Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » 20 Cara Masak Ayam Bergoreng Yang Mudah & Padu, Memang Menyelerakan Sungguh

20 Cara Masak Ayam Bergoreng Yang Mudah & Padu, Memang Menyelerakan Sungguh

Kategori: ,
20 resepi hidangan ayam bergoreng

Tak tahu nak masak apa untuk suami dan anak-anak tersayang? Dah bosan asyik makan lauk yang sama sahaja. Apa kata kali ini cuba lauk pauk yang lain pula. Kali ini Daily Makan akan tunjukkan anda 20 resepi atau cara menyediakan hidangan ayam bergoreng.

Kesemua resepi di bawah ini memang padu dan sangat menyelerakan. Belum cuba belum tahu tau. Nak buat untuk sahur, berbuka, makan malam atau makan tengahari memang sangat sesuai!

20 Menu Hidangan Ayam Bergoreng

1. Resepi Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis

Bahan-bahan : 

  • 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
  • 3 biji bawang merah (sederhana besar)
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 4 biji lada merah
  • 6 biji cilipadi
  • 1 atau 2 keping Asam keping
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 btg serai diketuk
  • Hirisan bawang besar
  • Minyak utk meggoreng
  • Garam gula / gula merah (jika suka)

Cara Penyediaan : 

  1. Kupas dan blend (boleh juga tumbuk tapi jangan lumat sangat) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah dan belacan.
  2. Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat.
  3. Kemudian masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.
  4. Goreng sampai naik bau kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.

Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu dan boleh tutupkan api.

2. Resepi Mudah Ayam Goreng Balado

Bahan-bahan : 

  • Ayam |diperap dengan kunyit dan garam

Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang merah bombay
  • 2 ulas bawang putih
  • 15 batang cili merah
  • 10 batang cili hijau
  • Gula dan garam
  • 1/2 inci asam keping

Cara Penyediaan : 

  1. Goreng ayam yang digaul dengan kunyit dan garam sehingga garing.
  2. Masih menggunakan minyak yang sama cuma kurangkan sedikit, tumis bahan kisar hingga terbit minyak, kalau kurang tambah lagi minyak.
  3. Apabila dah terbit minyak, baru masukkan garam, gula dan asam keping.
  4. Kemudian masukkan ayam dan bawang yang dihiris. Kacau sehingga bawang layu.
  5. Siap untuk dihidangkan.

3. Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu maka tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:

  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara-caranya:

  1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  2. Panaskan minyak & goreng ayam sehingga masak.

4. Resepi Ayam Goreng Masak Madu

resepi ayam masak madu

Bahan-Bahan : 

  • 1 ekor ayam
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Daun kari
  • Daun pandan
  • 4 sekawan
  • Sos cili
  • Sup tomato (kimball) | separuh tin
  • Garam, gula, perasa
  • Madu
  • Daun kari

Bahan Kisar:

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas

Cara Penyediaan :

  1. Goreng ayam kunyit separuh masak.
  2. Tumiskan bawang merah, bawang besar, bawang putih, hali, daun kari, daun pandan dan 4 sekawan.
  3. Masukkan bahan kisar.
  4. Kemudian masukkan sos cili, sup tomato dan kacau sampai pecah minyak. Kalau pekat tambah air. Masukkan pula garam, gula, madu dan perasa.
  5. Selepas itu masukkan ayam, biarkan mendidih lama. Kalau pekat boleh tambah air. Jangan cair dan pekat sangat.
  6. Apabila dah masak, masukkan daun sup dan tutup api. Kemudian curahkan madu lagi.
  7. Siap untuk dihidangkan.

5. Resepi Ayam Goreng Kunyit Berlada

Bahan-bahan:

  • Ayam potong kecik (perap bersama serbuk kunyit, serbuk cili, garam, tepung beras)
  • Bawang merah, bawang putih, lada kecil, lada besar halia (kisar kasar atau guna chopper)
  • Gula perang
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Air asam jawa
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Lada benggala

Cara-cara:

  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan sedikit tepung beras.
  2. Goreng ayam sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan yang sudah dikisar kasar atau guna chopper menggunakan minyak ayam tadi.
  4. Masukkan gula perang, sos cili, sos tiram, sos tomato, air asam jawa, daun limau purut dan serai. Kacau rata.
  5. Bila tumisan dah cantik, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Masukkan juga bawang holland, tomato dan lada benggala.
  6. Gaul sebati sehingga rata dan siap untuk dihidangkan.

6. Resepi Ayam Goreng Tomyam

resepi ayam goreng tomyam

Bahan-bahan :

  • Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1@2 paket perencah tomyam
  • 8 batang cili padi merah
  • 8 batang cili padi hijau
  • 1 batang serai (dihiris serong)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato (dibelah 6)
  • 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm lengkuas (dipotong)
  • Lobak merah (tambahan)
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar SOS tiram
  • 2 sudu besar SOS ikan
  • Serbuk perasa (jika perlu)
  • Garam dan gula (jika perlu)

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam dan goreng sehingga masak.
  2. Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan tomyam).
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas. Masak sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, SOS tiram, SOS ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (JIKA PERLU) serta gaul rata.
  6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan. Biarkan ianya merenih sebentar dan sedikit kering..
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

7. Resepi Ayam Goreng Ala KFC 3 Bahan Sahaja

resepi ayam goreng ala KFC

Bahan A :

  • 1 1/2 kg ayam

Bahan B  (untuk salutan )

  • 1 kg tepung protein tinggi
  • 250 gm tepung jagung
  • secukup rasa/pasti sedap (ikut selera masing-masing)

Cara Penyediaan : 

  1. Perap ayam terlebih dahulu, uols boleh ikut la sesuai selera nak perap macam mana. Kakak tak perap sebab ayam ni untuk je.
  2. Kemudian campurkan bahan-bahan B.
  3. Ambil sedikit sahaja campuran bahan B tadi dan bancuhkan dengan sedikit air untuk celupan.
  4. Celupkan ayam tadi ke dalam campuran tepung,gaul rata.
  5. Lepas tu celupkan ke dalam air celupan yang dah disiapkan tadi.
  6. Salut lagi ayam bersama tepung tadi sehingga korang dapat texture ayam tu macam ala-ala ayam goreng KFC gitu.
  7. Terus goreng ke dalam minyak masak yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  8. Goreng ayam sehingga masak.
  9. Bolehlah dihidangkan.

Nota : untuk dapatkan ayam goreng masak sekata.

  1. Pastikan minyak betul-betul panas sekata.
  2. Masak dengan api sederhana besar selama 5 minit.
  3. Setelah 5 minit turunkan pada api kecil dan goreng selama 15 hingga ke 20 minit.
  4. Last sekali naikkan kembali api ke sederhana besar,goreng sehingga 5 minit lagi.
  5. Angkat ayam dan toskan.
  6. Kalaw nak pedas,uols boleh tambahkan serbuk lada kering yer.

8. Resepi Ayam Goreng Cantik Berkuping Dan So Crunchy

Bahan – bahan : 

  • Ayam
  • Tepung ayam goreng bestari
  • Air

Cara Penyediaan : 

Langkah 1: Bancuh Tepung Basah

  1. Masukkan 1 cawan tepung ayam goreng bestari ke dalam bekas.
  2. Kemudian masukkan 2 cawan air. Boleh gandakan tepung dan air jika ayam banyak.
  3. Kacau sehingga adunan sebati.

Langkah 2 : Sediakan Tepung Kering

  1. Tuangkan 2 cawan tepung goreng bestari ke dalam bekas atau pinggan.
  2. Kemudian salutkan ayam dengan tepung kering ini.
  3. Kemudian rendam dalam tepung basah tadi. Biarkan selama 15 minit.
  4. Lagi sekali salutkan ayam yang direndam tadi dengan tepung kering
  5. Tekan-tekan ayam tu untuk mampatkan dan tepung melekat lebih. Uli-ulikan ayam sehingga berkumping. Lagi lama uli lagi banyak kuping.
  6. Gorengkan dalam periuk deep fry. Kalau tiada periuk khas boleh je guna mana-mana periuk yang anda ada.
  7. Goreng sehingga masak kemudian angkat dan toskan.
  8. Siap untuk dihidangkan.

9. Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Simple

Resepi ayam berempah

Bahan-bahan : 

  • 1 ekor ayam (potong 16 – kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
  • 3 inci Halia
  • 3 labu bawang putih
  • 8 batang serai
  • 3 sb jintan manis
  • 3 sb ketumbar
  • 2 sb tepung jagung
  • Telur sebiji
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk cili ikut pedas mana nak  + sedikit serbuk kari ayam
  • Daun kari secukupnya
  • Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

Cara Penyediaan :

  1. Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
  2. Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
  3. Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
  4. Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap.

10. Resepi Ayam Goreng Kari Kentang

ayam goreng kari kentang

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam d goreng
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi
  • Serai
  • Daun kari
  • Bawang holland
  • Rempah kari daging adabi + kari ikan babas
  • Kentang potong wedges goreng

Bahan Tumis:

  • Bawang putih | dimayang
  • Bawang merah | dimayang
  • Bawang holland | dimayang
  • Serai
  • Daun kari

Bahan Kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi

Cara penyediaan:

  1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau dan layu kekuningan.
  2. Setelah bahan tumis sudah kekuningan masukkan pula bahan tumis yang dikisar tadi. Kacau hingga pecah minyak.
  3. Setelah pecah minyak, masukkan rempah kari dan gaul rata. Masukkan air, garam dan perasa serta gula.
  4. Ubi kentang dipotong seperti wedges dan di goreng.
  5. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng.
  6. Masukkan ayam dan kentang ke dalam rempah tumisan kari tadi.
  7. Siap untuk dihidangkan.

11. Resepi Ayam Goreng Korea Spicy

resepi ayam goreng korea spicy

Bahan-bahan :

  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sedikit lada hitam
  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 biji telur ayam
  • Setengah mangkuk tepung gandum
  • Setengah mangkuk tepung jagung
  • 2 cawan minyak masak
  • 2 ulas bawang putih (didadu)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula perang
  • Secubit garam
  • 1 mangkuk kecil bijan

Cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang putih, halia dan hitam. Kemudian masukkan ayam. Gaul rata.
  2. Masukkan telur ayam, tepung gandum dan tepung jagung. Gaul lagi sampai betul-betul rata.
  3. Panaskan minyak masak. Goreng secara deep fry. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk buat kuah, panaskan minyak masak di kuali. Tumiskan bawang putih yang dipotong dadu.
  5. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato, madu, gula perang dan garam. Kacau rata.
  6. Masukkan bijan dan gaul sebati.
  7. Akhir sekali, apabila kuah sudah masak, masukkan ayam digoreng tadi. Gaul rata dan angkat.

12. Resepi Ayam Goreng MCD 5 Bahan 

Bahan-bahan : 

  • Tepung gandum
  • Tepung goreng bestari (pedas)
  • Tepung beras
  • Serbuk Cili
  • Ayam

Cara Penyediaan : 

  1. Campur tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air. Bancuh sehingga sebati. Jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
  2. Perapkan ayam dalam bancuhan tadi selama sejam dalam peti ais.
  3. Campur tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air sampai sekata.
  4. Gaul ayam yang diperap tadi dalam bancuhan tepung yang kering.
  5. Masukkan ayam setelah minyak betul-betul panas dan goreng sehingga masak.
  6. Siap untuk dihidangkan.

13. Resepi Ayam Goreng Pedas Ala ‘Zaman Sekolah’

Bahan-bahan:

  • 500 gm ayam
  • 4 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 sb sos cili
  • 1 biji bawang holland – dihiris
  • Garam / gula / serbuk pati ayam
  • Air secukupnya
  • Minyak masak

Bahan-bahan kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah

Cara-cara:

  1. Cuci bersih ayam dan perap bersama garam dan sedikit serbuk kunyit.
  2. Goreng ayam tadi separuh masak. Jangan goreng terlalu garing. Ketepikan.
  3. Panaskan lebihan minyak menggoreng ayam, tumis bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
  5. Kemudian, masukkan sos cili, sedikit air dan perasakan ia.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang holland. Didihkan hingga kuah pekat.

14. Resepi Ayam Goreng Nestum Rangup

Bahan-bahan :

  • Isi ayam – dipotong kecil
  • 2 sudu teh kunyit
  • 2 sudu teh secukup rasa / garam
  • 1 sudu makan tepung jagung / tepung kanji
  • 1 biji telur
  • Nestum
  • Minyak Masak

Cara Memasak :

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit, secukup rasa dan tepung jagung.
  2. Perap selama 10-15 minit.
  3. Celupkan ayam dalam telur, kemudian ke dalam nestum.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

15. Resepi Ayam Goreng Merah Ala Bekwah

  1. Rebus ayam bersama bahan kisar:
    – 1 batang serai
    – 1 hiris halia
    – 1 ulas bawang putih.
  2. Masukkan sekali
    – 3/4 sudu besar serbuk kunyit
    – 1/2 sudu kecil perencah secukup rasa
    – 3/4 sudu kecil garam halus
  3. Gaulkan sebati.
  4. Tambahkan sedikit air.
  5. Rebus ayam sehingga masak. *Bukan terlebih masak ye*
  6. Dah sejuk ayam rebusan tadi, goreng ayam tu seketika je. Bukan terlalu garing sebab ayam kita dah masak tadi.
  7. Tumis bahan kisar dengan menggunakan minyak gorengan yang sama.
    – 1 biji bawang merah saiz bola pingpong
    – 1/2 biji bawang Holland
    – 1 ulas bawang putih
    – 1/2 hiris nipis halia
    – 3 hiris nipis serai
  8. Sangat penting untuk biarkan bawang ini garing dan jadi wangi terlebih dahulu
  9. Barulah masukkan 1/2 biji tomato + 1/2 batang cili merah yang dikisar. Biarkan seketika.
  10. Diikuti dengan 1/2 sudip cili kisar. Masak cili hingga betul-betul garing dan pecah minyak. Barulah sambal kita sedap. Tak rasa ‘hidup’ cilinya.
  11. Perasakan dengan:
    – 1/2 keping relung kecil nisse / gula Melaka hancur
    – 1 1/2 sudu besar gula
    – 3/4 sudu kecil garam
    – 1/2 sudu kecil perasa
    * Tambah atau kurangkan mengikut citarasa sendiri.
  12. Tutup lagi seketika dengan tudung periuk untuk menaikkan warna yang menarik. Gunakan api perlahan sahaja.
  13. Masukkan pula 3/4 sudip sos cili. Juga setengah cawan kecil air. Kacau rata. Biarkan kuah mendidih
  14. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan. Biarkan 3-4 minit supaya kuahnya meresap pada isi ayam.
  15. Kemudian taburkan dengan bawang holland. Boleh tutup api selepas bawang layu dan cukup semua rasa.
  16. Dah siap ayam masak merah kenduri yang ringkas. Tersangatlah sedap. Lepas ni, kalau ada rewang kenduri kahwin, boleh dah ganti ketua chef masak. Selamat mencuba.

16. Resepi Ayam Goreng Kunyit Berkuah

Cara-caranya : 

  1. Isi ayam gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit serbuk kari dan garam. Boleh juga letak serbuk perasa jika suka. Serbuk kunyit jangan letak sikit sangat. Kemudian goreng dalam minyak yang sudah dipanaskan.
  2. Bila ayam dah masak, masukkan bawang holland, bawang putih dalam 3 ulas (hiris nipis). Kalau nak masukkan cili merah hiris atau capsium pun boleh.
  3. Kacau sebati sehingga bawang dah layu. Kemudian masukkan carrot dan kacang panjang. Kacau rata sehingga sayur lembut.
  4. Bila semua dah sebati, masukkan sos tiram secukup rasa. Gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan.

17. Resepi Ayam Goreng Kunyit Kicap Berempah

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Bawang merah + bawang putih + halia (kisar)
  • Daun kari (banyak)
  • Kicap manis
  • Sos tiram

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan serbuk cili. Kemudian goreng dan asingkan.
  2. Tumiskan bahan kisar dan daun kari.
  3. Kemudian masukkan kicap manis dan sos tiram, tumis sehingga kering.
  4. Masukkan ayam dan gaul rata

18. Resepi Ayam Goreng Kam Heong Yang Simple Dan Sedap

resepi ayam kam heong

Bahan – Bahan : 

  • Ayam
  • Bawang merah + bawang putih
  • Daun kari + cili kering 2 tangkai
  • Cili hijau
  • Serbuk kari
  • Sos cili + sos tiram + kicap
  • Garam gula secukup rasa

Cara Penyediaan : 

  1. Gorengkan ayam terlebih dahulu.
  2. Hiris halus bahan-bahan ini untuk di tumiskan.
  3. Tumiskan bahan-bahan hirisan tadi sampai keperangan.
  4. Masukkan serbuk kari sesudu besar.
  5. Ini hasilnya bila dah gaul rata. Pastikan gaul ye takut rempah hangit pula. Gunakan api yang perlahan sahaja.
  6. Kemudian masukkan sos tiram dan sos cili
  7. Masukkan juga kicap manis.
  8. Gaul rata dan sebati semua bahan campuran tu. Perasakan  dengan sedikit garam dan gula secukupnya. Jangan banyak sangat sebab sos tu semua dah bagi rasa yang cukup.
  9. Masukkan pula cili dan bawang potong.
  10. Akhir sekali masukkan ayam yang di goreng tadi. Gaul rata bagi semua rempah tu meresap dalam ayam.
  11. Siap untuk dihidangkan.

19. Resepi Ayam Goreng Masak Kicap Terbaik

Bahan-bahan : 

  • 1/2 ekor ayam gaul dgn garam n kunyit (goreng)
  • 1 biji Bwg merah (hiris)
  • 2 ulas Bwg putih (ketuk)
  • Halia (hiris)
  • tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih & halia..
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu rempah kari daging (optional)
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos abc
  • 1 sudu kicap pekat
  • 4 sudu kicap lemak manis
  • 1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)
  • 1 btg Kayu manis
  • 2 Bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 1 btg serai (ketuk)
  • Bwg besar potong bulat
  • Ubi kentang (goreng dulu)
  • Cili padi
  • Daun sup & daun bwg

Cara Penyediaan : 

  1. Tumis bwg merah, bwg putih, halia & serai hingga kekuningan.
  2. Masukkn bawang dan halia yang ditumbuk hingga bau wangi. Masuk cili kisar & rempah dan masak hingga pecah myk. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.
  3. Kacau-kacau. Mase ni boleh masukkan bawang besar potong bulat.
  4. Kemudiaan masukkan pula ayam goreng dan gaul sebati.
  5. Nampak pekat sangat masukkan air.
  6. Apabila dah masak boleh taburkan cili padi, daun sup dan daun bawang.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Nota: Tak perlu letak bahan perasa sebab kicap dan sos dah cukup manis dan masin.

20. Resepi Ayam Goreng Masak Kicap Berjintan

Resepi ayam masak kicap berjintan

Bahan-bahan :

  • Ayam
  • 1 sudu Jintan manis
  • 1 sudu Jintan putih
  • 1 sudu Serbuk ketumbar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Daun kari
  • Garam
  • Gula
  • Kicap
  • Bawang merah yang di hiris halus
  • Bawang putih yang di hiris halus

Bahan yang dikisar:

  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih

Cara Penyediaan :

  1. Ayam gaul dengan kunyit dan gorengkan dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan 3 sekawan, daun kari dan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Kemudian masuk bahan bahan yang telah di kisarkan sehingga pecah minyak.
  4. Masuk kan sekali kicap, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar. Gaulkan dan masuk air.
  5. Masukkan ayam yang dah di goreng tadi.
  6. Perasakan garam dan gula.  Biarkan seketika bagi kuah nampak pekat sedikit.
  7. Masukkan cili merah sebagai untuk hiasan dan juga bawang merah di potong besar besar.
  8. Siap untuk di hidangkan bersama dengan daun sup dan bawang.

SELAMAT MENCUBA!

tags: | |