Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cikgu Param Amalkan Sedekah Makanan Kepada Orang Memerlukan, Ikut Jejak Mendiang Ayah Untuk Bantu Orang

Cikgu Param Amalkan Sedekah Makanan Kepada Orang Memerlukan, Ikut Jejak Mendiang Ayah Untuk Bantu Orang

Kategori: ,
Cikgu Param

Menjadi seorang pendidik adalah tugas yang murni kerana mereka selalu mengajarkan sesuatu hal yang memberi manfaat kepada pelajar mereka.

Seperti seorang pendidik yang dikenali dengan Cikgu Param, selain daripada mengajar tentang pelajaran dan pendidikan kepada anak muridnya, dia juga menjadi tauladan yang baik kepada mereka kerana mengajarkan erti kemanusiaan sebenar.

Cikgu Param Amalkan Sedekah Makanan Kepada Orang Memerlukan, Ikut Jejak Mendiang Ayah Untuk Bantu Orang

Ini kerana Cikgu Param atau nama sebenarnya Muhammad Farhan Param Kunaseigaran memulakan usaha membantu menyediakan makanan percuma kepada golongan memerlukan.

Menurut akhbar Sinar Harian, sejak kecil lagi beliau melihat mendiang bapanya, Kunaiseigaran Ponnusamy selalu memberi makaanan seperti kuih, nasi lemak dan lain-lain kepada orang ramai yang ditemui.

“Saya pernah bertanya kepadanya (mendiang bapa) semasa kecil mengapa memberi makanan kepada orang, sedangkan keluarga saya bukanlah orang berada. Ayah ketika itu hanya bekerja sebagai tukang sapu sekolah.

“Bapa saya kata, memang betul (keluarga bukanlah orang berada), tetapi kalau kita beli dan bawa balik, kita seorang sahaja yang kenyang.

“Jika dikongsi dengan jiran-jiran, banyak perut kita boleh kenyangkan,” ceritanya.

“Jika Berkongsi Rezeki Dengan Ramai, Banyak Perut Kita Boleh Kenyangkan” – Mendiang Ayah

Dengan kata-kata itu, ia memberi semangat kepadanya untuk memulakan Projek Sedekah Makanan selepas bapanya meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Projek tersebut dimulakan dengan memberi tiga bungkus nasi lemak kepada para penduduk memerlukan di sekitar kawasan kediamannya.

“Kemudian kawan-kawan bantu hinggalah sekarang. Buat masa ini, kita mampu menyediakan makanan dalam kuantiti yang lebih banyak, 200 – 300 pek makanan,” katanya.

Aktiviti Projek Hujung Minggu – Sabtu & Ahad

Cikgu Param

Gambar Hiasan

Menurutnya, aktiviti projek ini dijalankan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Kita fokuskan golongan yang memerlukan termasuk warga emas dan kita agihkan dari rumah ke rumah,” jelasnya.

Komitmen Cikgu Param membantu golongan rentan itu telah diiktiraf apabila menjadi salah seorang penerima Anugerah MyHero 4.0 oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI).

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Kami Panggil “Air Sejuk, Bukan Ais Kosong” – Sabahan Kongsi Perbezaan Pesanan Minuman Berbanding Di Kuala Lumpur

tags: |