Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Teringin Makanan Mexico? Ini 6 Restoran Hidangan Mexico Paling Sedap di KL dan Selangor

Teringin Makanan Mexico? Ini 6 Restoran Hidangan Mexico Paling Sedap di KL dan Selangor

Kategori: ,

Keenakan hidangan Mexico yang padat dan seimbang dengan rasa ada auranya tersendiri. Ia bukan saja lazat, malah kebanyakan hidangan juga digabungkan dengan pelbagai sayur-sayuran menjadikan ia lebih segar untuk dinikmati tak kira masa.

Khas penggemar makanan Mexico, di sini kami nak kongsikan 6 restoran hidangan Mexico yang anda wajib kunjungi. Rugi kalau tak cuba sendiri kelazatan makanan yang ditawarkan!

6 Restoran Hidangan Mexico Paling Mantap Yang Patut Anda Cuba

6. El Cantina

Dekorasi dalaman restoran yang sangat unik dan berwarna-warni ini pasti bakal membuatkan anda lebih teruja untuk menjamu selera.

Ramai yang terkejut dengan keenakan serta keaslian rasa makanan ala Mexico di El Cantina. Antara hidangan yang menjadi kegemaran pengunjung adalah Cancun burger yang penuh rasa dan berjus, Beef Nachos, Deep Fried Shrimp Burrito dan Beef Tacos.

Alamat : 14, Lorong Perak, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi : 2.00 petang – 10.30 malam

Instagram : El Cantina 

Kredit : @hakimiragmi

5. Taco Bell

Kemunculan restoran makanan segera dari Amerika Syarikat ini kekal menjadi fenomena walapun sudah lebih setahun bertapak di Malaysia.

Makanan yang ditawarkan memang cukup menarik dan mempunyai rasa yang enak. Tambahan pula, kebanyakan hidangan menawarkan sayur-sayuran serta ramuan yang cukup segar.

Memang tak hairanlah ramai yang sanggup beratur untuk nikmati hidangan dari Taco Bell seperti Nachos, Tacos, Quesadilla dan Burritos!

Anda boleh tengok lokasi Taco Bell terdekat di sini.

4. Thyme Out

Merupakan antara restoran Mexico yang paling terkenal di Subang Jaya, ramai yang sering jadikan Thyme Out sebagai lokasi utama untuk nikmati hidangan Mexico dengan citarasa autentik seperti Lamb Taco, Trio Chicken Wings, Quesadila dan Loaded Cheese Fries yang terlajak sedap!

Restoran ini juga merupakan salah satu restoran hidangan Mexico yang mempunyai rating yang baik di media sosial. Rugi kalau tak cuba sendiri!

Alamat : 66, Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 9.20 malam

Facebook : Thyme Out 

3. Rollo

Pernah tular di media sosial beberapa tahun lepas, ramai yang setuju dengan keenakan juadah Mexico yang ditawarkan di Rollo. Katanya, taco dan burrito di restoran ini punyalah sedap sampai kena beli lebih untuk dibawa pulang!

Di samping variasi hidangan Mexico, restoran ini turut menyajikan hidangan Western yang menyelerakan seperti mushroom soup, lamb chop dan aneka pasta.

Saiz hidangannya juga cukup besar dan berbaloi dengan harga. Pendek kata, memang tak menyesal makan dekat sini!

Alamat : A-01-G Jalan Dagang Besar, Taman Dagang, 68000 Selangor

Facebook : Rollo Mexican Food

Kredit : @fifahroslan

2. Chachi

Jika anda berada di sekitar SS15, Subang Jaya, jangan lepaskan peluang untuk nikmati juadah Mexico di Chachi.

Keenakan makanan Mexico di sini sememang tiada tandingan dan buatkan ramai jatuh cinta! Antara hidangan yang anda wajib cuba di sini adalah Tajin Shrimp Tacos, Cheesy Lamb Lamb Taco Rolls dan Burritos yang enak dan berjus. Restoran ini juga sangat cantik dan selesa untuk dikunjungi seisi keluarga.

Alamat : 74, Jalan SS 15/4D, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi :

Jumaat – Rabu : 12.00 tengah hari – 12.00 tengah malam

Khamis : 4.00 petang – 12.00 tengah malam

Hidangan Mexico

Kredit : Twitter @FaizHappens

Kredit : Eat Drink KL

1. El Ocho

Dimiliki oleh pengusaha Gula Cakery, hidangan Mexico yang ditawarkan di El Ocho dikatakan teramatlah sedap sampai buatkan orang teringat! Boleh dikatakan semua makanan yang disajikan sedap-sedap belaka!

Jangan lepaskan peluang untuk cuba Crispy Taco dan Quesadilla yang padat dengan rasa. Gerenti tak menyesal makan dekat sini!

Alamat : Eco Ardence Setia Alam

Nampak sedap betul hidangan Mexico yang ditawarkan. Semuanya nampak menarik untuk dicuba. Memang berbaloi untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke restoran hidangan Mexico yang paling sedap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni. Rugi tak cuba!

tags: |