Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Percik Ala Kelantan Paling Mudah & Marvelous, Tak Perlu Beli Di Luar Lagi!

Resipi Ayam Percik Ala Kelantan Paling Mudah & Marvelous, Tak Perlu Beli Di Luar Lagi!

Kategori:

Bulan puasa memang tak sah kalau tak beli Ayam Percik di bazar ramadan. Ayam bakar panggang bersama kuah percik dengan rasanya yang tersendiri.

Rahsia kesedapan ayam percik bergantung kepada bahan perapan dan juga kuahnya. Pastikan dibuat dengan bahan-bahan yang mencukupi ya.

Dengan menggunakan resipi yang mudah ini, kita boleh membuat ayam percik hasil air tangan kita sendiri bila-bila masa yang diingini.

Cara Masak Ayam Percik

Bahan Perapan Ayam:

  • 5 ulas bawang merah besar
  • 5 bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 ketul ayam

Bahan Kuah:

  • 20 biji bawang merah kecil
  • 3 biji bawang merah besar
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 15 batang cili kering
  • 3 batang serai
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 2 sudu gula perang
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan santan pekat

Cara Penyediaan:

  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan ke dalam mangkuk ayam dan perap selama 1 jam.
  2. Untuk kuah pula, kisarkan bawang merah besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia, kunyit dan cili kering sehingga lumat.
  3. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan serai dan tumis sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam.
  5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan didih sehingga separuh masak.
  6. Keluarkan ayam dan bakar sehingga menjadi warna keperangan.
  7. Dalam kuali yang sama tadi, masukkan santan pekat dan didihkan seketika.
  8. Ayam Percik sudah pun siap untuk dihidang kuah!

Baca juga: Cara Buat Percik Ikan Kembung Kelantan, Lauk Sedap Pembuka Selera

tags: |