Sejak kemunculannya sekitar tahun 2016, FamilyMart kekal sebagai kedai serbaneka pilihan ramai. Pelbagai hidangan enak yang serba ringkas dihidangkan di sini. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan, memang sesuai untuk anda nikmati bersama teman rapat.
Jom kita tengok 9 makanan yang anda wajib cuba di FamilyMart, semuanya sedap-sedap belaka.
Bagi penggemar cheesecake, anda wajib cuba Mini Basque Burnt Cheesecake yang lazat dan cair di mulut dari FamilyMart.
Selain Basque Burnt Cheesecake, anda juga boleh dapatkan Hanjuku Cheese yang gebu dan rasa lemak berkrim. Saiznya sangat comel dan sesuai untuk anda nikmati bila-bila masa.
Anda suka minuman panas atau sejuk? Variasi minuman yang ditawarkan di FamilyMart pasti buatkan anda rambang mata! Antara menu yang laris di sini adalah Brown Sugar Bubble Milk, Iced Matcha Latte, pelbagai pilihan Frappe, Matcha Lemonade dan Sparkling Peach Oolong Tea. Latte, Americano, Latte, Cappucino dan Mocha pun ada!
Ringkas tapi cukup lazat, sandwich adalah antara produk yang cukup popular dan menjadi rebutan di sini. Selain Fruit Sando yang cukup popular, terdapat aneka variasi sandwich menarik yang anda boleh dapatkan seperti Chicken Slice, Tuna dan Egg Mayo.
Siapa tak gemarkan Sofuto daripada FamilyMart? Rasanya cukup enak dan berkrim.
Kalau nak tahu, FamilyMart sering membawakan menu Sofuto baru dan bermusim. Seperti yang diperkenalkan baru-baru ini, FamilyMart menawarkan menu Sofuto edisi terhad iaitu Black Cacao Chocolate yang berwarna coklat kehitaman.
Bagi anda yang nakkan kelainan, anda juga boleh pesan Sofuto Milkshake yang dihasilkan daripada aiskrim pilihan anda. Menyegarkan dan cukup lazat.
Bila anda singgah ke kaunter FamilyMart, anda pasti terpikat dengan pelbagai makanan sedia dimakan yang dihidangkan panas seperti sosej, hotbar, Corndog, Spicy Crispy Chiki dan Chicken Karaage.
Bagi anda yang nak nikmati sesuatu yang ringkas tapi mengenyangkan, cubalah variasi onigiri dan gimbap yang lazat di FamilyMart. Ada pelbagai jenis onigiri yang anda boleh pilih seperti Kimchi Cheese Onigiri, Triple Cheese Omusabi dan Tomyam Pedas Onigiri. Sekarang, FamilyMart juga tawarkan pelbagai jenis gimbap yang enak seperti Classic Tuna Gimbap dan Kimchi Cheese Sausage Gimbap.
Selain aneka makanan FamilyMart yang ringkas, anda juga berpeluang untuk nikmati pelbagai hidangan segera yang lebih berat seperti Salted Egg Popcorn Chicken Bento, Spaghetti Carbonara dan Creamy Macaroni Cheese.
Dianggap sebagai hidangan wajib dinikmati di kedai serbaneka, FamilyMart juga cukup popular dengan hidangan ramen yang pedas dan membuka selera. Anda boleh padankan ramen dengan keju, Chicken Wings dan Chicken Roulade.
Penggemar FamilyMart cukup gemarkan Oden yang pedas dan dihidangkan panas-panas! Memang sedap untuk dinikmati bila-bila masa sahaja. Pilihlah aneka oden yang ditawarkan sepertiFish Ball, King Crab Chunk dan Lobster Ball.
Untuk waktu terhad ini, anda juga boleh nikmati Oden dengan kuah satay! Menarik, bukan?
Menariknya makanan FamilyMart yang anda boleh dapatkan! Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Harganya juga cukup berpatutan untuk anda nikmati bersama yang tersayang. Jom singgah ke FamilyMart hari ini!
Jangan lupa ikuti laman Facebook FamilyMart untuk ketahui promosi terkini serta tawaran menu terbaru!