Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Cadangan Wanita Ini Untuk Kerajaan Wajibkan Kedai Makan Sediakan Air Kosong Secara Percuma Dapat Perhatian Ramai

Cadangan Wanita Ini Untuk Kerajaan Wajibkan Kedai Makan Sediakan Air Kosong Secara Percuma Dapat Perhatian Ramai

Kategori: ,
air kosong secara percuma

Jika ke kedai makan atau mana-mana restoran, ada pihak yang memberi air kosong secara percuma dan ada yang mengenakan cas terhadapnya.

Baru-baru ini, terdapat sebuah hantaran dari seorang wanita di laman X yang mencadangkan agar kedai makan atau restoran untuk menyediakan air kosong dengan percuma.

Cadangan Wanita Ini Untuk Kerajaan Wajibkan Kedai Makan Sediakan Air Kosong Secara Percuma Dapat Perhatian Ramai

air kosong secara percuma

Sumber: Harian Metro

Cadangan kedai makan sediakan air kosong secara percuma itu mendapat perhatian ramai lalu mencetuskan perdabatan dalam kalangan masyarakat.

Ia susulan daripada respon berita yang menyatakaan kerajaan akan menaikkan kadar cukai minuman bergula kepada 50 sen seliter.

“Wajibkan kedai makan sedia air kosong juga please or at least haramkan peniaga caj air kosong harga sama naik dengan harga air lain.

“Apa kejadah ada peniaga caj air mineral sampai RM4.20? Ada kedai air sejuk sampai RM2,” katanya dalam hantaran tersebut.

Katanya lagi, cadangan itu dilihat dari segi orang-orang yang mahu mengambil pendekatan untuk tidak minum air bergula atas faktor menjaga kesihatan dan insiatif kerajaan untuk perangi diabetes dalam kalangan masyarakat.

Perangi Diabetes, Tidak Minum Air Bergula, Air Kosong Perlu Percuma Atau Murah

air kosong secara percuma

“Kalau kita tak minum air bergula, kita akan minum air kosong kan? Kalau nak perangi diabetes dengan kurangkan minuman bergula, kita akan galakkan orang minum air kosong kan?” katanya lagi dalam membalas komen dan menerangkan tentang cadangan terbabit.

Melihat kepada komen netizen, ramai yang bersetuju tentang pendapat dan cadangan untuk kedai amakan atau restorang menyediakan air kosong secara percuma.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran cadangan air kosong secara percuma berkenaan mendapat hingga 8.7 ribu retweet daan 9.9 ribu tanda suka.

Sumber: tiqa_qa

Baca juga: Air Mineral Bubbles O2 Selalu Habis Di Pasaran, Rupanya Ada Air Wakaf Bubbles O2 Anda Boleh Tadah Percuma

tags: