Sebut sahaja Khairul Aming, pasti anda kenal dengan pempengaruh tempatan yang sudah mendunia ini.
Khairul Aming dikenali dengan video-video memasak selain terkenal dengan personaliti sebagai influencer atau pempengaruh yang baik.
Kali ini melalui live TikTok nya, dia berkolaborasi dengan Pinn Yang, pengasas Foodie yang terkenal di kalangan penggemar makanan. Pinn Yang juga lebih dikenali sebagai influencer yang banyak bersedekah kepada orang ramai seperti video-video yang ditunjukkan di dalam TikToknya.
Gandingan tersebut bertujuan untuk menjual 10 barangan lokal yang telah dipilih untuk diniagakan dalam satu siaran ‘live’ bersempena kempen ‘Jom Lokal’ di TikTok Shop.
“Kita sama-sama tolong jual produk lokal tempatan yang dihasilkan oleh anak-anak Malaysia. Kita dah pilih 10 produk lokal terutamanya dari peniaga-peniaga kecil dan kita nak bantu tolong jualkan untuk mereka,” ujar Khairul Aming.
Bersempena dengan kempen itu juga, akaun TikTok Khairul Aming dan Pinn Yang akan digabungkan dengan jumlah keseluruhan seramai 10 juta orang pengikut.
Selain itu, penonton dan pembeli juga boleh membeli dengan baucar diskaun 20%.
Bukan itu sahaja, mereka juga memilih individu yang memenangi sesi ‘meet and greet’ dan makan tengah hari bersama Khairul Aming serta Pinn Yang.
Melihat kepada komen netizen berkenaan live semalam, ramai yang memberikan reaksi positif dan menghasratkan rasa bangga kepada mereka kerana memberi impak kepada masyarakat.
Sementara itu, Pinn Yang juga ada meninggalkan komen pada video berkenaan dengan mengucapkan terima kasih kepada Khairul Aming dan beranggapan kolaborasi itu sebagai impian yang menjadi kenyataan.
“Terima kasih KA. It’s my dream come true,” kata Pinn Yang.
Sumber: Khairul Aming