Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Suka Baking Guna Oven? Ini 6 ‘Pantang Larang’ Yang Jangan Dilanggar Untuk Memastikan Oven Dalam Keadaan Elok.

Suka Baking Guna Oven? Ini 6 ‘Pantang Larang’ Yang Jangan Dilanggar Untuk Memastikan Oven Dalam Keadaan Elok.

Kategori: ,
PANTANG LARANG

Oven merupakan alat memasak yang sangat berguna. Pengunaannya dapat memudahkan proses memasak dan sering digunakan bagi mereka yang gemar membakar kek.Bukan sahaja untuk membakar kek, malah pelbagai hidangan boleh dinikmati dengan menggunakan oven.

PANTANG LARANG

Seperti alat yang lain, oven memerlukan penjagaan yang elok untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Ramai yang guna oven di rumah tapi suka langgar pantang larangnya. Nak tahu? Jom baca perkongsian oleh pembuat roti dan kek ini.

Pantang Larang Oven Yang Sering Dilanggar.

Seorang pengguna kek dan roti di TikTok, mimpicakes yang terkenal dengan pelbagai video pencuci mulut di media sosial tersebut telah berkongsi sebuah video yang pendek yang mendedahkan pantang larang oven yang ramai tidak tahu.

1. Tidak memanaskan oven terlebih dahulu boleh menyebabkan kek anda tidak akan naik dan bantat.

2. Selalu buka tutp oven boleh menganggu proses perkembangan kek.

3. Membakar dengan suhu yang tidak sesuai boleh menyebabkan kek dan biskut menjadi mendap, tidak masak dan hangit.

4. Masa oven tengah panas atau ketika digunakan, lap cermin oven menggunakan kain lap basah kerana cermin oven boleh pecah sebab suhu berlawanan.

5. Tak bersihkan oven bila dah kotor boleh menyebabkan ia berkarat bila dibiarkan terlalu lama.

6. Pusing tombol timer oven kepada kosong sebelum oven berbunyi boleh menyebabkan tombolnya cepat rosak.

Tonton videonya di sini:

@mimpicakes

Its kinda quick, so blh pause utk baca ok, especially yg ada masalah dgn oven #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia #tiktokguru

♬ The Magic Bomb (Questions I Get Asked) [Extended Mix] – Hoàng Read

@mimpicakes Its kinda quick, so blh pause utk baca ok, especially yg ada masalah dgn oven #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia #tiktokguru ♬ The Magic Bomb (Questions I Get Asked) [Extended Mix] – Hoàng Read

Baru tahu rupanya oven juga mempunyai pantang larang tersendiri. Bagi pengguna oven, jangan pernah melanggarinya kerana ia boleh merosakkan oven anda. Jaganya dengan baik sebab ia boleh menjadi harta yang berharga dan boleh diguna pakai pada masa akan datang.

Kredit: TikTok mimpicakes

Baca Juga: Ini Cara Sebenar Untuk Kenal Suhu Sebenar Oven, Barulah Tak ‘Fail’ Bila Buat Kek

tags: |