Bila kita pergi beli makanan di luar, kita pasti teringin nak minum air yang special macam milo ais pekat, jus mangga Sjora, lemonade dan sebagainya.
Tapi, disebabkan nak berjimat, ada kalanya hajat nak minum tu terbantut bila ternampak harga untuk upgrade dapatkan minuman sedap ni. Kalau nak beli banyak-banyak pun boleh pokai jadinya!
Jangan tak tahu, anda juga boleh bancuh sendiri minuman sedap macam di restoran atau food court di rumah! Ada banyak produk serbuk atau pati minuman yang mungkin anda tak pernah tahu ada.
Kalau nak tahu minuman apa yang anda boleh buat di rumah, jom kita tengok pati minuman best yang anda boleh dapatkan di pasaran!
Waktu kita bersekolah dulu, kita pasti nanti-nantikan kedatangan lori milo untuk dapatkan secawan air yang pekat dan sedap! Sekarang dah besar memang susah nak dapat. Kalau anda mengidam nak minum air minum lori, bolehlah beli concentrate milo dengan 3 x kepekatan.
Tak perlu tambah susu, bancuh saja dengan 2 liter air, terus dapat rasa air milo macam dari lori. Budak-budak dekat rumah mesti suka! Boleh di sini Milo Liquid Triple
Minuman Sjora memang tak dinafikan antara yang tersedap di KFC! Lain macam kesegarannya! Kalau tekak tiba-tiba teringin nak minum air Sjora, belilah pati minuman Sjora yang dijual dalam bentuk kotak! Tambah saja air sejuk dan ais, memang sedap tak terkata! Boleh dapatkan di shopee sekarang Sjora Original Mango.
Anda mungkin pernah bancuh sendiri kopi di rumah dan tambahkan susu segar, namun rasanya mesti takkan sampai macam yang terjual di kedai kopi. Kalau nak tahu, salah satu rahsianya terletak pada susu yang digunakan!
Kalau nak pekena latte yang lebih padu, anda kenalah tambahkan Nestle Full Cream Milk yang digunakan oleh barista di kedai kopi! Kalau nak gunakan susu ini untuk masakan pun boleh. Confirm lebih lemak berkim!
Kalau anda sukakan rasa minuman Lemonade masam manis macam di Auntie Anne, jangan lupa dapatkan Nestle Lemonade Flavored Fruit Drink Mix ni!
Mungkin ada yang belum tahu tapi sebenarnya Nestle Lemonade ni ada 3 perisa iaitu Lemonade biasa, Pink Lemonade (ada rasa laici) dan Cucumber Lemonade.
Memang syok kalau minum time cuaca panas! Kalau yang sukakan perisa oren, anda juga boleh dapatkan serbuk minuman Nestle Orange!
Sekarang anda boleh nikmati Iced Lemon Tea macam di restoran fast food atau food court bila-bila masa di rumah dengan adanya serbuk minuman Nestea ni. Nak perisa Peach Tea atau Honey Green Tea pun ada! Confirm berebut dekat rumah!
Orang Malaysia dengan teh tarik memang tak dapat dipisahkan. Kalau tekak terasa nak pekena teh tarik kaw, bolehlah dapatkan Nestea Teh Tarik ni! Lengkap dengan krimer, anda hanya perlu campurkan sesudu serbuk Nestea Teh Tarik dengan air panas untuk dapatkan secawan teh tarik yang padu!
Penggemar nescafe ais wajib ada produk ni di rumah. Tak perlu bersusah payah, hanya tambah sesudu serbuk dengan air panas. Minuman nescafe sedia untuk diminum. Lebih nyaman bila dinikmati dengan ais!
Bestnya dapat minum air lori milo dan macam-macam air sedap macam di restoran fast food di rumah. Sekali sekala kalau dapat minum air special ramai-ramai dengan keluarga memang best!
Kalau nak buat untuk berniaga pun apa salahnya, kan? Jom dapatkan pati Minuman menarik ni! Rasanya serupa macam di restoran dan food court!