun teruskan je masukkan air batu..siap!

18. Air Cincau Laici

Bahan-bahan:

  • Cincau secukupnya
  • 1 tin laici
  • Air secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Ais kiub (jika suka)

Cara-cara:

  1. Larutkan gula dengan air di dalam jag yang sesuai.
  2. Tambah setin laici bersama jusnya sekali. Potong cincau ikut citarasa bentuknya & campurkan sekali dalam jag tadi.
  3. Tambah kiub ais jika suka. Biarkan seketika & bolehlah dihidangkan.

19. Air Sirap Chia Seed

Bahan-bahan:

  • Buah nau – basuh , buang lendir
  • Chia seed – rendam sampai kembang
  • Daun pandan
  • Gula
  • Sirap ros
  • Air

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan di atas.
  2. Masak sehingga mendidih.
  3. Nak minum tambah ais.
  4. Siap!

20. Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan:

  • Sagu
  • Air
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Susu cair
  • Pewarna

Cara-cara:

  1. Sagu direndam seketika bersama air sehingga kembang sikit. Kemudian cuci sagu sehingga air jernih.
  2. Masukkan sagu tadi ke dalam periuk dan masukkan air seinci dari paras sagu.
  3. Masak sagu atas api, kacau supaya sagu masak serata. Jika sagu sudah jertih tiada biji-biji putih, sagu sudah masak.
  4. Kaup sagu, masukkan dalam penapis kemudian lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang lebihan kanji yang mengembang semasa masak tu.
  5. Kemudian masukkan pewarna jika suka. Dan ketepikan.
  6. Cairkan gula melaka bersama sedikit air dan daun pandan. Ketepikan.
  7. Untuk menghidang, masukkan gula melaka yang dicairkan tadi. Kemudian masukkan sagu berselang seli. Akhir sekali masukkan susu untuk dapatkan macam 3 layer tu.
  8. Siap!

 

Selamat mencuba!

tags: |