Cameron Highland adalah destinasi pelancongan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Tak hanya menempatkan pelbagai lokasi percutian yang menarik dengan latarbelakang semulajadi yang indah, malah banyak tempat makan menarik yang ditawarkan kepada semua.
Bagi membantu anda merancang percutian ke Cameron Highland, jom kita tengok senarai tempat makan menarik yang anda wajib singgah!
Bagi anda yang teringin untuk nikmati hidangan dengan citarasa Malaysia, bolehlah ke Orchid Food Corner Tanah Rata. Dari sarapan pagi hingga makan malam, pelbagai juadah yang menyelerakan menanti anda.
Antara menu istimewa yang anda wajib nikmati adalah nasi ayam, masakan India, nasi campur, steamboat, hidangan Thai dan macam-macam lagi. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan!
Alamat : Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waktu Operasi : 6.00 pagi – 12.30 tengah malam
Suka hidangan Timur Tengah? Jangan lupa singgah di Restoran Al Raudah bila anda berkunjung ke Cameron Highland.
Restoran ini cukup popular dengan hidangan khabsah yang dimasak dengan rempah istimewa serta kebab dan shawarma yang dipanggang segar. Lengkapkan hidangan anda bersama secawan Arabian Tea yang kaw dan berempah.
Alamat : Lot 11A, Ground Floor, Cameron Higlands, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 9.00 malam (Tutup setiap Selasa)
Facebook : Al Raudah Arabian Food Tanah Rata
Ramai pelancong yang sanggup beratur untuk nikmati hidangan viral di Abang Strawberry. Menunya bukan saja sedap, malah cukup unik hingga jadi bualan ramai.
Antara menu yang paling popular di sini adalah Nasi Lemak Strawberi yang cukup menyerlah dengan nasi berwarna merah jambu serta sambal yang dimasak dengan buah strawberi. Cukup rasa pedas, masam dan manis! Dipadankan pula dengan ayam goreng yang rangup, ia pasti akan buat anda rasa ketagih!
Di samping itu, terdapat pelbagai menu menarik yang anda boleh cuba seperti mee kari, lontong dan soto serta hidangan Western seperti lamb chop, chicken chop dan aneka pasta. Manisan dan pastri berasaskan strawberi pun ada!
Selain itu, anda juga boleh dapatkan aneka produk berasaskan strawberi yang cukup menarik seperti jem, sambal strawberi ikan masin dan kordial.
Alamat : No. 27 Kampung Taman Sedia 39000 Tanah Rata, Pahang
Waktu Operasi : 8.00 pagi – 8.00 malam
Facebook : Abang Strawberry (Tanah Rata, Pahang, Malaysia)
Terkenal sebagai pizza kayu api pertama di Cameron Highlands, anda pasti teruja untuk cuba pizza yang cukup istimewa di sini.
Lain daripada yang lain, pizza yang dihasilkan menggunakan kaedah serta resepi asli daripada Itali! Jangan lepaskan peluang untuk mencuba pizza bersama topping ayam, daging atau udang.
Tak hanya itu, pelanggan cukup menggemari hidangan istimewa lain seperti pasta dan pelbagai pencuci mulut yang sedap-sedap belaka. Jangan tak tahu, anda juga boleh menginap di sini!
Alamat : No.24, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands 39000 Cameron Highlands, Pahang
Facebook : Tiny Boutique Habitat
Buat anda yang tercari-cari scone yang lembut dan enak, anda wajib singgah di The Lord’s Café. Keenakan scone mereka memang tiada tandingan dan cukup popular di kalangan pelancong.
Dibuat segar setiap hari, scone yang disediakan di kafe vintage ini cukup bervariasi dan unik. Jangan lepaskan peluang untuk cuba Original Cream Scone dan Fruity Scone yang enak dan gebu.
Kek yang dihidangkan di sini juga tidak kurang hebatnya. Rasai kelazatan kek yang paling laris di sini iaitu Strawberry Cheesecake dan Banana Chocolate Cake.
Alamat : Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 6.00 petang (tutup setiap Ahad)
Tempat makan menarik di Cameron Highland yang seterusnya ini cukup sesuai buat penggemar makanan Jepun dan Korea.
Kini anda boleh nikmati hidangan kegemaran anda di Misokimchi! Dijamin halal dan super sedap, restoran ini menawarkan hidangan berkonsepkan steamboat dan hotpot yang dipanggil Korean Army Pot.
Selain itu, aneka hidangan ala carte yang menyelerakan turut menanti anda seperti nasi kimchi, bento set, topokki dan ramen. Hidangan Western dan pizza pun ada!
Alamat : Cameron Fair, C-G-9, Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang
Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 9.30 malam
Facebook : Misokimchi
Menyajikan menu kek yang luarbiasa dan unik, anda wajib singgah di Stawberry Cottage bila ke Cameron Highland. Anda pasti teringin untuk cuba kek yang jarang dijumpai di tempat lain seperti kek cendol dan nasi lemak cheesecake.
Review yang diterima untuk aneka kek yang menarik ini juga cukup memberangsangkan. Tak hanya itu, menu kek lain yang ditawarkan juga tak kurang hebatnya seperti Chocolate Belgium, Matcha Tiramisu dan sebagainya. Jangan lupa untuk padankan kek pilihan anda bersama Vanilla Latte atau Strawberry Tea yang menyegarkan.
Alamat : Lot G-13 Cameron Square , Jalan Aranda Nova , Greencow 39100 Cameron Highlands, Pahang
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam
Facebook : Strawberry Cottage
Antara restoran yang sentiasa penuh dengan pelanggan, ramai yang sanggup datang dari jauh untuk nikmati hidangan steamboat dan grill di Cameron Highlands.
Dengan harga yang cukup berpatutan, anda berpeluang untuk nikmati sehingga 110 pilihan makanan yang cukup menyelerakan di sini. Jangan lupa untuk cuba hidangan gril seperti makanan laut, ayam serta daging yang diperap dengan sos istimewa.
Alamat : No.19A, Kg Taman Sedia, Tanah Rata, 39000, Pahang
Waktu Operasi : 5.00 petang – 12.00 tengah malam
Facebook : The Stone Valley Steamboat & Grill Cameron Highlands
Banyak rupanya tempat makan menarik di Cameron Highland! Dari hidangan citarasa tempatan, makanan Arab, sehinggalah ke hidangan Jepun dan Korea, tempat makan di Cameron Highland pasti bakal menepati citarasa semua.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom rancang percutian ke Cameron Highland!