Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Kl & Selangor » Dari Kerja Pramugari Gaji 5 Angka Kepada Peniaga Makanan, Wanita Ini Kagumkan Orang Ramai Dengan Pilihannya

Dari Kerja Pramugari Gaji 5 Angka Kepada Peniaga Makanan, Wanita Ini Kagumkan Orang Ramai Dengan Pilihannya

Kategori: ,,,
peniaga makanan

Dari langit biru sebagai pramugari Emirates, kini bekas pramugari ini memulakan perniagaan kecil menjual makanan di tepi jalan bersama suaminya.

Keyakinan dan usaha yang diambil Putri Nur Shanee Rosli ini benar-benar memberi inspirasi, terutama apabila pekerjaannya menawarkan pendapatan melebihi 5 angka.

Dari Kerja Pramugari Gaji 5 Angka Kepada Peniaga Makanan, Wanita Ini Kagumkan Orang Ramai Dengan Pilihannya

peniaga makanan

Menurut akhbar tempatan Harian Metro, Putri yang kini berusia 32 tahun memutuskan untuk meletakkan jawatannya dengan gaji tinggi.

Ini disebabkan dia dapat meneruskan rancangannya bersama suaminya yang sebelum ini seorang doktor yang bekerja di Indonesia.

“Kami merancang untuk memulakan perniagaan sebagai pekerja makanan bersama, di mana dia memasak dan saya akan menghidang,” ceritanya.

Walaupun mengetahui risiko di mana perniagaan mungkin tidak berkembang seperti jangkaan mereka, ia adalagh satu cabaran yang sanggup dipikul oleh suaminya.

Dia sanggup mempelajari juadah Minang daripada ibunya – menghidangkan sehingga 50 hidangan.

“Dia memasak semua makanan, dan saya membantunya menjaga kebersihan gerai serta tempahan yang kami terima dalam talian,” katanya.

Ini Adalah Takdir & Jalan Pilihannya, Dapat Rapat Dengan Keluarga Adalah Satu Anugerah

peniaga makanan

Ibu kepada dua anak itu mendedahkan dia tidak pernah berasa malu menjadi peniaga makanan yang mengusahakn gerai di tepi jalan.

Walaupun ia mencabar terutamanya di bawah cuaca terik, dia percaya dalam bekerje keras untuk apa yang anda mahukan.

Ketika ditanya sama ada dia menyesal melepaskan pekerjannya, wanita itu dengan yakin menjawab tidak.

“Ia adalah pekerjaan yang sama, hanya dalam persekitaran yang berbeza.

“Saya percaya semuanya sudah tertulis untuk saya dan rezeki saya kini ada,” katanya.

Putri turut berkongsi bahawa dia seronok bekerja dengan suaminya, mengusahakan gerai kerana ia merupakan cabaran baharu yang boleh mereka atasi bersama.

Selain itu, motivasi utama yang membuatkan dia terus bertahan sekarang serta melepaskan pekerjaannya sebelum ini adalah kerana dia tidak mahu berjauhan dengan kkeluarga terlau lama.

“Sepanjang 5 tahun saya berkhidmat, saya telah mengalami begitu banyak pengalaman, termasuk berhadapn dengan situasi kapal terbang yang hampir terhempas di Dubai,” ceritanya.

Syukurlah keputusannya untuk beralih dari satu industri ke satu industri yang lain terbukti berjaya kerana pelanggan telah menikmati makanan dari gerai mereka dan dia dapat rapat dengan keluarganya.

Pembaca Daily Makan yang ingin menyokong mereka boleh mencarinya di Bandar Teknologi Kajang, Selangor.

Semoga perniagaaan mereka maju terus di masa hadapan.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Khairul Aming Beri Pesanan Buat Content Creator Di TikTok Awards, Jangan Rendahkan Ilmu Pendidikan Demi Mendapat ‘Likes’

tags: |