Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tempat Makan » Sarat Dengan Nostalgia Dan Hidangan Membuka Selera, Ini 7 Tempat Makan Dengan Suasana Klasik Yang Anda Wajib Singgah

Sarat Dengan Nostalgia Dan Hidangan Membuka Selera, Ini 7 Tempat Makan Dengan Suasana Klasik Yang Anda Wajib Singgah

Kategori: ,

Tempat makan dengan suasana klasik ada auranya tersendiri. Tak hanya menawarkan hidangan yang cukup menyelerakan, malah hiasan dalaman yang serba antik dan padat dengan nostalgia buatkan ia menarik untuk dikunjungi.

Bagi yang sukakan vibe Melayu Klasik, anda wajib kunjungi 7 restoran yang cukup unik ini. Memang lain daripada yang lain!

7 Tempat Makan Dengan Suasana Klasik Yang Anda Wajib Singgah

7. Sayyid Antique & Café

Sayyid Antique & Café merupakan antara tempat makan dengan suasana klasik yang paling unik di Melaka.

Kafe yang terletak di Jonker Walk ini menyajikan hidangan sarapan yang serba enak dengan citarasa air tangan ibu.

Antara menu yang laku keras di sini adalah Nasi Lemak Rendang Ayam, Laksa Nyonya dan Lontong. Disebabkan tempat duduk di kafe ini agak terhad, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal, ya!

Alamat : 74 Lorong Hang Jebat, Melaka, Malacca City, Malaysia

Waktu Operasi : 7.30 pagi – 2.00 petang (tutup setiap Selasa & Rabu)

Facebook : Sayyid Antique & Café 

6. Cendol Wak Paad

Warung yang terletak di perkarangan rumah tradisional Melayu di Klang ini pula cukup terkenal dengan variasi menu cendol dan ABC.

Selain pemanis mulut yang menyegarkan, ramai yang turut menyarankan untuk cuba nasi ayam penyet, laksa dan mee karinya yang terlajak sedap.

Menu ringan lain turut disajikan seperti keropok lekor, rojak dan sengkuang calit. Bertambah sedap bila makan dengan suasana kampung macam ni, siap boleh makan dekat bawah rumah lagi!

Alamat : Warung Cendol Wak Paad, 2527, Jalan Haji Musran, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor

Waktu Operasi : 11.30 pagi – 5.30 petang (tutup setiap Isnin)

Facebook : Cendol Wak Paad 

Kredit : Ayunie Smy

5. Ruma Kupi Pontian

Anda pasti teruja untuk nikmati hidangan enak dengan suasana klasik di Ruma Kupi Pontian. Pelbagai menu menarik menanti anda di tempat makan dengan suasana klasik ini antaranya Nasi Orang Kahwin, Laksa Johor, Lambshank Briyani dan Lempeng.

Kalau anda bertuah, anda juga berpeluang untuk cuba makanan tradisi bangsa Bugis yang popular di Johor iaitu Burasak.

Alamat : 63A, Jalan Kukup, Kampung Tengah, 82000 Kukup, Johor

Waktu Operasi : 8.00 pagi – 3.00 petang

Facebook : Ruma Kupi Pontian

4. Kantin Asam Pedas

Restoran serba klasik ini dikatakan sebagai antara port asam pedas yang paling sedap di Ampang!

Diusahakan oleh suami isteri yang masing-masing berasal dari Melaka dan Johor, maka tak hairanlah ramai yang jatuh cinta dengan keenakan asam pedas di sini!

Pelbagai juadah asam pedas menanti anda seperti asam pedas ikan pari, asam pedas telur ikan mayong dan asam pedas tetel.

Memang syok layan asam pedas dengan suasana restoran yang tak ubah macam rumah nenek atau makcik kita di kampung!

Bila dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan ikan masin, gerenti tak pandang kiri kanan jawabnya!

Alamat : E-G-14 Residensi Bistari, Taman Ukay Bistari ,68000 Ampang ,Selangor Darul Ehsan, Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu Operasi : 11.00 pagi – 4.30 petang (tutup setiap Isnin)

Facebook : Kantin – asam pedas

2. Kukus

Dari jauh, anda pasti boleh cam restoran Kukus yang tak ubah seperti kedai kopi zaman 60-an. Dengan dekorasi antik serta alunan muzik P.Ramlee tanpa henti, Kukus pasti bakal memberikan pengalaman yang berbeza buat anda.

Sesuai dengan namanya, tempat makan dengan suasana klasik ini menyajikan aneka roti kukus dan nasi kukus.

Kedai makan ini juga cukup popular dengan Tongmo iaitu sosej Kemboja yang enak dan berjus serta lauk pauk berasaskan Ikan Patin Temerloh.

Alamat : Lot 1004, Jalan Tepi Sungai 6, 41100 Klang

Waktu Operasi : 9.30 pagi  – 3.30 petang

Instagram : kukusklasik 


2. Seashells Cenang

Jarang-jarang ada tempat makan yang tawarkan pengalaman makan dalam pondok di tengah sawah padi yang luas terbentang!

Jika anda nak merasa suasana unik makan secara santai di bendang, singgahlah ke Seashells Cenang yang terletak di Pulau Langkawi.

Tempat makan unik ini cukup popular dengan hidangan nasi kukus yang disajikan dalam talam. Pelanggan juga boleh pilih untuk padankannya dengan ayam, daging, ikan mahupun kambing.

Alamat : The Seashells @ Laman Padi, Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi Kedah

Waktu Operasi :  1PM-3PM | 6PM-11PM

No. Telefon : +604-955 3581 / 82

1. Warung Kampung Seri Banian

Warung Kampung Seri Banian pernah tular di media sosial kerana menawarkan keunikan suasana era pendekar Melayu masa lampau.

Di sini, pengunjung berpeluang untuk menjamu selera dengan gaya orang dulu-dulu. Makanan di sini akan dihidangkan dalam pinggan buluh atau daun pisang. Air pula diisikan dalam bekas buluh. Sangat menarik!

Warung Kampung Seri Banian menawarkan lebih daripada 70 jenis menu sekitar Nusantara terutamanya dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. Antara hidangan yang wajib dicuba di sini adalah puyuh bakar, sate Seri Banian dan nasi itik panggang.

Disebabkan tempat makan ini sentiasa ramai, anda dinasihatkan untuk booking terlebih dahulu berbanding walk-in bagi mengelakkan menunggu lama.

Alamat : 06700 Pendang, Kedah

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 7.00 malam (tutup setiap Rabu)

No. Telefon : 010 4476625

Wah, banyaknya tempat makan dengan suasana klasik yang menarik untuk dikunjungi. Semuanya pasti bakal membawa akan ke kenangan masa lalu yang indah.

Sambil nikmati suasana yang cantik dan klasik, bolehlah menjamu selera dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Ia pasti bakal memberikan kenangan yang manis buat anda dan tersayang.

tags: