Resipi Bihun Rebus Senang Untuk Makan Malam, Rahsianya Kena Kisar Bawang Bukan Tumbuk

Bihun adalah salah satu hidangan yang senang dimasak dan kenyang dimakan. Tidak kira masak goreng ataupun berkuah, sememangnya licin bila dimakan.
Kali ini, Daily Makan ingin berkongsi satu resipi yang sedap dimakan dan sedikit lain dari yang lain.
Jika mahukan bihun rebus ini makin sedap, anda haruslah memasak dengan mengisar bawang, bukan ditumbuk. Lagi mudah kan. Barulah rasa lebih sedap ketika suapkan ia ke dalam mulut.
Resipi Bihun Rebus Senang Untuk Makan Malam, Rahsianya Kena Kisar Bawang Bukan Tumbuk
Bahan-bahan:
- bihun secukupnya
- isi ayam
- sayur sawi, lobak merah (boleh guna sayur yang disukai)
- lada hhitam (tumbuk kasar)
- cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
- telur
- garam
Bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 5 biji bawang putih
- Sedikit halia.
Cara penyediaan:
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dann masukkan air ikut kuantiti kuaah yang kita mahukan. Kemudian masukkan isi ayam lada hitam.
- Bila kuah mendidih, masukkan sayur, cili padi yanng diketuk. Biarkan mendidih kemudian pecahkan telur. Biarkan telur masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Tuang kuah atas bihun yang sudah dicelur. Sedia dihidangkan, boleh juga taburkan bawang goreng.
Nota penting: Bihun rebus jadi sedap, bawang hendaklah dikisar baru kuah rasa manis.

Yeayyyy! Sudah siap hidangan bihun rebus. Boleh buat makan malam ataupun makan tengah hari dan bila-bila masa sahaja yang korang suka! Selamat mencuba, semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca Daily Makan.
Sumber: Haniza Ishak
Baca juga: Bihun Rebus, Menu Makan Malam Paling Senang. Tip Sedap Bawang Kena Kisar Bukan Tumbuk
