Mencari kelainanan ketika makan di luar? Apa kata kali ini anda ubah angin dan cuba hidangan di tempat makan berkonsepkan ladang.
Rupanya ada banyak tempat makan menarik yang menjanjikan pengalaman yang unik! Setiap hidangan yang ditawarkan dihasilkan daripada produk ladang yang segar. Pasti anda makin berselera dengan pemandangan ladang yang menghijau.
Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok 8 tempat makan berkonsepkan ladang yang serba menarik! Sambil makan, boleh buat macam-macam aktiviti menarik!
Kalau dah biasa sangat pekena air kelapa, apa kata kali anda cuba air nira pula? Mesti ramai yang tak pernah cuba, kan?
Kalau anda berada di kawasan utara, jangan lepaskan peluang untuk ke Ladang Nira Nipah Kipli di Kuala Sanglang.
Ramai yang kata tempat ini sangat menarik untuk bersantai kerana ada banyak pondok wakaf, buai dan tempat duduk untuk pengunjung nikmati air nira segar.
Jangan lupa untuk pekena sekali mee udang dan laksa yang terlajak sedap di sini!
Alamat : Ladang Nira Nipah Kipli Kuala Sanglang, 02700 Kuala Sanglang, Perlis
Waktu Operasi :
Sabtu hingga Khamis : 12.30 tengah hari – 6.30 petang
Jumaat : 2.30 petang- 7.30 malam(Tutup setiap Isnin)
Facebook : Ladang Nira Nipah Kipli Kuala Sanglang
HL Dragon Fruit Eco Farm pula menawarkan juadah unik berasaskan buah naga yang pertama di Malaysia! Hanya di HL Dragon Fruit Eco Farm anda boleh nikmati hidangan menarik seperti nasi tomyam buah naga, nasi goreng buah naga, nasi lemak buah naga dan Jumbo Dragon bun.
Jangan lupa untuk pekena secawan Jus Dragon Breath yang ‘berasap’ dan menyegarkan tekak! Sangat sesuai untuk dinikmati selepas penat berjalan di ladang buah naga yang luas mata memandang.
Alamat : HL Dragon Fruit Eco Farm, Lot 7608, Jalan Besar, Batu Satu, 43900 Sepang, Selangor
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 5.30 petang (tutup setiap Rabu)
Facebook : HL Dragon Fruit Eco Farm
Khas untuk penggemar nanas, jangan lepaskan peluang untuk nikmati aneka hidangan berasaskan nanas sambil menikmati pemandangan ladang nanas yang memukau!
Anda pasti rambang mata dengan pilihan menu yang dihasilkan daripada nanas segar seperti jus nanas, kek nanas, Nasi Lemak Sambal nanas, Karipap inti Nanas, aiskrim nanas dan cucur nanas.
Jangan lupa untuk bawa pulang buah nanas segar dan sos cili nanas!
Alamat : Saudagar Nanas Agrofarm, Lot 3000 Kg Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Waktu Operasi : 7.30 pagi-6.00 petang (tutup setiap Jumaat)
Di mana lagi anda boleh makan menu berasaskan kambing dalam ladang kambing kalau bukan di House Of Kambing?
Daging kambingnya memang dikatakan cukup segar, tak hanyir dan dimasak sempurna! Tempat makan berkonsepkan ladang ini menyajikan menu menarik seperti kambing goreng, nasi goreng kambing dan kambing bakar yang terlajak sedap!
Sambil makan, bolehlah jamu mata dengan pemandangan ladang kambing yang menenangkan.
Alamat :
Waktu Operasi : 11.00 pagi – 6.00 petang (tutup setiap Jumaat)
Facebook : House Of Kambing
Pelancong yang datang ke Cameron Highland sanggup beratur untuk nikmati hidangan viral di Abang Strawberry. Menunya bukan saja sedap, malah cukup unik hingga jadi bualan ramai.
Antara menu yang paling popular di sini adalah Nasi Lemak Strawberi yang cukup menyerlah dengan nasi berwarna merah jambu serta sambal yang dimasak dengan buah strawberi.
Cukup rasa pedas, masam dan manis! Dipadankan pula dengan ayam goreng yang rangup, ia pasti akan buat anda rasa ketagih!
Di samping itu, terdapat pelbagai menu menarik yang anda boleh cuba seperti mee kari, lontong dan soto serta hidangan Western seperti lamb chop, chicken chop dan aneka pasta. Manisan dan pastri berasaskan strawberi pun ada!
Selain itu, anda juga boleh dapatkan aneka produk berasaskan strawberi yang cukup menarik seperti jem, sambal strawberi ikan masin dan kordial.
Alamat : No. 27 Kampung Taman Sedia 39000 Tanah Rata, Pahang
Waktu Operasi : 8.00 pagi – 8.00 malam
Facebook : 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry
Teringin nak cuba air tebu yang segar dari ladang? Singgahlah ke Laman Tebu Aidil yang terletak di Sungar Besar, Selangor! Rasa air tebu di sini sememangnya menyegarkan tekak, segar dan ditapis sempurna.
Sambil menikmati suasana indah dengan pemandangan sawah padi luas terbentang, boleh pekena sekali menu ringkas di sini seperti nasi lemak, cendol, laksa, chicken chop, kepak ayam madu dan sebagainya.
Nak kunyah tebu fresh pun boleh!
Alamat : Laman Tebu Aidil & Aidil Orked, Parit 3 1/2 Sg Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi : 11.30 pagi – 7.00 petang (Tutup setiap Selasa dan Rabu)
Anda juga boleh nikmati coconut shake yang nyaman di Sekinchan Coconut Farm yang terletak tak jauh dari Laman Tebu Aidil.
Bukan setakat coconut shake, malah pelbagai menu berasaskan kelapa menanti anda seperti air kelapa segar, jeli kelapa, lempeng kelapa dan aiskrim kelapa yang sedap tak terkata!
Memang syok lepak di ladang kelapa sambil nikmati pelbagai kudapan seperti waffle, oden, takoyaki, kerang rebus dan sebagainya.
Alamat : Sekinchan Coconut Farm, Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 5.30 petang (Buka Sabtu & Ahad sahaja)
Facebook : Sekinchan Coconut Farm
Lokasi yang tercipta daripada kolaborasi Farm Fresh dan Universiti Putra Malaysia pasti mengingatkan anda dengan suasana Desa Dairy Farm yang terletak di Kundasang.
Di sini, anda bukan saja boleh minum susu segar puas-puas, malah pelbagai juadah menarik turut menanti anda seperti pasta, pizza, pencuci mulut dan pelbagai minuman termasuklah minuman boba istimewa daripada Farm Fresh iaitu JomCha!
Lokasi ini sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga dengan adanya pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki traktor, petting zoo, aktiviti berkuda dan sebagainya. Jangan lupa bawa balik susu segar dalam botol dan sayur-sayuran dari ladang pun boleh!
Alamat : The Acre by Farm Fresh 43400 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
Waktu Operasi Restoran : 10.00 pagi hingga 7.00 malam (pesanan terakhir diambil setakat 5.00 petang, tutup setiap Isnin)
Facebook : The Acre by Farm Fresh
Menarik sungguh pengalaman makan di ladang ni! Yang pasti, semua juadah dihasilkan menggunakan ramuan yang segar dari ladang. Menunya juga nampak sedap dan unik untuk dicuba.
Pemandangan yang ditawarkan juga sangat cantik untuk anda berOOTD dengan rakan dan keluarga. Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke tempat makan berkonsepkan ladang yang unik ni!