Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Dari Penghantar Makanan Kepada Pengurus Restoran, Pengasas Manhattan Fish Market Dari Malaysia Kagumkan Ramai Orang

Dari Penghantar Makanan Kepada Pengurus Restoran, Pengasas Manhattan Fish Market Dari Malaysia Kagumkan Ramai Orang

Kategori: ,
Manhattan Fish Market

Sebut sahaja Manhattan Fish Market, pasti ada yang ingat ini adalah restoran luar negara yang bukan milik Malaysia.

Namun sebenarnya, restoran berkenaan dimiliki oleh rakyat Malaysia dengan rangkaian restoran yang besar lebih daripada 70 cawangan di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan banyak lagi.

Ia diasaskan oleh seorang anak muda berjiwa besar dari Melaka, bernama George Ang yang kini menjadi jutawan F&B.

Dari Penghantar Makanan Kepada Pengurus Restoran, Pengasas Manhattan Fish Market Dari Malaysia Kagumkan Ramai Orang

Pada tahun 1991, George Ang, yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka, telah berhijrah ke Petaling Jaya untuk menyambung pelajaran di Sunway College.

Untuk menampung kos pengajian, Geroge Ang mencuri masa untuk bekerja secara sambilan sebagai penghantar Pizza Hut dari rumah ke rumah.

Melihat kepada masa pengajiannya, usahanya sememangnya tidak berbelah bagi. George Ang perlu menyambung pengajiannya di Perth, Australia, yang membuatkan beliau risau kerana perlu bekerja lebih keras kerana kos sara hidup dan pengajian sudah tentunya lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Dengan itu, George perlu lebih bersemangat dan berazam untuk bekerja keras, termasuklah bekerja sebagai pencuci pinggan di pelbagai restoran untuk mencari duit saku bagi menampung kehidupannya di Australia.

Selepas menamatkan pengajiannya, George Ang pulang ke tanah air dan memulakan kerjayanya dengan bekerja di OCBC Bank dan kemudiannya berpindah ke BNP Paribas. Dedikasi yang ditunjukkan beliau membuatkan George dinaikkan pangkat, walaupun ketika Krisis Ekonomi Asia pada tahun 1998. Malah, dalam tempoh ini beliau dipindahkan dari Malaysia ke Singapura untuk mengetuai jabatan penyusunan semula pinjaman BNP Paribas.

Walaupun George tidak mengalami situasi diberhentikan kerja, namun sifat dunia korporat yang tidak menentu membuka matanya terhadap kekurangan jaminan pekerjaan. Pada tahun 1998 ketika itu beliau masih bekerja makan gaji dengan syarikat kewangan tersebut, George dan seorang rakannya mengambil langkah berani dengan membuka sebuah restoran “fish & chips” iaitu The Fish Shop yang diambil dari konsep dari New Zealand, bermodalkan RM60,000.

Menurut beliau, antara cabaran awal yang sukar adalah meyakinkan pihak bank pada ketika itu untuk memberi pinjaman kerana mereka masih muda dan tidak mempunyai pengalaman. Sehingga beliau menggunakan cara yang sangat bijak sewaktu berhadapan dengan pihak bank, iaitu memakai kacamata dan menggayakan rambut dengan gaya tersendiri agar kelihatan lebih matang dari usianya.

Setelah semua persiapan selesai, perniagaan mereka dilancarkan dan ia mendapat sambutan yang baik. Namun, langit tidak selalu cerah apabila syarikat induk di New Zealand mengalami masalah. Penggunaan nama tersebut oleh George Ang membuatkan orang ramai menyangkakan bahawa ia restoran dari Amerika Syarikat yang membuatkan mereka ingin mencuba dan merasa makanan mereka. Akhirnya, apabila makanan tersebut terbukti sedap dan memuaskan hati, para pelanggan akan terus datang lagi.

Berjaya Buka Tony Roma’s & Popeye’s di Malaysia

Dan ternyata percaturan dan strategi mereka membuahkan hasil, walaupun restoran ini langsung tidak pernah wujud di bumi Amerika Syarikat. Malah, beberapa tahun kemudian, George Ang berjaya memiliki francais untuk membuka restoran steak terkenal iaitu Tony Roma’s dan juga Popeye’s di Malaysia.

Yang terbaru, langkah berani George Ang membuatkan ramai pihak terkejut selepas pengumuman bahawa beliau telah mengambil alih perniagaan makanan segera terkenal satu ketika dahulu iaitu A&W Malaysia dari KUB Malaysia Berhad dengan kos lebih RM34 juta.

Jenama A&W telah terkenal sejak tahun 1963 sebagai rantaian makanan segera pertama di Malaysia, sebelum KFC dan McDonald’s. Setelah mengambil alih, George merancang untuk membina semula jenama ini dan beliau tahu ramai orang menggemari jenama A&W ini, tetapi mungkin sedikit kecewa dengan bagaimana ia diuruskan selama bertahun-tahun.

Mereka merancang untuk menambah cawangan A&W kepada 100 hingga 150 cawangan dalam tempoh tiga tahun dan menjadikan ia berada di senarai top 3 jenama makanan segera di Malaysia.

Dengan penguasaannya dalam bidang makanan dan minuman di Malaysia dengan pemilikan Manhattan Fish Market, Tony Roma’s, Popeye’s dan A&W, kini George bergelar jutawan F&B.

Ini merupakan satu pencapaian yang sangat luar biasa dari seorang pemuda yang satu ketika dahulu kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan dan penghantar pizza.

la sekaligus menjadi contoh dan inspirasi bagi kita semua lebih-lebih lagi kepada anak muda untuk bekerja keras dan tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita.

Sumber: Gemilang Daily

Baca juga: “Sejam Berkali-Kali Topup Air” – Jualan Ais Kosong Balang Jadi Tumpuan Ramai, Sedap Dapat Sejuk Sejuk

tags: | |