Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ikan Siakap Masak Kicap

Ikan Siakap Masak Kicap

Kategori:

Ikan Siakap Masak Kicap

Memang sedap bila makan ikan siakap masak kicap ni. Kalau masak pun main campak – campak jer, resepi ni mudah dan ringkas je, bahan – bahan pun tak banyak diperlukan. Selalunya ikan siakap orang masak stim atau goreng tiga rasa. Jadi apa kata hari kita masak menu yang lain iaitu ikan siakan masak kicap.

 

Bahan – bahan

  • 1 ekor ikan Siakap
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 1-2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1-3 sudu kecil tepung jagung
  • Minyak masak
  • 2 inci halia (dihiris halus)
  • 200 ml air
  • 1 atau 2 biji buah limau nipis (diperah)
  • 1/2 sudu Gula
  • 1/5 sudu besar kicap icap cair

 

Cara – cara

  • Gaulkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng ikan hingga hampir garing dan angkat
  • Panaskan kuali yang lain dan tumiskan halia yang dipotong.
  • Tuangkan 200 ml air
  • Masukkan air limau nipis, 1.5 sudu besar kicap  cair dan 1/2 sudu gula
  • Akhir sekali selepas siap tuangkan bahan yang ditumis tadi diatas ikan yang siap digoreng untuk dihidang.

 

tags: