Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut Susu

Biskut Susu

Kategori:
biskut susu

Biskut susu adalah kegemaran ramai terutamanya budak-budak. Mungkin kerana ia berperisa susu. Biskut ini juga senang untuk dibuat. Cubalah di rumah.

Bahan – bahan :-

  • 125 gm mentega
  • 50 gm gula aising
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 220 gm tepung jagung

Cara – cara:

  1. Pukul mentega, gula aising dan susu pekat manis sehingga rata.
  2. Masukkan esen vanila dan tepung susu dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung jagung dan susu tepung. Uli menjadi doh.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan dan paipkan memanjang di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 150 °C selama 30 minit.

 

Selamat mencuba!

 

tags: |