Mi goreng menjadi hidangan pilihan ramai tanpa mengira waktu. Mudah untuk disediakan, pelbagai lauk-pauk boleh ditambahkan bagi menyedapkannya. Semuanya bergantung pada selera masing-masing.
Ketika sibuk, mi goreng menjadi hidangan yang selalu disediakan. Kalau nak tahu, ini cara untuk menyediakan mi goreng style mak-mak. Teramat ringkas, resepi ini telah dikongsikan oleh Yayar B. Awang Noh di grup Masak apa Hari Ni.. (MAHN). Jom cuba resepinya.
Resipi Mi Goreng Style Mak-Mak, Sedap Sangat Sampai Cuba Sekali Terus Nak Lagi
Bahan-bahan
- 1kg mi kuning – guna jenama ini
- 8 ulas bawang putih
- 3 sudu besar cili kering kisar
- Isi ayam
- Kek ikan
- Bebola ikan
- Kubis
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap pekat
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 2 sudu stok ayam
- Minyak masak
Cara-caranya
- Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau dan perang.
- Masukkan cili kering. Tumiskan sehingga masak, barulah masukkan isi ayam. Isi ayam biar sampai masak.
- Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan stok ayam. Kemudian, tambahkan gula.
- Tambahkan pula kek ikan, bebola ikan dan mi.
- Kacau-kacau dan selakkan sikit, telur sebiji dan kubis.
- Kacau-kacau sedikit dan siap.
Kalau dapat makan mi goreng seperti ini tiap-tiap hari, tentu kita tak akan berasa jemu. Tengok sahaja pun dah tahu ia sangat sedap. Nanti jangan lupa untuk sediakan hidangan ini untuk semua ahli keluarga ya.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Yayar B. Awang Noh di grup Masak apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Ayam Masak Kurma Kelantan, Cara Turun Temurun! Wajib Dihidang Bersama Nasi Minyak