Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dakwa Rasa Biasa & Berpasir Di Malaysia, MasterChef Indonesia Tawarkan Nasi Kandar ‘Sebenar’ Mengikut Citarasanya

Dakwa Rasa Biasa & Berpasir Di Malaysia, MasterChef Indonesia Tawarkan Nasi Kandar ‘Sebenar’ Mengikut Citarasanya

Kategori: ,
MasterChef Indonesia

Sebut sahaja Nasi Kandar, sudah tentu ada penikmat dan penggemar tersendiri yang suka akan hidangan nasi yang disediakan dengan kuah campur dan lauk pauk yang ‘mewah’ itu.

Jika di Malaysia, antara Nasi Kandar yang popular adalah Nasi Kandar yang terletak di Penang. Antaranya adalah Nasi Kandar Deen Maju, Nasi Kandar Line Clear, Nasi Kandar Saddam dan banyak lagi Restoran Nasi Kandar lain.

Terbaharu, hidangan Nasi Kandar menjadi bualan antara dua negara – Malaysia dan Indonesia apabila timbul isu berkenaan kesedapan Nasi Kandar mengikut citarasa masing-masing.

Dakwa Rasa Biasa & Berpasir Di Malaysia, MasterChef Indonesia Tawarkan Nasi Kandar ‘Sebenar’ Mengikut Citarasanya

Seorang YouTuber dengan nama Bongkoes dari Indonesia berkongsi sebuah video mengunjungi kedai milik seorang pemenang Masterchef Musim ke-5 yang dikatakan menyediakan juadah Nasi Kandar yang diispirasikan dari negara Malaysia.

MasterChef Indonesia

Di dalam video berkenaan, Bongkoes bertemu dengan chef dan juga pemilik kedai berkenaan lalu mendedahkan hasratnya mahu mencuba Nasi Kandar yang baru dijual.

Apabila disoal mengapa secara tiba-tiba mahu memperkenalkan menu Nasi Kandar, chef yang dikenali sebagai Fani itu langsung berkongsi tentang pengalaman mencuba Nasi Kandar di Kuala Lumpur.

Namun bagi dirinya, nasi kandar yang ditawarkan di Malaysia masih ada kekurangan dan perlu ditambah baik bagi memenuhi citarasanya.

“Tiap hari asyik makan nasi kandar sahaja tapi rasanya kurang enak di Malaysia…jadi saya rasa boleh buat juga di sini,” katanya.

Menurut Fani Masterchef Indonesia berkenaan, apa yang membezakan nasi kandar ciptaannya berbanding di Malaysia adalah penyediaan bahan rempah yang lebih segar dan dibuat secara manual.

Dakwanya di Malaysia, lebih gemar memakai rempah serbuk (instant)di dalam kuah sekaligus terasa seperti berpasir apabila dimakan.

“Kalau di Malaysia itu kan dia pakai serbuk rempah semuanya, kalau di sini kita pakai rempah yang fresh serta dihasilkan sendiri. Kalau di sana kan pakai rempah serbuk jadi kalau dituang rasanya seperti berpasir,” katanya dengan yakin.

Dia juga berkata pelanggan boleh membuat pesanan kuah banjir seperti yang ditawarkan di Malaysia. Hasil daripada pengoalahan tersebut, dia merasakan sudah berjaya menghasilkan Nasi Kandar sebenar dan boleh memenuhi citarasa ramai.

Apabila disoal mengapa tiada pameran lauk seperti yang ada di Malaysia, Fani langsung memaklumkan yang dia baru sahaja beroperasi dalam masa sehari dan bakal pertimbangkan ruangan paparan lauk sepeti yang ada di Malaysia di masa kelak.

Hormat Rasa Masing-Masing

MasterChef Indonesia

YouTuber tersebut kelihatan sangat menikmati nasi kandar buatan Indonesia itu dan mendakwa jauh lebih sedap dari yang asal.

Pada pandangan kami, kuahnya nampak tersangat cair serupa kuah gulai pula ditambah dengan ayam yang kelihatan seakan masak merah, serta tambahan telur dadar dan rupa sayur kubis yang pucat sekaligus langsung tidak menyamai nasi kandar yang disediakan di Malaysia.

Pilihan lauk dan kuah juga sangat terhad menjadikan ia bukanlah satu menu nasi kandar yang asli.

Di ruangan komentar, sebahagian warganet Indonesia sendiri meluahkan rasa kurang senang dengan claim yang cukup berani itu malah membidas kedua-dua individu terbabit yang mendakwa nasi kandar yang berasal dari Malaysia tidak sedap.

Bagi mereka, setiap negara mempunyai kekuatan tersendiri di dalam juadah masing-masing dan orang asal akan lebih arif dalam pembuatannya. Bahkan, mana mungkin sesuatu juadah dengan acuan dan resepi lokal boleh diadaptasi kepada citarasa setiap orang terutamanya dari luar negara.

Sumber: Bongkoes & Vocket

Baca juga: Dari Niaga Jalanan, Rempeyek Wak Tunot Dari Malaysia Kini Lebar Sayap Ke Luar Negara

tags: | |