Cuka merupakan antara bahan yang wajib ada di dapur. Cuka putih antara jenis cuka yang sangat dikenali tapi tahukah anda terdapat pelbagai jenis cuka yang lain yang mungkin anda tidak ketahui?
Cuka ini dihasilkan dari proses fermentasi bijiran, selalunya jagung. Bahan-bahan lain turut ditambah semasa pengeluaran, termasuk fosfat dan ekstrak ragi. Ia terdiri daripada air, dengan antara 5 hingga 10 asi asetik.
Kelihatan jernih, cuka ini bukan sahaja digunakan dalam masakan tapi juga sebagai produk pembersih semula jadi yang bebas dari bahan-bahan kimia yang merbahaya.
Ianya sering digunakan dalam masakan Asia, terutamanya di negara China, Jepun, Korea, Malaysia, dan Vietnam. Cuka beras boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan merah.
Berasal daripada proses fermentasi beras, ianya terhasil dengan mencampurkan beras putih atau merah dengan fermentasi starter (bahan tambahan yang digunakan pada tahap awal fermentasi). Selepas itu, terjadi proses alami yang menghasilkan cuka.
Sering digunakan dalam masakan, ianya mempunyai pelbagai manfaat pada kesihatan kerana kaya dengan antioksidan.
Cuka malt merupakan cuka yang berasaskan bijirin. Apabila ditambah pada makanan, cuka ini mempunyai rasa yang lebih manis dan sering dinikmati bersama hidangan fish and chips dan makanan savory yang lain.
Selain itu, cuka malt juga sesuai digunakan untuk mendapatkan kelegaan dari sakit dan bengkak. Ia juga berupaya untuk membantu badan anda menyerap kalsium.
Cuka ini dihasilkan semasa penapaian cider epal. Ketika proses ini, gula dalam epal ditapai oleh yis atau bakteria ke dalam sari, kemudian menjadi alkohol dan menjadi cuka.
Cuka cider epal juga mengandungi bahan-bahan lain seperti asid laktik, sitrik, dan asid malik dan bakteria. Selain untuk memasak, menjaga kesihatan dan bahan untuk mencuci rumah, cuka ini sering digunakan sebagai toner dan bilasan rambut apabila dicampur dengan air.
Berasal dari Modena, Itali, cuka ini diperbuat dari anggur dan tidak mengandungi alkohol. Harga cuka balsamic yang berkualiti boleh mencecah ratusan dollars untuk sebotol.
Mempunyai rasa yang sedikit manis, cuka ini mudah dikenali dengan warnanya yang kehitaman. Ianya sering digunakan dalam masakan, terutamanya sebagai sos daging dan sos salad.
Untuk pengetahuan anda, cuka ini sangat bagus untuk kesihatan. Kaya dengan antioksidan dan asam asetat dan probiotik, ia dapat menurunkan kolesterol, melancarkan sistem pencernaan dan membantu menurunkan berat badan.
Rupanya banyak juga jenis cuka yang kita boleh amalkan. Baru tahu!
Semoga info ini bermanfaat.
Kredit: Household Hints
Baca Juga: Selain Cuka Ini Dia Bahan Lain Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci Periuk Dan Kuali Yang Berkerak!