Rambutan adalah antara buah-buahan yang segar apabila dimakan apatah lagi jika buah rambutan itu dikupas dan dimasukkan ke dalam peti.
Sememangnya sedap dimakan sejuk-sejuk.
Jadi, kali ini, Daily Makan ingin berkongsi resipi Jeli Rambutan yang dikongsi oleh Normah Bahari ini yang sedap dimakan sejuk-sejuk.
Resipi Jeli Rambutan Yang Menyegarkan! Makan Sejuk Sejuk Memang Mantap!
Bahan-bahan:
- 1 kg buah rambutan – dikupas, dibuang biji
- 20 biji buah rambutan – ambil isi dan hiris panjang
- 20 gram agar-agar
- 10 cawan air (kalau suka lembut tambah air)
- 10 sudu gula (boleh kurangkan jika tak suka manis
- 3 helai daun pandan
Cara penyediaan:
- Rebus rambutan yang dibuang biji dengan 10 cawan air. Masak dengan api sedeerhana dalam 20 minit.
- Kemudian keluarkan rambutan, sebaiknya jangan dibuang kerana boleh dibuat pajeri atau gulai atau masak lemak cili padi.
- Masak daun pandan dan agar-agar dalam air rebusan rambutan tadi. Bila agar-agar sudah hancur, masukkan gula.
- Selepas mendidih lagi sekali, tutup api. Tapis dan terung tuang dalam cawan.
- Masukkan hirisan buah rambutan ke dalam cawan tadi.
Siap sudah pemanis mulut jeli rambutan kita! Memang sedap! Semoga resipi jeli rambutan ini bermanfaat buat para pembaca. Selamat mencuba.
Sumber: Normah Bahari via MAHN
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Masak Nasi Goreng Cina Versi Sama Macam Kedai. Sedap & Rasa Memang Sangat Power!