Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Dari Lasagna Hingga Croissant Caramel Cheese, Ini 5 Menu Viral Starbucks Yang Anda Patut Cuba!

Dari Lasagna Hingga Croissant Caramel Cheese, Ini 5 Menu Viral Starbucks Yang Anda Patut Cuba!

Kategori: ,

Sejak akhir-akhir ini, nama Starbucks jadi bualan hangat netizen. Katanya, ada menu baru serta makanan viral yang patut dicuba. Menu yang kami kongsikan ini juga merupakan antara yang disarankan oleh barista Starbucks sendiri.

Jom kita tengok menu viral Starbucks yang menarik untuk dicuba!

5 Menu Viral Starbucks Yang Wajib Anda Cuba

1. Donat

Rasanya kewujudan donut tambah cheese di Starbucks ni tak perlu diperkenalkan lagi, memang cukup heboh diperkatakan di kalangan pengguna media sosial!

Rasanya dikatakan sedap yang teramat, harganya pula tak sampai RM 10 pun!

Selain add-on Cheese, ada juga yang sarankan letak add-on lain seperti whipped cream, chocolate chips dan caramel Drizzle.

Ada juga yang cadangkan untuk letak topping Graham Crackers. Memang bertambah sedap jadinya donat yang dipesan!

2. Croissant

Dengar kata banyak tempat yang donatnya dah sold out! Jadi sementara belum ada peluang nak makan donat, cubalah croissant Starbucks yang tak kurang hebatnya.

Macam donut, anda juga boleh customize Jumbo Croissant di Starbucks. Ada yang cadangkan untuk nikmatinya dengan 2 scoop chocolate chips. Bila dah bakar, chocolate chip jadi cair, memang syok makan panas-panas!

Di samping chocolate chip, anda juga boleh pesan croissant bersama Cheese dan Caramel Drizzel. Satu kombinasi yang ramai tak tahu tapi sedap bukan main!

 

Menu Viral Starbucks

3. Chicken Lasagna + Mini Cocktail

Mungkin ada yang belum pernah rasa sendiri keenakan Chicken Lasagna di Starbucks. Untuk tambahkan lagi kesedapan menu ni, pekerja Starbucks ini cadangkan untuk tambahkan mini cocktail. Terlajak sedap!

Menu Viral Starbucks

4. Strawberry Acai Refresher

Untuk masa terhad ni, jangan lepaskan peluang untuk pesan Strawberry Acai Lemonade yang sedap dan menyegarkan. Kalau nak lagi manis, boleh pesan pada barista untuk tambahkan classic atau vanilla syrup.

Ada satu lagi minuman yang dinanti-nantikan penggemar Starbucks di Malaysia iaitu Pink Drink with Strawberry Acai Starbucks Refreshers. Minuman ini warna pinknya lebih terang.

Bezanya ialah Pink Drink ditambahkan dengan sedikit santan berbanding Strawberry Acai Lemonade yang dihasilkan dengan perahan jus lemon.

Kedua-dua minuman seasonal ni dijangka akan jadi trend minuman terkini di Starbucks. Cepat order sebelum kehabisan stok!

Menu Viral Starbucks

5. Mango Dessert

Tahu tak, anda juga boleh pesan dessert di Starbucks! Khas untuk penggemar rasa tropika mangga, cubalah pemanis mulut gabungan Mango Jelly, Whipped Cream dan Mango Sauce.

Kalau nak tahu, perisa mangga ni seasonal tau sempena musim panas. Jadi, jom cuba sementara stok masih ada!

Menu Viral Starbucks

Wah banyak rupanya menu viral Starbucks yang menarik untuk dicuba. Anda juga boleh customize menu yang dipesan mengikut citarasa. Jangan lepaskan peluang untuk nikmati hidangan Starbucks yang sedang hangat diperkatakan di media sosial! Jom ke Starbucks hari ini!

Sumber : TikTok @aliehhadi99, @beeellaz, @surpriseboxbynhfiory

tags: |