BananaBro adalah rangkaian restoran daun pisang yang diasaskan pada 2018 oleh Tony Lim, yang tidak asing dalam industri Food & Beverage (F&B).
Beliau sebelum ini memulakan Boat Noodle pada tahun 2013 dan sebelum itu menubuhkan francais Chatime di Kemboja pada 2011.
Menurut laporan The Business Station (BFM) – dalam tempoh 5 tahun, BananaBro telah berkembang kepada lebih 30 cawangan di seluruh negara dan memperoleh pendapatan RM70 juta pada 2023, dengan marigin EBIDTA sekitar julat 15%-20%.
Perniagaan itu masih aktif berkembang dan sedang menari untuk menambah bilangan kedai mereka kepada 60 menjelang 2026.
Pada masa ini, Tony melihat potensi pendapatan untuk pasaran Malaysia mencecah antara RM150 juta hingga RM200 juta semasa.
Daripada perniagaan ‘bubble tea’ kepada ‘Thai Boat Noodles’ dan kini Banana Leaf India, pengalaman lepas Tony telah membantunya dalam menstrategikan apa yang ditimba sebelum ini.
Sumber: BFM