Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pelanggan Kesal Peniaga Di Stadium Jual Burger Stadium Macam Ni, Inti Daging Hanya Tinggal Separuh

Pelanggan Kesal Peniaga Di Stadium Jual Burger Stadium Macam Ni, Inti Daging Hanya Tinggal Separuh

Kategori: ,
burger stadium

Jika pergi ke stadium untuk menonton bola, biasanya akan kelihatan peniaga-peniaga di stadium menjual pelbagai makanan dan minuman untuk para penonton mengisi perut tatkala kelaparan ketika menonton acara.

Dan antara makanan yang menjadi pilihan ramai adalah burger stadium.

Pelanggan Kesal Peniaga Di Stadium Jual Burger Stadium Macam Ni, Inti Daging Hanya Tinggal Separuh

Namun, kisah yang dikongsi dan terjadi kepada salah seorang penonton yang juga pelanggan burger di stadium Terengganu menimbulkan kekesalan kepada orang ramai.

burger stadium

Ia dikongsi oleh seorang gadis di laman TikToknya dan dia menyatakan kekesalan  kerana burger yang dibelinya memang tidak berbaloi dengan harga di kawasan stadium.

Menerusi video berkenaan, gadis itu berkongsi hal yang mengejutkan apabila burger stadium itu mempunyai inti daging separuh sahaja.

Harga Tidak Berbaloi burger stadium

Malah, inti daging berkenaan dilihat kecil dan sama sekali tidak berbaloi dengan harga yang diletakkan penjual.

Melihat kepada komen orang ramai, ada yang menyatakan pengalaman sama apabila beli burger stadium kerana selalunya tidak berbaloi dengan apa yang dijual.

“Makin teruk burger stadium, dulu boleh juga ada daging sekeping. Sekarang cubit-cubit daging ayam je letak,” kata salah seorang netizen.

Semoga peniaga-peniaga di luar sana meniaga dengan jujur dan ikhlas dalam menyediakan makanan buat pelanggan.

Sumber: a.eyn

Baca juga: Berjaya Bina Syarikat Bernilai Lebih RM100 Juta Dalam 10 Tahun, Jenama Tempatan Inside Scoop Kongsi Resipi Kejayaan Mereka

tags: |