Menerusi perkongsian Facebook Nasi Kandar Sulaiman, difahamkan pelanggan lelaki yang berasal dari Bayan Baru itu datang ke premis berkenaan kira-kira pukul 9 pagi hari ini.
Pecah Rekod Baru Habiskan RM400 Untuk Pekena Nasi Kandar, Kisah Lelaki Ini Jadi Bualan
Lelaki berkenaan telah memilih hidangan nasi untuk tiga orang berharga RM4.50, 10 ekor sotong (RM80), 29 ekor udang (RM232), empat ekor ikan (RM22), telur masin (RM1), telur rebus (RM1), bendi (RM1) dan dua ketul kepala ikan (RM48).
Pecah rekod jadi orang pertama makan sehingga cecah RM400
Difahamkan, dia telah menghabiskan kesemua hidangan yang dibelanja rakannya selama tempoh sejam sahaja.
Member Belanja RM400 Suruh Makan Untuk Pecah Rekod
“RM400, pecah rekod. Fuhh seorang makan Orang Penang kita. Member beliau belanja RM400 suruh buat rekod.
“Jadi rekod paling tinggi. Orang pertama sentuh RM400. Tengok badan boleh tau beliau mampu makan banyak.
“Kita tak panggil beliau, beliau sendiri yang mai makan. Siap buat live TikTok,” tulis dalam satu kenyataan di Facebook.
Sebelum ini, seorang pemuda dari Yan Kedah telah mencipta rekod menikmati nasi kandar termahal di restoran sama pada harga RM372 dalam tempoh sejam 15 minit, 31 Ogos lalu.
Sumber: Nasi Kandar Sulaiman
Baca juga: Peniaga Dedah IShowSpeed Bayar Sebiji Burger Harga Lebih RM350, Bayar Dalam Mata Wang Kemboja