Cara untuk membuat kuih kering coklat kacang adalah sangat mudah. Cukup dengan mencampurkan bahan-bahan utama yang diperlukan. Berikut merupakan resepi untuk membuat kuih kering coklat kacang lembut:
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 100 gr kacang tanah (saya pakai kacang macadamia)
- 1 batang coklat
- 50 ml margarin cair
Cara-caranya adalah:
- Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih kering coklat kacang.
- Panaskan periuk, cairkan marjerin dan coklat. Masak sehingga coklat tadi betul-betul cair dan tidak berketul. Angkat dan masukkan kedalam bentuk acuan. Jika yang suka kuih coklat sahaja tanpa kacang.
- Untuk yang suka kacang, campurkan coklat bersama kacang tanah. Adun bersama hingga sebati.
- Kemudian, masukkan kedalam acuan. Setelah itu, hiaskan dengan mozarella cheese sesuai dengan selera.
- Akhir sekali, simpan dalam peti sejuk supaya cepat mengeras. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
Tonton video ini untuk langkah-langkah penyediaannya:
Kredit resepi: Bunda Cinta